Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Friday, February 24, 2017

Resipi Mudah: Pulut Mangga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kebetulan ternampak gerai buah-buahan yang ada jual mangga ni. Mula-mula rasa nak makan macam tu je. Tapi tiba-tiba terfikir, "sedapnya la hai, kalau ada pulut". Maka gagahkan kaki jugalah masuk dapur, bila tengok barang semua ada, buat je lah untuk minum petang.

Saya masak pulut dengan pemanggang ajaib, so saya tak perlu rendam pulut. Dengan pemanggang ajaib boleh masak terus pulut tu.

Next time kena buat banyak sikit, tak cukup! 😂
 
Pulut:
 
1. 3 cawan beras pulut - dibersihkan
2. 1 cawan santan  
3. 2 cawan air
4. Sedikit garam
5. Daun pandan

* Masukkan semua bahan di atas ini ke dalam pemanggang ajaib dan masak dengan api sederhana. Buka penutup 10 minit sekali untuk kacau dan pastikan airnya cukup. Jika pulut masih keras (belum masak) tambah sedikit air.

Mangga:

3 biji mangga, potong ikut suka 😝 - saya potong kuib dan ketepikan.

Kuah pulut mangga:

1. 1/2 cawan santan
2. 1 cawan air
3. Daun pandan
4. Garam dan gula secukup rasa
5. Sedikit biji sagu - kalau tak masukkan pun tak pe

* Didihkan bahan-bahan di atas sehingga biji sagu masak. Perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang. 

* Kalau nak kuah tu pekat sikit, cairkan satu sudu besar tepung jagung dengan air dan masukkan dalam kuah tadi. Biarkan seketika (ikut kepekatan yang dikehendaki), sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba! 😃

* * *

Peminat buku jangan lepaskan peluang ini!!

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=5707

14 comments:

  1. W/salam Nora... Saya tak pernah makan pulut mangga ni. Yang biasa pada saya pulut dengan durian.

    ReplyDelete
  2. waduhhh sodap nyerrr tingat pulut mangga kat bangkok aritu ;-)

    ReplyDelete
  3. saya makan pulut durian je.. heheh

    ReplyDelete
  4. Feberet sy ni pulut mangga... Blh try buat sdri jgk pasni.. Blh mkn puas hati

    ReplyDelete
  5. favorite husband sy ni..tapi pulut dikukus dan paling sedap kalau mangga harummanis pilihan dhubby sy...

    ReplyDelete
  6. Geramnya tengok mangga tu NK. Oren dia menarik betul. Mesti manis ek...Bila digandingkan dengan pulut yg lemak lemak masin, sos santan yg lemak lemak manis...pergh!!

    ReplyDelete
  7. W'salam Nora,

    LZ masih belum merasa pulut mangga.. Nampak macam best.. Cantik warna mangga tu.. terliur.. 😁

    ReplyDelete
  8. Alahaiii... Sedapnya. Dah lama tak makan pulut mangga.

    ReplyDelete
  9. Mudahnya guna pemanggang ajaib tu..x beli2 lg

    ReplyDelete
  10. yummy...xpernah buat pulut mangga....

    PS : ibu emas tu utk suri rumah bawah umur 60 tahun, pelajar emas pula utk pel thun 1,4, tingkatan 1,4

    ReplyDelete
  11. anak2 aida suka ni.
    and pulut durian jugak.
    1st time makan, kat kelantan :)

    ReplyDelete
  12. dap nyer tgok..yaya last mkn pulut mga ni rase nyer tahun lepas kot..huhu

    ReplyDelete
  13. Wah masak pulut pkai pemanggang ajaib terbaiklah..sy bila ye nk masak pulut..dh tak pntg ni..tggu bulan posa nti la.hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...