Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, March 27, 2013

Mana Nak Cari Cleaning Service?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Dah 3-4 hari saya mencari cleaning service untuk cuci dan bersihkan rumah sewa saya di Selayang tu... Puas juga mencari di internet... Ada yang saya call, tak berangkat telefonnya? Musykil juga saya... Berbisnes, tapi tak pick up phone bila customer call... Apakah?!

Lagi tragis tu bila kita dah call banyak kali... dia tak call semula pun cuma hantar SMS dan tanya "Siapa ni ek?". Pffttt... So saya terus la reject... Mesej tu pun saya tak reply... 

Payah juga nak cari yang betul-betul dalam internet ni... Kalau tak betul sumbernya... Memang kena tengok betul-betul... Dan mencari dengan sabar... Sebab dalam iklan (di internet), mereka menggunakan perkataan enterprise, sdn bhd... tapi sebenarnya office pun tak de... tu yang susah tu... Tapi di Malaysia Yellow Pages, banyak membantu...


Baru sekejap ni saya terjumpa dengan website ni... Titans Cleaning Service. Lagi lega bila tengok alamat officenya di Rawang, dekat juga kalau nak bersihkan rumah saya di Amansiara, Selayang tu... Sebelum call... saya baca dan teliti perkhidmatan yang disediakan... Bila dah puas hati, meneliti websitenya, saya call untuk pertanyaan. Dapat berbual dan bertanyakan itu ini... Maka agak yakinlah saya... 

Mudah-mudahan kerja membersihkan rumah tu akan berjalan dengan lancar... Risau juga kalau rumah tu tak bersih... kesian pula pada penyewa baru yang nak masuk... In sha Allah nanti saya akan update pasal proses pembersihan rumah tu... Mana tahu lepas-lepas ni, ada pula yang mencari cleaning service area Selayang, Rawang, Subang, Sungai Buloh, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Nilai, Seremban dan sekitarnya... (boleh semak di website mereka...)

Oh ya, saya dan anak-anak berada di Gombak... menghabiskan cuti sekolah di sini... dan sehingga urusan pembersihan rumah sewa tu selesai...  

Updated: Titans Cleaning Services, Terbaik!



23 comments:

  1. kalau x angkat fon bagai,baik x yah buat bisnes kan..huhu

    ReplyDelete
  2. mmg cari ni utk cleaning rumah Pilah......dh x larat nk komeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ibuhani.. boleh la try call Titans tu... macam ok kot... saya baru nak berurusan dengan mereka...

      Delete
  3. ok saya tunggu updates dr nora..kalo baguih, saya pun nak try gak...anak kecik ni, umah kene CLEAN..hheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... nanti saya update yea.. saya pun first time ni... debor pulak...

      Delete
  4. Teringin juga nak amik khidmat cleaning service nih.

    GOmbak kat mana kak? In laws saya kat gombak. Quarters guru, depan sek teknik gombak ☺☺

    ReplyDelete
  5. agaknya bisnes apa klu call pun tak agkt.anggap jer tak wujud..nasib baik dh dpt kan..

    ReplyDelete
  6. Betul tu....time nk mencari betul betul...susah nk dptkan NK.... Harap lepas ni terus dpt penyewa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okje... penyewa mmg dah ada... sebab tu serabut nak cari cleaning service.. huhuh

      Delete
  7. oowhh..if tak jumpe cleaner nnt sis inform yaa...elya bleh tnye collegue elya

    ReplyDelete
  8. moga jumpa cleaner service yg mantoppps! :)

    ReplyDelete
  9. a'aa kan, risau gak takut kalau xbersih nanti penyewa nak masuk

    ReplyDelete
  10. Untungkan beli rumah, boleh buat income kalau kita tak duduk. :)

    ReplyDelete
  11. Erm..tak tahu lah pula. Moga akak dapat jumpa cleaner service yang terbaik. ^__^

    ReplyDelete
  12. -Kekangan Masa untuk membersihkan Rumah?
    -Penat dan letih untuk melakukan Kerja pembersihan rumah?
    -Terlalu banyak kerja pembersihan untuk dilakukan seorang diri?
    -Hujung minggu adalah hari bersama keluarga dan itulah satu2nya masa bersama keluarga dan untuk berehat?

    Mengapa perlu bimbang,Kami sedia membantu anda dengan menyediakan khidmat mencuci rumah beserta harga yang berpatutan malah kerja yang memuaskan!
    Tawaran Hebat dari kami untuk Bulan ini.

    Kenapa anda perlu memilih kami???
    - Kerja-kerja pembersihan sentiasa dipantau
    - Kami yang akan menghantar pekerja.
    - Hasil kerja sangat memuaskan.
    - Barang-barang pembersihan kami sediakan tanpa menggunakan barang customer.
    - Pekerja-pekerja yang pantas dan efisien.
    - Boleh meminta perkhidmatan yang lain selain dari pakej.
    - Tawaran 10% sehingga 1 Mac 2015!!

    Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan melalui :
    call/ Message/ WhatsApp :
    018- 206 5694
    Facebook : Qnqcleaning
    Email : qnq.cleaning@gmail.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...