Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Monday, January 02, 2017

Terharu Dengan Mesej Dari Cikgu Pasti Alisya...

Bismillahirrahmannirrahim, 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Dulu masa Alisya sekolah di Pasti, cikgu ada create satu Whatsapp group untuk ibu bapa. Tujuannya untuk sampaikan apa-apa mesej berkaitan anak-anak sepanjang tahun 2016 lalu.

Mesej yang paling terharu buat saya dan ibu bapa sekelas Alisya adalah bila terima mesej dari Cikgu Jaa seperti berikut. Ia dihantar sebaik sahaja anak-anak kami selesai Majlis Konvokesyen Pasti 13 November lalu. Terharu sangat rasanya...

Cikgu kelas Alisya yang paling kanan tu, Cikgu Jaa.
Cikgu Ain (yang tengah, dulu cikgu kelas masa 5 tahun)

❤❤❤❤❤❤❤ 

Assalamualaikum,  saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa,  tersilap cakap sepanjang hampir setahun kita berada bersama di dalam group ini.  Saya memohon kemaafan dengan ibubapa bagi pihak anak-anak sepanjang saya mendidik,  bermain dan bergurau senda dengan mereka. Mereka adalah anugerah terindah untuk tuan/puan juga anugerah teristimewa untuk saya bagi tahun 2016.


Umar... Anak manja cikgu yang suka subjek BI

Ukasyah... Anak cikgu yang selalu mohon perhatian

Azmi... Pendiam. Cikgu marah pun senyum

Halimi... Nakal, cerdik, hafzan bagus. Moga Halimi kekal begitu

Izzudin... Cerdik. Pintar tahfiz

Imran... Teristimewa, rajin

Aiman... Selalu minta cikgu pujuk. Rajin tolong cikgu

Rasyad... Mudah terlena, hafazan sangat bagus. Selalu senyum

Nazmi... Cikgu selalu minta tolong, ringan tulang. Hafazan juga bagus


Izz Aleesa... Selalu senyum, dengar cakap

Eyzzah... Anak cikgu yang manja.  In shaa Allah akan hebat suatu hari nanti

Nur... Anak hebat cikgu. Tak banyak kerenah

Humaira... Anak cikgu yang fokus, tak banyak kerenah

Iman... Manja. Dari 5 tahun minta nak masuk kelas cikgu. Selalu dengar cakap

Afrina... Lagi manja. Selalu minta nak bantu cikgu

Lyana... Matang, berdikari tanpa minta perhatian lebih

Alisya... Anak manja cikgu juga

Marissa... Terbaik, hafazan bagus

Sarah... Anak yang selalu bantu cikgu, rajin, mudah mengingati apa yang cikgu ajar

Arissa... Manja, hafazan yang cemerlang

Qalesya... Anak yang senang difahami

Azwar... Anak cikgu yang perlu dipupuk keyakinan diri

Syaza... Anak cikgu yang selalu berada di dalam kelompok kawan-kawan yang tersendiri...



Hampir kesemua anak-anak cikgu hebat dalam hafazan. Sesuatu yang amat cikgu banggakan. Semoga mereka akan kekal begitu. Mohon maaf, nama yang teratas bukan bererti dia berada teratas di hati cikgu. Semuanya sentiasa yang terbaik bagi cikgu...  

❤❤❤❤❤❤


Alisya masa last day sekolah pun sedih je... Kadang-kadang bergenang air mata bila tengok gambar-gambar kawan-kawan Pasti dia. Puas jugalah saya pujuk... Kadang-kadang dia cerita tentang kawan-kawan dia. Kadang-kadang dia cakap rindu kat kawan-kawan dia. Kesian...

Apapun saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu-cikgu PASTI Ibnu Sina, kerana telah mendidik Alisya dari usianya 5 tahun. Allah jualah yang akan membalas jasa baik cikgu-cikgu semua. Semoga cikgu-cikgu diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki. InsyaAllah, amin...

Terima kasih Cikgu...

37 comments:

  1. Perihatin sungguh cikgu nya Nora..
    Tiap2 satu anak muridnya dah dikenali wataknya..
    Mahu tak sayang cikgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la... terharu bila cikgu list peribadi setiap murid kelasnya... Saja abadikan mesej ni dalam blog... buat kenangan 😍

      Delete
  2. Bagusnya cikgu, prihatin dan sangat mengenali setiap seorang anak didiknya...

    ReplyDelete
  3. Cikgu yang penyayang sungguh...patutlah Alisya sedih sangat.
    Insyaallah akan sentiasa diingati nya sepanjang hayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... bila cikgu boleh list setiap nama memang rasa terharu la..

      Delete
  4. bagusnyaaa cikgu ni...mendidik dari hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Moga panjang umurnya dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik...

      Delete
  5. puteri nurlyana farhana.nana pyla cikgu mcm mana.. hehe

    ReplyDelete
  6. terharunye bila cikgu msg mcm tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... bila baca bergenang air mata... 😒

      Delete
  7. Bagusnya cikgu ni. Bukan setakat mengajar, malah beliau turut mengenali setiap pelajarnya. Bagus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang nak dapat cikgu yang prihatin pada setiap anak murid macam ni, kan?

      Delete
  8. Semua kesayangan cikgu..
    Tapi memang betul, budak2 ni manja dgn cikgunya. Ira pernah duduk dlm kelas diaorg, cikgu pun sporting je melayan..ada yg nk give me 5, ada yg nk peluk cikgu sblm balik. Macam2..
    Ank ira 1 tahun lg di PASTI.
    Cantik jubah konvo warna biru..😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... cikgu yang rapat dengan anak murid ni, anak2 pun sayang...

      Delete
  9. bagusnya cikgu alisya, saya pula yang rasa terharu
    anak sulung saya dulu belajar di pasti
    lepas pengalaman tak berapa nak ok, saya hantar aisyah ke kemas
    anyway camne alisya mulakan sesi 2017....citelah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki juga kalau dapat cikgu yang pandai ambil hati anak-anak muridkan...

      Hahahaha tak dan lagi nak cerita pasal Alisya sekolah...πŸ˜…

      Delete
  10. susah nak jumpa cikgi yang kenal setiap anak muridnya. bagusnya cikgu ni. anak saya baru masuk tadika pasti jgak. hari2 menangis (so far 3 hari berturut2 dah nangis). sebak... (T_T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesiannya... belum biasa kot... insyaAllah nanti oklah tu... yang penting mama jangan stress... ok?!

      Delete
  11. Alhamdulillah.
    Ijat pon da masuk pasti thn ni.
    Nak sgt dia cerdik ilmu agama.
    Baik nyer cikgu.
    Swjuk hati baca mesej dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... itu la.. moga Ijat cemerlang akademik dan hafazan di Pasti tu nanti... Amin...

      Delete
  12. Sama lah..masa baca msg tu terkedu jap...
    Dalam hati bagusnya cikgu jaa kenal semua anak murid..patut lah marissa syg sgt ngan cikgu jaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... rasanya semua parents dalam group whatsApp tu tak jangka dapat mesej macam tu dari Cikgu Jaa... saya nak delete pun rasa sayang, sebab tu masukkan dalam blog... πŸ˜ƒ

      Delete
  13. Alahai.....dah dua tahun bersama, melayan kerenah mereka mau tak sedih NK....

    ReplyDelete
  14. yelah..mmg sebak..kiranya guru tadikalah guru pertama y mgajar ank slps kita

    ReplyDelete
  15. Good communication between teachers and parents

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...