Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Wednesday, January 27, 2016

7 Minit Je Cabut Gigi!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tak sangka pula lepas saya publish entri tentang pengalaman saya (yang takut jumpa doktor gigi ni) buat Scaling a.k.a Cuci Gigi dapat perhatian. Beberapa orang rakan mesej dan bertanyakan lanjut tentang klinik yang saya dapatkan rawatan tu, iaitu Klinik Pergigian Sharifah Aminah. Rupa-rupanya ramai juga orang yang takut jumpa doktor gigi.. (^_^) Saya ingat saya seorang je... Alhamdulillah, sekurang-kurangnya entri saya boleh melembutkan hati-hati orang yang juga takut jumpa doktor gigi... :p

Dalam entri kali ni saya nak cerita tentang pengalaman saya cabut gigi di klinik yang sama. Seperti yang doktor dah beritahu pada saya, gigi geraham atas di kedua-dua belah dah pun terhakis. So saya cabut yang sebelah kiri dulu. Memandangkan gigi geraham kiri tu dah terasa sakit sedikit, bila saya ketap gigi. 

Saya ni acah-acah berani je nak pergi cabut gigi. Alisya jadi peneman saya masa tu. Selalunya kalau hantar Faris ke sekolah, Alisya akan tertidur dalam kereta. Tapi disebabkan saya nak cabut gigi saya pesan siap-siap pada Alisya yang saya nak pergi klinik. Elok je dia tak mengantuk. 

Sampai klinik, debar jangan cakap la... Saya dapat giliran nombor 4, sebaik klinik gigi dibuka semula selepas lunch hour. (Klinik tutup dari jam 1.00 - 2.30) Sementara menunggu giliran tu, cuak juga. 

Saya: Macam takut je nak jumpa doktor gigi.

Alisya: Tak apa mama, tengok budak tu dia tak takut pun nak jumpa doktor gigi. Siap nyanyi-nyanyi lagi. (sambil tunjuk pada seorang budak kecil berusia 5 tahun. Kami dengar masa ibunya daftarkan dia di kaunter. Nak cabut gigi yang dah rosak.)

Saya tengok je budak kecil tu. Memang tak de langsung perasaan takut. Muka ceria je... Mungkin juga sebab dia tiada trauma yang melibatkan rawatan gigi, sebab tu dia ceria. Kan?! :p

Bila tiba giliran saya, saya beritahu doktor gigi mana yang nak dicabut. Bila doktor dah periksa, dia meminta pembantunya ambil apa yang diperlukan. Bila doktor nak letak gel di gusi, saya siap tahan tangan doktor tu... :p Siap cakap, "kejap doktor... kejap"

Doktor tu cakap, "ok kalau dah ready bagitahu yea..." kemain memahami doktor ni. Dia tak de lah nak marah sebaliknya di beri saya masa untuk bertenang.

Bila saya dah betul-betul ready, doktor sapukan sedikit gel pada gusi. Kemudian di injectkan bius... sambil bercerita tentang filem Dilwale dengan pembantunya. (^_^) Dua kali saya disuruh berkumur dan lepas tu doktor cakap, "ok dah siap... bukan lama pun."

Saya yang terpinga-pinga dok tanya, "dah siap ke?"

Doktor jawab sambil gelak-gelak, "dah... dah siap dah..."

Bila saya ambil handphone saya dari tangan Alisya, tengok jam, la.. 7 minit je. Alisya siap cakap, "dah ke mama? Alisya tak main lama pun game tu." (nampak, Alisya pun rasa sekejap sangat)

Aduhai, memang tak lama pun cabut gigi, sekejap je. Kes saya 7 minit je selesai... Alhamdulillah saya tak rasa sakit pun sepanjang proses mencabut gigi tu... Sehari selepas cabut pun tak de lah rasa sakit... Harga saya cabut gigi hari tu RM80 sahaja (termasuk ubat tahan sakit dan kapas). 

Saya masih lagi ada satu gigi untuk dicabut. Saya ingat next rawatan, saya nak bawa Faris dan Alisya sekali. Supaya mereka tak takut dengan doktor gigi! (^_^) Jangan jadi macam mama ni... :p

So, siapa-siapa yang tinggal berdekatan Greenwood atau Taman Sunway, dan mencari doktor gigi, bolehlah datang dan buat rawatan di klinik ini. Memang sangat- sangat recommended! 

