Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Sunday, February 05, 2017

Support Bisnes Kawan: PK Bundle

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ada peminat bundle di sini? Jika anda peminat bundle, bolehlah support bisnes rakan blogger kita ni, Puan Kutu a.k.a Noor Murni. Sambil-sambil tulis blog, sempat lagi PK buat bisnes bundle tau! Facebooknya PK Bundle. Macam-macam yang PK jual... ada sarung bantal, soft toys, cadar dan yang paling saya suka tentunya buku... 😜😜😜 semuanya dari luar negara! 

Ini pengalaman pertama saya beli buku-buku bundle. Tergoda betul saya tengok gambar-gambar buku yang PK post di Facebooknya. Rasa macam nak beli semua. Tapi... itulah, konsepnya siapa cepat dia dapat.

Dalam lambat-lambat saya tu, dapatlah juga sambar 9 buah buku untuk Faris dan Alisya. πŸ˜‚ Nampak tak bukan main saya memborong! 😜 Bila PK kata dah pos buku-buku tu, tak menyabar saya tunggu abang pos laju.

Sampai je terus koyakkan, tak sabar nak tengok isi dalam.
Masa ni Alisya pun dah excited nak tengok buku-buku yang saya beli.

Inilah yang saya beli dari PK Bundle... 9 buah buku + 4 sarung bantal. (PK siap bagi 1 lagi buku dan 1 sarung bantal free... ) Syok! πŸ˜ƒ

 
Budak ni yang paling tak sabar nak baca buku-buku tu. Dah la baru balik sekolah, tak dan mandi, makan... terus dok belek dan baca buku. Dia kalau dah start baca buku memang susahlah nak suruh berhenti (sebiji ikut Mama dia 😜) Lastnya, tidur sambil peluk buku.

Excited betul dia baca buku ni. Buku ni paling best!
Sebab setiap page tu macam "Surprise!!"

Alisya siap tanya saya, "nanti kawan Mama nak hantar lagi tak buku macam ni?" Nampak tak bukan main suka Alisya dengan buku-buku tu. πŸ˜ƒ

Semua buku yang saya beli ni, macam buku baru tau. Saya ingat buku ni dah rosak/koyak/conteng... Tapi, Alhamdulillah saya dapat semua buku LIKE NEW. PK pun ada beritahu, buku yang rosak/koyak/conteng tidak dijual. Kira memang PK dah sorting buku-buku ni ikut piawaian. πŸ˜€ 

Bagus, berniaga kena jujurkan... item yang ada sedikit 'kecacatan' PK akan mention pada gambar barang tersebut. So, orang yang nak membeli tidak rasa tertipu... Jika anda peminat bundle boleh cuci mata di page PK Bundle, jangan lupa LIKE dan SHARE juga. InsyaAllah puas hati. 

Jom support bisnes bundle kawan saya, Puan Kutu a.k.a Noor Murni. πŸ˜ƒ


17 comments:

  1. Very good review..tq sgt sudi shopping ngan PK bundle pastu promote lagi. Allah je mampu balas..Alhamdulillah 1 kepuasan dpt gembirakan hati customer😊

    ReplyDelete
  2. bagus jugak jual buku terpakai.. kalau simpan buku budak2 takde siapa nak baca

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
  4. Wahhh, nak pegi terjah jugaqlah, hehe~

    ReplyDelete
  5. menarik ni....boleh la rietta cuba...

    ReplyDelete
  6. oh..mcm terlepas pulak.. nanti nak g usha juga blog PK.

    ReplyDelete
  7. sesi menterjah page bundle..hihi...best2....brg bundle

    ReplyDelete
  8. Akak pun berminat brg bundle...nak juga terjah blog PK .

    ReplyDelete
  9. Wah bestnye...boleh terjah blog PK

    ReplyDelete
  10. sonok kann mkcik tenok anak suka baca buku camtu., hehe2

    ReplyDelete
  11. Tulah ada jugak tengok sarung bantal dia kat FB, buat masa ni belum terasa nak beli lagilah NK. Tap tak taulah akan datang, takut okje pulak yg kena sawan soping haha...

    Alisya rajin baca buku tak rugilah beli ye NK

    ReplyDelete
  12. kadang2 brg bundle lebih ok & berkualiti. my bapa beli brg bjenama, tp x bkualiti. bila dia beli brg bundle, dia puas hati. kdg2, org fikir brg bundle ni jenis yg lusuh, kurang kualiti. tp sbnrnya, kalau brg tu terjaga biarpun bundle kualiti tjamin πŸ˜„

    ReplyDelete
  13. Bestnya.. brg bundle biasanya jenama yg berkualiti dan mahal klu brand new. Baiklah beli bundle, jimat dan berbaloi... thanks sharing info menarik ni dan salam ukhwah juga :)

    ReplyDelete
  14. wow buku tu menarik perhatian, nak belikan utk anak for present her birthday nnti

    ReplyDelete
  15. sy jarang beli bundle..pernah tu pernah..sekali setahun or kadang sekali dua tahun hehe

    ReplyDelete
  16. Best la beli bundle mcm nie.. Selalu tahu org jual baju jer..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...