Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Sunday, January 24, 2016

Buku: Cerita Dari Syurga

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tajuk Buku: Cerita dari Syurga
Penulis: Zamri Mohamad, Yusry Yusopp, Haeqal Zulqarnain
Penerbit: PTS
Harga: RM 11.00

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=1409

Cerita dari Syurga adalah himpunan 30 cerita yang penuh inspirasi, memberi motivasi dan menggugah emosi. Cerita-ceritanya segar dan hidup. Saat membacanya sungguh mengasyikkan, seolah-olah kita ditarik masuk ke dalam setiap babak yang dipaparkan.

Ceritanya merangsang kita menjadi lebih bersemangat untuk menikmati kehidupan dan menjadikan setiap saat dalam hidup ini lebih bermakna.

Seorang isteri mahu kekal dalam ingatan suaminya sepanjang hayat. Seorang ayah mahu meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati anaknya. Diri kita pastinya mahu menjadi insan yang dipuji-puji di langit dan disayangi di bumi. Kita mahu diingati untuk selama-lamanya dalam ingatan orang yang tersayang.

Antara kisah menarik di dalam buku ini adalah:
  •  Lihat syurga di jendelamu
  • Bisikan kata-kata syurga
  • Jemaah syurga berkhemah di dunia
  • Semanis dan sepahit gula-gula Kopiko
  • Senyuman adalah cop kekal dalam kenangan
  • Tiket bahagia selalunya berganda

Jika anda mencari buku-buku yang melentur hati, Cerita dari Syurga adalah salah satunya. Ia juga boleh menjadi teman akrab diri. SYURGA, bukankah ia idaman setiap hati?

14 comments:

  1. Tajuknya pun dah menarik....pasti isi ceritanya lagi menarik dan bermanfaat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Bunda? Saya tak sabar tunggu buku ni sampai... tak sabar nak baca...

      Delete
  2. lamanye tak bersiaran dik...bagos bukunye ye..tajuk pon dah menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama kan kak? Tak tahu la apa yg disibukan... hahah

      Delete
  3. Buku-bulu PTS siapa tak tahu tapi kakak belum ada buku ini.
    Mesti menarik utk dibaca.

    ReplyDelete
  4. bagus sekali buku ni dibaca kanak2 r org dewasa bnyak ilmu yg boleh dikutip darinya.

    ReplyDelete
  5. Tertarik akak dgn tajuk buku tu Nora..
    Teringin juga utk memilikinya..
    Nak cari juga..
    Tq info Nora ;)

    ReplyDelete
  6. bagus dan menarik
    ppstt: akak, hari tu saya mmg ada ikut nasihat akak bagi tu tinggalkan protein. tp sama je kak. bukan setakat seminggu lama juga saya x mkn ayam atau ikan. huhuhu.

    alhamdulillah skrg dh baik..

    ReplyDelete
  7. macam best je tu haaa. harga pun murah je

    ReplyDelete
  8. Tajuk macam menarik tapi saya ni entah berapa kurun agaknya dah berhenti membaca! Macam biasalah alasan diberi ~ sibuk! Entah sibukkan apa pun tak tahulah. Sehari sehelai mukasurat pun tak dapat nak membacanya!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...