KLINIK PERGIGIAN SHARIFAH AMINAH
SH 2, Taman Greenwood,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-6184 1153

No. 27, Jalan SM2,
Taman Sunway,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-6185 6125


23 comments:

  1. Bijaknya Alisya...
    pandai beri semangat kat mama dia...

    Saya pun dah lama tak jumpa dentist...
    Kali terakhir tahun 2013 rasanya, masa kat UK...
    Bila rasa gigi tak sakit, mmg liat nak pegi jumpa dentist.... hehehe

    Saya pun duk mencari juga klinik gigi yg ok utk kanak2...
    Nak bawa Aisyah yg giginya dah mula berlapis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu... saya pun gitu, bila gigi sakit barulah terkial2 jumpa doktor... selagi boleh tahan tu mmg akan ikhtiar cara lain... hehehe

      alisya ni mmg macam tu... jenis yang menenangkan... (^_^)

      Delete
  2. kikiki...selalunye ibu yg dok pujuk2 anak supaya jgn takut..tapi kes ko ni dik dah terbalik pulak ye...hahaha...good girl la Alisya ni...lepas ni dah tak payah nak trauma lagi dik dah jumpa Doc yg memahami dan lemah lembut gitu...Doc gigi yg selalu akak jumpe tu pon pompuan gak...alhamdulillah dia pon lembut je buat keje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahah kan kak?! Tah pape saya ni.. hahaha

      Delete
  3. memang takut nk canut gigi kan...gigi kak hbs tercabut masa kak eksiden dulu..le ni guna gigi pelesu je nora..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mmg seriau dgn doktor gigi... la, ye ke kak? Xpe la, janji masih boleh makan ye dak.. hehehe

      Delete
  4. angah pernah cuci gigi, doktor tak berhati-hati, habih berdarah gusi, ermm memang tak buat dah kt klinik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?! Biasanya org yg ada trauma berkaitan dgn gigi akan takut jumpa doktor gigi... kalau kena doktor yang baik & teliti, confirm tak takutlah!

      Delete
  5. bestnya mama bawa peneman bg semanngat bagus alisya :)

    sama la sya ni kak. dok nk cabut gigi geraham gak. tp takut hahahaha. lawak pulak. bukan apa, takut x leh nk handle dgn anak kecik lagi yg suka menngempeng. huhuhu

    bila akak kata 7 mnit j mcm nk try la pape pon kena check gigi dlu la kan.
    sbb geraham saya ni kuat lg. bila goyang xda la rasa cuma dh rosak.

    blh la try klinik akak suggest ni dkt je dgn saya. sanggup la pergi dari keramat ni haaaa..

    doktor dia pempuan ke kak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha ramai geng yg takut jumpa doktor gigi rupanya...

      Keramat taklah jauh sgtkan.. boleh la kalau nak pi... Doktor yg akak dpt tu perempuan... tapi jgn tanya nama doktor, sbb akak pun tak tanya... Dok panggil "doc... doc" je.. hahaha

      Mmg 7 min je... siap tgk jam tau! Hahhahaha

      Delete
  6. adoiii..tgh sakit gusi ni... nak gi scaling lah nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi itu yang tak tahan tu... huhuhu pi scaling lega sikit nanti...

      Delete
  7. Alhamdulilah selesai dah kan. tula kadang ada dokte gigi yang buat lembutttttt je. ada yang sampai pegang2 kepala kita, mana la tak trauma huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tu la... tau tak pe... huhuhu seriau tau!

      Delete
  8. Hihi... Alisya pulak yg pujuk mama ye:)
    Kakak pun kalau bab jumpa dentist ni Nora memang ngilu/ngeri
    Kena 7 minit oklah tapi ada yg lama tau... itu yg ngeri:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak... encik hubby saya sampai kena marah dengan doktor lagi sebab ada akar yang tertinggal di gusi... lepas pada tu memang menahan sakit je la... kesian dia...

      Delete
  9. cabut gigi aya ok lagi tapi jgn korek gigi ... perghhh .

    ReplyDelete
  10. bercakap bab takut cabut gigi. aRz pun salah seorang. haha
    dalam kita nak cabut gigi memang penting pilih klinik dengan doktor yang pakar dalam bab ni sehingga kita tidak rasa terlalu sakit.

    kalau sakit dan bengkak bila cabut sudah tentu menambahkan lagi rasa takut.

    aRz juga ada pengalaman yang sama cabut gigi dan ada akar gigi tertinggal sebab gigi dah reput. tapi dengna kepakaran yang ada tak rasa sakit dan semuanya dalamkeadaan baik....

    jadi pemilihan klinik gigi adalah penting. terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu.. memang kena cari dentist dan klinik yang betul... kalau tak, memang teruk la menahan sakitnya...

      Seriau betul baca tang akar tertinggal tu... huhuhh

      Delete
  11. Bagus Alisha, pandai pujuk ibunya supaya jangan takut. Bagi perbandingan pun dengan budak 5 tahun. Hahaha!

    Bukan awak aje yang takut Nora. Saya pun takut juga tau sebab ada kisah silamlah. Masa kecil doktor gigi tak berapa nak bertauliah cabut dua gigi saya serentak- gigi susu dan gigi betul yang baru tumbuh! Mahu saya tak menjerit. sejak itulah kalau jumpa doktor gigi saya memang seriau. Tapi dah lama juga ni berkira-kira nak cuci gigi cuma tak berani nak mulakan langkah je ni!

    ReplyDelete
  12. Berapa ya harga cabit gigi di sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya kena RM80. Baru2 ni saya cabut lagi satu gigi geraham kena RM100.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...