Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Monday, June 30, 2014

Resipi Mudah: Nasi Tomato

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 2 Ramadhan, 

Semalam encik hubby saya request Nasi Tomato untuk buka puasa... Aaa sudah...!! Saya kalau resipi yang jarang-jarang masak ni susah sikit nak masak time puasa... maklum la... takut ada yang tak cukup rasa... Tapi dah direquest, saya buat la juga... Tawakal, agar semuanya cukup rasa... Alhamdulillah menjadi... (biasa masak nasi tomato ni masa Hari Raya je... jarang la masak nasi tomato kalau bukan Hari Raya... )

Bahan-bahan:
3 pot beras
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 sudu besar minyak sapi (kalau takde minyak sapi, mentega pun boleh)
2-3 sudu besar tomato puree (kalau takde tomato puree, pakai sos tomato pun boleh... masukkan ikut citarasa masing-masing)
1 pot susu cair/sejat (pakai pot beras tu... senang sikit nak agak airnya :p )
3 pot air (air bergantung pada jenis beras)
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Cuci beras dan toskan.
2. Tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis dengan minyak sapi hingga naik bau.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang dihiris hingga kekuningan/layu.
4. Masukkan tomato puree/sos tomato, biarkan sehingga sedikit mendidih.
5. Masukkan beras dan kacau rata.
6. Masukkan susu cair/sejat dan air serta garam dan kacau sebati.
7. Perlahankan api dan tutup pemanggang ajaib. Biarkan ia masak sepenuhnya selama 15-20 minit (15 minit yang pertama boleh buka dan tengok sama ada cukup air atau tak... kalau tak cukup boleh tambah air sikit)
8. Bila dah masak bolehlah dihidang dengan bawang goreng (rumah saya tak de stok bawang goreng... hehe)


* kalau masak dalam periuk nasi pun boleh... atau nak tumis dulu dalam kuali lepas tu pindahkan dalam periuk nasi pun boleh... Mana-mana la... saya sebab pakai pemanggang ajaib... Senang sikit... 

Saya buat nasi tomato dengan ayam masak merah dan acar timun/carrot.

Selamat mencuba! (^_^)Y

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Saturday, June 28, 2014

Cara Solat Terawih Sendirian

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Ramadhan, 

Seronoknya nak sambut Ramadhan esok... Malam ni dah mula solat terawih... Mesti masing-masing dah ready nak berterawih di masjidkan?!

Pada yang tak berkesempatan untuk ke masjid, terutamanya yang mempunyai anak-anak kecil, bolehlah melakukan solat terawih di rumah... Rujuk di sini untuk Cara Solat Terawih Sendirian.

Jangan risau akan ganjaran pahala... Tak kisah di masjid atau di rumah... (bagi kaum Adam, silalah ke masjid... lebih afdal...) yang penting, ikhlaslah dalam setiap amalan... Perbanyakkan amalan, agar kita boleh menggandakan pahala di bulan yang mulia ini... Moga Allah menerima amalan yang kita lakukan... Amin...

Ramadhan Kareem...

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, June 26, 2014

Ramadhan Countdown...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

Kita hampir memasuki bulan Ramadhan... Marhaban Ya Ramadhan... Rasa gembira, seronok, sayu... semua ada... Namun kehadirannya tetap dinantikan...

Ayuh semak kesilapan yang biasa kita lakukan dalam Ramadhan yang lepas-lepas... Jom sama-sama perbaiki amalan kita, agar kita mendapat lebih banyak keberkatan dalam bulan Ramadhan yang akan datang ini...


Moga Allah ampuni dosa-dosa saya, dosa-dosa suami saya, dosa-dosa arwah kedua ibu bapa saya, dosa-dosa arwah kedua ibu bapa mertua saya, dosa-dosa semua ahli keluarga saya... dan tak lupa juga dosa-dosa para pembaca blog saya... 

Moga dengan kehadiran Ramadhan kali ini, kita akan lebih bersemangat untuk perbanyakkan amalan agar mendapat keberkatan dariNya... Amin...

Marhaban ya Ramadhan... 
Salam Ramadhan buat semua...

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, June 25, 2014

Wordless Wednesday #52: Cuba Teka!


Agak-agak gambar apa yea ni?  

* * * 
 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, June 20, 2014

Alisya?! Tak... Tak... Ni Elsa!!

 Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

Ok, nampak gayanya AF saya pun dah terkena "demam Frozen"... Faris dan Alisya sama je naiknya... Lebih teruk lagi si Alisya yang lebih perasan dia Elsa! Dan tak kasi saya panggil dia Alisya!

Saya: Alisya, ambil buku... meh baca...

Alisya: Alisya?! Tak... tak... ni Elsa la mama...

Saya: Ceh perasan...! (dia sambil gelak ambil buku...)

Alisya: Mama tau tak yang Elsa tu kan... dia ada power... Sebab tu la Alisya suka...

