Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, March 20, 2013

Kaedah Fonetik "Bacalah Anakku"

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam saya ada tinggalkan komen di entri Ina yang ni... Saya dah agak mesti Ina tak faham apa yang saya tulis... Adeh! 

Disebabkan sharing is caringkan... Makanya saya buat entri khas ini untuk Ina dan sesiapa sahaja yang ada anak berusia seawal 2-4 tahun.

Kaedah fonetik adalah kaedah di mana anak didedahkan dengan BUNYI huruf ( /a/, /beh/, /ceh/, /deh/, /e/, /feh/, /geh/ dan seterusnya) bukan NAMA huruf (ea, bi, ci, di, e, ef, gi dan seterusnya).

Dulu saya sendiri rasa susahnya fonetik ni... Tapi bila saya tengok perkembangan Faris yang cepat baca dengan kaedah ini, saya pun kenalkanlah Alisya pada fonetik ni... Kanak-kanak berusia seawal 2 tahun akan cepat belajar. Jangan risau yang penting kita kena rajin. Macam Puan Kutu. (^_^)

Buku "Bacalah Anakku" banyak digunakan di Taska dan Tadika seluruh Malaysia, dan ada dijual di kedai-kedai buku dengan harga RM 39.90 (lapan buah buku dengan suku kata mudah, 1 CD, dan 12 kad imbas

Mengikut kata cikgu Faris, ajar anak dengan BUNYI huruf kecil dulu, kemudian baru kenalkan dengan huruf besar. Ini bertujuan untuk tidak mengelirukan anak-anak.  

Sayangnya Faris start "Bacalah Anakku" ni lambat... umur 5 tahun. Sedangkan bila baca testimoni pengguna kaedah fonetik ni... Ada anak-anak yang boleh membaca sepenuhnya pada usia seawal 3 tahun dan ke atas... So, rugi juga kalau tak dimulakan sekarangkan?!

Kalau tiada buku Bacalah Anakku tu pun tak mengapa... Buku aktiviti macam ni pun boleh. Sambil anak tulis tu, BUNYIkan /a/, /beh/, /ceh/... Dan macam tu la seterusnya. Saya mula ajar Alisya dengan kaedah fonetik ni dengan lagu ni... Mudah Alisya ingat... 
 


Bila rasa anak dah boleh ikut cara ni, maka bolehlah gunakan kaedah fonetik "Bacalah Anakku" ni. Di bawah ini adalah video panduan sebutan yang betul untuk ibubapa mengajar anak-anak, bila menggunakan buku "Bacalah Anakku"...




Moga informasi ini bermanfaat buat ibubapa di luar sana. Jom kita mulakan sekarang, sekurang-kurangnya masa anak masuk Taska pada usia 5 tahun, dia telah boleh membaca! 

Tiada istilah lambat untuk anak-anak. Mula bila-bila dan konsisten, InsyaAllah anak akan boleh membaca sebaik masuk Darjah 1. Good luck parents! (^_^)



18 comments:

  1. itulah budak kat tadika sekarang banyak belajar membaca gunakan kaedah sebutan pastu baru kenal huruf... sy guna buku pantas membaca.. alhamdulillah dah boleh juga dia menyebut nak membaca.. huruf dah kenal.. cuma dia tak pandai nak membunyikan jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya lebih mudah kaedah fonetik berbanding cara kita dulu...

      Delete
  2. ooo camni.. ok kak.. thanks tau.. lenkali nak beli buku tu...

    alisha skrg ni xpandai cakap terus lagi kak.. tp bolehlah cakap kan... t[ xpala, nak tunggu ckp terus cam kita ni, xtau umo brp.. ajar pelan2 kan...

    tu la, saya pun target, dia msk tadika nanti kirea dah pandaila jugak takda g tadika dengan 'zero'...

    thanks tau kak utk entry ni :-) ohya, buku tu nak beli kat mana ek.. xperasan lak kat mph sblm ni...

    ReplyDelete
  3. saya pon guna buku ni utk murid-murid pra..

    ReplyDelete
  4. memang fonetikni mulanya payah lepastu mudahkan... sekarangni kat tadika memang guna kaedah inilah..

    ReplyDelete
  5. mula2 sy google pasal fotenik tu pening gak la..dh beli buku n dengar cd pun rasa macam ssh.dh lama2 tak ssh pun..

    cuma tu la kan dh lmbt berkenalan dengan buku2 ni semua..aiman start pun umo dh hampir 6taun.tp oklah..dia dh kenal huruf n bley fokus..

    klu budak 2taun ke 3taun tu ssh sikit nak fokus.kena ikut mood gak kan..budak2 biasalah..tp takde yg mustahil janji yg mengajar tu rajinn sabar kan..

    macam aiman satu sesi sy boleh ajar smp setengah jam n lebih..sng sikit sbb dia dh besar kan..

    skang dh boleh tarik nafas lega sbb usaha sy berbaloi..aiman dh pandai baca.skang baru buku 6.habis buku 8 nti dh boleh ajar bacabuku cerita..

    better late than never..:)

    ReplyDelete
  6. Betul tu. Anak cepat pandai membaca dengan cara ni

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ... bila tgk second video tu , saya selalu nampak anak buah on kat lappy mak dia ...

    ReplyDelete
  8. saya pun ajar anak baca guna buku ni senangkan...guna kaedah phoenix

    ReplyDelete
  9. Bagusnya..baru saya tahu ada kaedah ni. Terima kasih kak sebab share.

    ReplyDelete
  10. buku ni dlu kecil2 abah beli sya suka belek2..hehe..best walau sya dah pandai membaca msa tu..tpi memang kaedah dlm blu tu bagus..ehehe

    ReplyDelete
  11. bagus ni utk ank2, tq 4sharing sis.. nak cari la pasni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...