Nuffnang Ads

Kuih Raya! (^_^)

Agoda Ads

Friday, April 07, 2017

Kisah 157 Ringgit (^_^)

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alkisah, Alisya sejak dah masuk sekolah ni, pandai juga berjimat. Walaupun dia memang suka beli barang di kedai buku, namun jarang-jarang habiskan duit belanjanya. Biasanya, dia akan beli barang RM1 dan lagi RM1 akan disimpan dalam tabung.

Baru-baru ni diminta saya kirakan jumlah duitnya dalam tabung (tidak termasuk duit syiling). Saya pun tolonglah kira... Semuanya ada RM157. Banyak juga! So, dia pun ingat jumlah tu. Bila abahnya balik kerja, dia pun duduk sebelah abahnya.
 
Tabung botol susu Alisya sama dengan Faris, so memang
kena letak nama... 😜

Alisya: Abah, nanti cuti sekolah lama boleh tak kita pergi Korea. (Korea tau! Bukan main lagi! Abahnya senggih je, bila dengar Korea. Saya pun tumpang gelak.)

Semalam masa makan malam, Alisya tanya saya lagi... 

Alisya: Kenapa tak boleh pergi Korea?

Saya: Kenalah simpan duit dulu, dah cukup barulah boleh pergi Korea.

Alisya: Alisyakan dah ada 157 ringgit... banyaklah tu...

Saya: 157 ringgit mana cukup. Tu kalau bawa pergi Giant beli barang sikit dah habis.

Alisya: Mama ni!!! Semua tak boleh... ini tak boleh, itu tak boleh!!! (Sambil tarik muka masam)

Marah betul dia... 😰 Kalaulah pergi balik Korea, RM157... tiap-tiap minggu kita boleh pergi Korea tau! Dia ingat nilai RM157 tu macam RM15k barangkali... 😜 

Saya beritahu Alisya, masa trip kami ke Jepun dulu pun, kosnya adalah lebih kurang RM8k lebih. Dia tak percaya. Dia tetap percaya dengan 157 ringgit tu boleh sampai Korea... Alah, sweetnya kamu Alisya... 😂

Jepun: Jatuh Cinta Pandang Pertama
Jepun: Pemandu Teksinya Smart
Jepun: Prihatin Pada Kanak-kanak
Jepun: Kaiyukan Aquarium, Osaka 
Jepun: Hujan Hari Kelima


😂😂😂 Rupanya entri Jepun ni banyak yang tertangguh (laptop masih "sakit")! Dah listkan macam ni baru nampak tak habis cerita. Dah nak masuk 2 tahun pun trip ke Jepun tu. Tengoklah, bila nak publish, tak boleh janji. Doa-doalah laptop segera sembuh. Hm...

16 comments:

  1. Alahai comel je Alisya nak pi Korea dengan duit tabung...
    Takpe...Alisya boleh simpan lagi ,moga tercapai impian pi Korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu la pasal... Korea tu... Aduhai...

      Delete
  2. biasalah kan..bagi budak2 nilai tu dah cukup besar dah :)

    ReplyDelete
  3. Alolo comey sangat pose Alisya....Alisya pun dah pandai demam Kpop jugak ek hihi...ingatkan mama je...Eh! mama suka layan drama Koya kan ???..

    RM8k je ke NK ke Jepun tu? Masa tu promo tiket flight ke? Rasa mcm murah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama dia tak layan K-pop lah okje... dia tengok anak Farah Lee pandai cakap Korea, tiba-tiba dia pun nak pegi Korea... hahahaha

      Tiket flight untuk 4 beranak dalam tiga ribu lebih.

      Delete
  4. Hiihihi, saya pun tumpang geram dengan kecomelan Alisya ni.. comel sgt2..

    Tapi ada juga persamaan dengan perangai Danish (maklum la, sama2 umur 7 tahun).

    Danish pun ada tabung.. Memang berat sgt dah tabung dia... Katanya duit dia dah banyak, jadi dapat la beli iPhone..

    Nampak tak, baru 7 tahun dah berangan nak pakai iPhone... uhuk uhuk...

    ReplyDelete
  5. Alahai anak, besar sangat jumlahnya ye smp boleh pegi korea, hihi.
    Umar Zikri pun sama, kadang rm2 bole mta nk beli pizza yg rege rm50 tu, jadi ibulah yg kena topap duit.

    ReplyDelete
  6. hehehehe gitu lah bdk2 bg dia dh bsr sgt nilainya tuh kan...
    sekali ngn bangga sbb dpt kumpul duit ratus2

    ReplyDelete
  7. Kesian alisya.
    Dia budak lagi lom tau nilai duit.

    ReplyDelete
  8. Kalaulah dapat pergi tambang murah AA RM157 sampai ke Korea, boleh pergi balik hari ^_^

    Comel sungguh Alisya nak merajuk sebab mamanya tak approve nak pergi Korea ya. Nak pergi Legoland pun sorang aje lepas, Alisya ^_^

    ReplyDelete
  9. kira boleh la alisya....hehehe

    ReplyDelete
  10. alisya... kalu 157 tu leh g korea, baik laa kami dok korea n keje kat kl hehehehhehe

    ReplyDelete
  11. Haha. Comelnyaa. Tergelak2 saya baca. Kenapa Alisya pilih Korea tu? Minat KPop jugak ke? Haha :P

    ReplyDelete
  12. Ala comelnyaaaa Alisya nak pergi Korea! Aunt nak ikut boleh tak? 😊

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...