Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, March 05, 2013

Tips: Anak Hiperaktif

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Bila terbaca artikel tentang anak hiperaktif, teringat pada anak kakak saya (Muhammad Uwais Qarni)... Tidak ramai dikalangan kita ibu bapa yang boleh bertahan dengan karenah anak yang terlalu lasak. Saya kongsikan kaedah atau tips berdepan/menangani anak-anak hiperaktif:

1. Tekankan aspek disiplin kepada anak-anak hiperaktif - disiplin yang konsisten dari ibu bapa akan menjadikan anak lebih behave.

2. Jangan menghukum - kelakuan hiperaktif bukanlah kesalahan anak, ia adalah tindakan luar kawal yang menjadikan mereka sangat seronok bermain dan explore things.

3. Anak hiperaktif bukanlah anak nakal - jangan melabel anak hiperaktif sebagai anak nakal. Tindakan mereka sebenarnya adalah di luar kawalan diri mereka sendiri. Dalam erti kata lain mereka sedang seronok bermain! 

4. Berikan kasih sayang - berilah perhatian dan kasih sayang yang sama kepada anak-anak hiperaktif. Jika kena gayanya anak-anak itu akan lebih berhemah dalam bermain.

5. Ulang setiap perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan - sentiasa mengingatkan anak-anak hiperaktif akan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Nada suara perlulah direndahkan agar anak lebih tenang dalam menerimanya. Dalam masa yang sama, sentiasa awasi perlakuan anak-anak anda, agar tindakannya tidak membahayakan orang lain.

6. Sentiasa berikan pujian - anak-anak hiperaktif memerlukan lebih banyak pujian. Berikan pujian yang ikhlas pada setiap perbuatan/kelakuan baik yang dilakukan oleh mereka, walaupun atas perkara yang kecil.

7. Sentiasa berkomunikasi - komunikasi yang kerap akan melekakan anak-anak hiperaktif daripada melakukan perkara-perkara yang membahayakan. Cerita kanak-kanak amat sesuai diceritakan kepada anak-anak hiperaktif. Ajak si anak juga untuk memberikan pandangan dan pendapat pada cerita tersebut.

8. Lakukan lebih banyak aktiviti bersama - sibukkan anak-anak anda dengan aktiviti yang berfaedah; seperti mewarna, melukis, membaca, membuat seni kreatif, berjalan dan lain-lain. Dengan cara ini, lebih banyak ruang untuk ibu bapa mengeratkan hubungan bersama anak tersebut dan lebih memahami mereka.

9. Berikan urutan kepada anak-anak hiperaktif - anak-anak hiperaktif akan lebih merasa tenang apabila mendapat sentuhan ibu... maka ibu bolehlah lakukan urutan mudah kepada anak-anak hiperaktif mereka. 

Apa pun rasanya, ibu bapa kena luangkan lebih banyak masa bersama anak-anak... tak kisahlah anak-anak hiperaktif ataupun tidak. Waktu bersama anak-anak itulah waktu yang paling berharga dan bahagia buat mereka.  




    10 comments:

    1. setuju sgt.. x kiralah anak hyperaktif atau idak.. masa bersama anak² adalah msa yg terbaik.. hargailah mereka kan...

      ReplyDelete
      Replies
      1. Betul tu masya.. parents kena spend more time dgn anak2.. kita rasa benda tu remeh... tp itu yg penting.

        Delete
    2. walau apapun dorang anugerah ilahi buat kita... jaga dan belailah mereka seadanya :)

      ReplyDelete
    3. betul tu Nora. Spend untuk mendengar diaorang celoteh biar pun tak faham. hehe. anak2 kan, teringat kat diaorang pun dah boleh buat ibu2 tersenyum.

      ReplyDelete
    4. dulu adik ada yg hyper.. me as kakak pun tak tertahan nak melayan..huhu

      ReplyDelete
    5. anak2 yg hyper ni ada kelebihannya dan mereka adalah insan2 istimewa...

      ReplyDelete
    6. Nasib baik adik saya tak hiperaktif sangat..hehe..Itu mungkin saya kecil2 dulu kot.

      ReplyDelete
    7. mereka insan istimewa anak2 hyper ni..apapun semuanya anugeral Allah S.W.T

      ReplyDelete

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...