Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Friday, January 22, 2016

Scaling a.k.a Cuci Gigi

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Siapa takut jumpa Doktor Gigi kita geng! Hahaha... Saya memanglah sangat-sangat takut nak jumpa dentist. Dulu masa zaman remaja, saya pernah buat scaling di Klinik Pergigian di Sentul. Tapikan doktor tu tidak friendly dan buat treatment dengan kasar. 

Ya Allah, memang boleh ingat lagi... Patutnya kalau buat scaling atau cuci gigi, kita akan rasa fresh, gigi bersih dan rasa gusi sihatkan? Tapi masa saya dulu, dahlah masa scaling tu rasa sakit sangat, lepas scaling pun gigi dan gusi rasa sakit tak tahu nak cakap. Dalam tiga empat hari juga gusi saya bengkak. Bila pergi semula dikatakan itu biasa. So, menahan je lah saya. Sejak dari tu, saya memang takut jumpa Doktor Gigi.

Encik hubby saya pula pernah buat minor operation pada gigi gerahamnya (sebelah bawah, dua-dua belah. Sebab encik hubby saya giginya berlapis-lapis. So, masa treatment, gusi encik hubby saya kena belah sikit). Melihatkan gusinya bengkak dan tak boleh makan sangat. Pipi pun bengkak. Dalam kesakitan... Aduh, memang menakutkan!

Ni dah umur 30-an memang gigi dah mula buat hal... Gusi pun kerap berdarah bila berus gigi. Saya tahu saya dah lama tak jumpa Doktor Gigi, so masalah yang saya hadapi tu normal. Solutionnya saya perlu jumpa Doktor Gigi.

Bulan November lepas saya gagahkan diri jumpa Doktor Gigi. Menggigil jangan cakaplah. Menunggu giliran je pun buat saya rasa nak pitam. Bila tiba giliran saya, rasa macam... haih tak tahu nak cakaplah. Tapi doktor yang merawat saya tu baik sangat... Friendly. Dia tengok saya cuak, dia cakap "jangan risau, saya check dulu. Lepas tu awak decied nak buat apa yea... Ha, baring."

Saya baring. Nganga mulut dan doktor pun check. "Ok, ada dua option, nak cuci gigi dulu atau cabut gigi dulu (memandangkan gigi geraham atas di kiri dan kanan dah terhakis)?"

Lama fikir, kemudian saya decide untuk cuci gigi dulu. Sepanjang scaling tu saya pejam mata rapat-rapat. Dalam kepala asyik terfikir gusi akan membengkak, gigi berdarah.

Tak lama lepas tu doktor cakap, ok dah siap. Saya macam... "eh dah ke? Tak rasa apa-apa pun." Nampak tak betapa teliti dan berhati-hati doktor tu buat treatment.

Bila nak keluar tu saya siap cakap pada doktor tu, "doktor dah ubah persepsi saya pada rawatan pergigian..." Hahahaha poyo tak? Padahal sendiri yang takut tak memasal! (^_^)

Saya buat scaling hari tu kena bayar
RM180, termasuk ubat-ubatan seperti
di atas.
Oh ya, saya buat scaling di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, Greenwood. Dari pembacaan dan testimoni mereka yang telah mendapatkan rawatan di klinik ni, memang ramai yang cakap bagus. Ada satu hari tu masa tunggu Faris balik dari sekolah, ada ayah-ayah yang cerita pasal bagusnya Klinik Pergigian Sharifah Aminah ni. Yang saya dengar mereka kata, doktor sangat teliti dan berhati-hati buat treatment. Tak kasar, doktor dan staf pun baik-baik.

So, bila dah lalui sendiri, saya memang bersetujulah... Doktornya sangat baik. Tak pressure kita nak buat apa. Dia akan bagi nasihat dan bagi kita pilihan. Doktor hanya akan mulakan treatment bila kita dah betul-betul bersedia.

Kalau anda perlukan rawatan pergigian, bolehlah ke Klinik Pergigian Sharifah Aminah ni sama ada di Greenwood atau Taman Sunway. Di buka setiap hari Isnin - Sabtu (Ahad tutup), dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 malam.

KLINIK PERGIGIAN SHARIFAH AMINAH
SH 2, Taman Greenwood,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-6184 1153

No. 27, Jalan SM2,
Taman Sunway,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-6185 6125

Nota kaki: Lepas je scaling ni, saya senyum je manjang. Rasa nak tunjuk gigi je... Maklumlah gigi dah bersih kan? Nanti saya cerita pengalaman cabut gigi di Klinik yang sama... :p

13 comments:

  1. tips utk gigi yg sihat sampai ke tua buat laa scalling secara berkala.....lepas buat scalling tu sayang jek nak makan kan sbb tau dah gigi dah bersih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul lieya... lepas scaling memang rasa bersih je gigi...

      Delete
  2. so far gigi sy masih elok..hihi nanti+ jumpa dentist

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi kalau ikut doktor kena jumpa setiap 6 bulan... hehehe

      Delete
  3. Baca entry ni.. teringat.. uits.. dah lama tak jumpa doctor gigi.. eerrr.. nantilah.. itu yang masih tertangguh hingga ke hari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? saya kalau tang jumpa doktor gigi mmg sengaja lengah2kan... kalau dah betul2 sakit gigi baru saya menyerah diri... huhuhu

      Delete
  4. kita pon takut jumpa dentist..ngeri bila ingat mase cabut gigi geraham dulu..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha kita geng! Biasanya org yg takut jumpa dentist ni kan sbb dia ada pengalaman buruk yg buatdia trauma kan?!

      Delete
  5. Salam Perkenalan..
    Saya pun lama dah tak jumpa dr gigi, ni kes takut jugak lah :)

    ReplyDelete
  6. amboi lawa dah senyuman ye nora, sama lah kak ana pun takut dentist huhu :)

    ReplyDelete
  7. akak lepas baca n3 nora ni cam terpanggil2 pulak nak pi bersih kan gigi...buat masa ni alhamdulillah akak tak penah lagi dapat Doc yg kasar2 ke hape...cuma cik boss akak je penah terkena dgn satu doktor pompuan ni...siap somi akak mengadu...sakitnye tak bole nak cakap...walau pon dia tak menangis tapi air maata tetiba keluar...bole bayang tak berapa hazab dia di kejekan doktor gigi sengal2 ubi tu...tobat lepas ni tak pi dah klinik dia

    ReplyDelete
  8. samaa la kak .kita geng.hikhik
    saya bukannya apa takut bab nak cabut gigi. lain oke. takut sbb kena bius tu. dok teringat2 msa zamn sklah rendah dulu cabut gigi susu. huhuhu

    ni sjak dah ada anak sakit pulak gigi ni gaham pulak tu. kurang kalsium ke apa la.. kihkih.

    ReplyDelete
  9. Ni yang macam nak jumpa doktor gigi juga ni. Nak senyum meleret sampai nampak semua gigi ^_^ Betul tau, Nora. Kalau cerita bab jumpa doktor gigi ni, bukan budak-budak aje takut, mak budak pun sama aje. Saya pun tak terkecuali sebenarnya!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...