Saya: Anna tu power dia lagi best... Dia boleh selamatkan Elsa dari pedang! 

Alisya: Mana ada... Anna tu tak de power la...

Saya: Ada... power dia... LOVE! (sambil tangan saya buat bentuk LOVE) Sebab tu Alisya dengan abang tak boleh gaduh... Kena main elok-elok... Jangan pukul abang... Kena selalu sayang abang... nanti abang boleh jaga Alisya... Alisya pun boleh jaga abang! Faham?! (ok... Alisya terkebil-kebil je pandang saya... tak fahamlah tu...!! Grrr... takpe la... lama-lama nanti Alisya akan faham...)

Alisya: (Geleng..) Adam Faris selalu yang kacau Alisya dulu... Amik mainan Alisya... Dia asik nak gaduh je...

Saya: Sebab tu tak boleh gaduh... kena main sama-sama... Tengok Anna tu... Dia kena main sorang-sorang... Sebab Elsa tak nak main dengan dia... Alisya nak ke kalau abang tak nak main dengan Alisya?

Alisya: Tak nak... Alisya nak main dengan Adam Faris...  

Saya: OK... So jangan gaduh! (Alisya angguk tanda faham...)

Sejak tengok cerita Frozen ni... Kat rumah Alisya selalu pakai gaun...
perasan jadi Elsa la tu... Nasib baik bila keluar rumah...
dia masih cari baju & seluar panjang serta tudung...
Seronok sebenarnya bila tengok cerita kartun... mesti ada pengajaran yang berguna untuk anak-anak... Saya selalu cakap pada Alisya dan Faris, adik beradik tak boleh gaduh... kena main sama-sama... Jangan nangis sebab berebut mainan... Kena selalu belajar sama-sama... Faris kena selalu tunjuk contoh baik pada Alisya... dan macam-macam lagilah nasihat yang tak pernah habis... :p

* * * 
 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, June 18, 2014

YES, Please Be Nice To Me...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

Lama betul tak dapat buat apa-apa pada blog disebabkan Celcom broadband yang dah tak berapa mesra dengan saya lately... Sedih betul...! 

Encik hubby pula sejak internet slow ni makin kerap pula dia nak check story pakai laptop saya... Sudahnya dia tension sebab kena tunggu loading lama... hehehe (Dia tak tau cik puan wife dia ni dah habiskan kuota :p)

Sejak tu dia kata Celcom ni tak bagus dah... Banyak kali juga dia cakap pasal YES... Saya tak pernah la pula terfikir nak tukar internet service provider... Sebab memang dari dulu saya pakai Celcom... Dah biasa dan malas nak tukar yang lain (ye la nanti nak kena pergi kiosk la tutup akaun, isi borang... malas!)...  

Tapikan pandai pula encik hubby gunakan "blog saya" sebagai umpan... Dia kata, "nanti kalau dah pakai WiFi YES Zoom 4G, boleh la kerap update blog!" Ececece... So, terasa la juga nak try YES. (´ ▽).。o♡ 


Encik hubby dah pun tutup akaun Celcom broadband saya dan gantikan dengan WiFi Yes Zoom 4G ni... Itupun lepas dah tanya sana sini... dan pastikan area rumah kami ni dapat line yang penuh untuk YES tu. Sebab area rumah saya ni ni kalau Digi memang tak berapa nak dapat line.

So, bermulalah pengalaman baru untuk saya satu family dengan WiFi YES ni... Please be nice to us ya, YES!! 

Apa yang tak bestnya WiFi ni adalah bila pergi mana-mana tak boleh bawa sekali... Sebab WiFi ni hanya boleh dipakai pada alamat rumah sewa saya ni je... tak portable la maksudnya... Maka susahlah saya bila balik Gombak tapi tarak internet line... Yang sama sekali membantutkan hasrat nak publish entry baru... Macam cuti sekolah baru ni, kami balik Gombak hampir seminggu, tapi tak dapat buat apa selain baca buku/magazine dan tengok TV. (Mujur saya memang bawa buku dan majalah dalam beg laptop ni...) .・゜゜・(/。\)・゜゜・. 

Yang best pula adalah, kuotanya adalah unlimited... Dan yang pastinya, bil bulanan adalah kurang berbanding Celcom broadband saya dulu... Broadband dulu RM90/sebulan, yang WiFi YES ni RM70++/sebulan (boleh pula terlupa exact amount masa taip entri ni...!!) So, jimat hampir RM20 juga...!!

Masih belum cukup sebulan lagi usia WiFi YES ni bersama kami... Saya harapkan agar line dan servicenya baik-baik saja... InsyaAllah... Amin...

Nota kaki: Terima kasih pada yang sudi menjenguk blog saya walaupun tiada entri baru... Slowly saya buat kunjungan balas ya... Terima kasih banyak-banyak... ( ˘ ³˘)❤

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...