Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Monday, January 09, 2017

Mengidam Cream Puff?

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Mengidam?! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Bukan mengidam, cuma terasa nak makan je... 😜 Alkisahnya seminggu mencari cream puff. Bila saya bagitau encik hubby, adalah dia pergi kedai kek depan rumah ni, tapi kena tempah dulu... paling awal pun 2 hari baru siap. Mungkin sebab kedai kek tu buat bila ada permintaan atau tempahan dalam kuantiti yang banyak.

Merata juga kami mencari, mana-mana je kami pergi, confirm masuk kedai kek, tengok ada tak cream puff.  Masalahnya kan... benda tu masa kita tak nak banyak je orang jual... Bila nak selalu tak de! Buat sendiri?! Saya tak rajin... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Bila dah tak tahu mana nak cari saya teringat dalam group Whatsapp ada kawan-kawan yang pernah share pasal cream puff ni. Tapi masalahnya tak tau group mana satu. Maklum la banyak sangat groupnya. So, saya post je dalam group tanya siapa yang tahu or jual cream puff tu.

Akhirnya ada kawan sekolah mesej, bagitau kakak ipar dia boleh buat cream puff. Lepas kawan saya tu bagi nombor telefon, terus saya Whatsapp akak tu, Kak Jue. Saya mesej malam semalam tau! So, saya tak de la aim esoknya (hari ni) siap. 

Tapi saya sajalah tanya kak Jue tu, "kalau saya nak esok boleh ke? Sebab encik hubby saya boleh ambil, dia masih cuti." Bila kak Jue kata boleh, saya pula macam... "eh ye ke? ke ada stok yang dah siap?" Maklumlah yang kedai kek tu kan kata paling awal 2 hari baru siapkan... Tapi bila kak Jue kata boleh siap esok, makanya saya terus deal. Order sekotak ada 25 biji cream puff.

Terliur tengok bila Kak Jue
mesej kata dah siap...
Ni saya ambil masa dah sampai rumah,
tak sabar nak makan dah!

So, tadi saya ambil di rumah kak Jue. Ya Allah, tak tahu la nak cakap... rasa nak peluk je kak Jue tu... Ye la, saya mesej malam tadi, hari ni cream puff tu dah ada di tangan saya... Alhamdulillah. Terharu sangat kak Jue sudi buatkan untuk saya yang dah lama cari ni. Nak pula bila baca dekat Facebook kak Jue yang suaminya kena keluar pukul 3 pagi cari telur, sebab kehabisan stok. Punyalah kak Jue nak siapkan juga order saya.

Dalam kereta rasa tak sabarnya la hai nak makan, tapi tahan je... tunggu sampai rumah. Elok je sampai rumah, terus saya hadap. 5 biji sekali makan... Subhanallah, sedap (kena dengan tekak saya). Saya ingatkan krim kastard tu manis, tapi tak la... sedang elok je rasanya.

Siapa-siapa area Sentul, Gombak dan sekitarnya, yang mencari cream puff, bolehlah deal dengan kak Jue ni. Recommanded, servis cepat, rasa sedap. 😜 

Oh lupa, sebenarnya kak Jue pun ada buka kelas belajar buat kek, kuih dan pastry secara online tau. Kalau ada sesiapa yang nak tahu modul kelas bakery online dan nak belajar, boleh ke Facebook Kak Jue atau boleh call/Whatsapp  je dekat nombor ni:

Kak Jue: 011-2846 3842

Terima kasih, kak Jue... 😍😍😍 InsyaAllah boleh order lagi... Moga kak Jue dan keluarga, sentiasa sihat walafiat dan diberikan rezeki yang berkat serta berlimpah ruah... Amin ya Allah... 

Nota kaki: Encik hubby pun mesti dah lega tak dengar pasal cream puff ni lagi... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Kesian dia, merata mencari.
 
 

18 comments:

  1. Madam Juliet Jumadil mmg terbaik, jom join PJJ NECB madam Juliet. Terlajak berbaloi- baloi

    ReplyDelete
  2. Nasib ada 7E penyelamat hihihi

    ReplyDelete
  3. kakak saya selalu buat cream puff. haih lamanya tak makan...

    ReplyDelete
  4. Saya pun peminat cream puff NK..
    pergi kedai kek, mesti rembat satu :)

    Saya pernah cuba buat sekali sbb teringin sgt nak makan masa kat Bradford, tapi tak menjadi.. huhuhu.. nasib baik ada kawan yg teror masak, jadi tempah kat dia aje la :)

    Tekak lain macam ni, Alisya nak dapat adik ka?

    ReplyDelete
  5. gigih mencari tu..seller tu pun bagusnya..mmg tak menghampakan harapan org ye ..respect :)

    ReplyDelete
  6. Suka jugak... Tapi susah nak dapat yang betul2 sedap... Ada rezeki blh cuba yg nie plak nnt...

    ReplyDelete
  7. Huwaaaa sodap... tapi lea suka yg inti coklat n jagung jerk.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Dah lama simpan resepi Cream Puff ni NK tp sampai sudahlah lum cuba haha....
    Mcm senang je buatnya tp bila pikir bancuhannya nak kena masuk dlm bekas nozle bagai tu terus jadi malas haha...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah. ada rezeki cream puff :)
    aida kurang minat skit.
    sebab manis.
    anak2 suka cream puff.
    kalau beli, utk diorang ajer la.

    ReplyDelete
  10. saya pula kurang berkenan
    rupa nampak cantik, tapi bila makan, tak kena kat tekak
    mungkin lain tangan, lain cara pembuatan dia

    ReplyDelete
  11. nampak sedapppp.....dan gebusss

    ReplyDelete
  12. sy tgk ni pun terliurrrrrrrrrrrrrrrrrr nak order jugakkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  13. area sentul. dekat lah dgn tempat lama dlu. skrg dah jauuh dah.
    sedapnya dpt makn ni.
    saya suka inti kastad sbb x mnis juga. hiks. layan j makan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...