Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam
2 Ramadhan,
Semalam encik hubby
saya request Nasi Tomato untuk buka puasa... Aaa
sudah...!! Saya kalau resipi yang jarang-jarang masak ni susah sikit
nak masak time puasa... maklum la... takut ada yang tak
cukup rasa... Tapi dah direquest, saya buat la juga...
Tawakal, agar semuanya cukup rasa... Alhamdulillah menjadi... (biasa
masak nasi tomato ni masa Hari Raya je... jarang la masak nasi tomato
kalau bukan Hari Raya... )
3 pot beras
1 kuntum
bunga lawang
3 kuntum
bunga cengkih
3 biji buah
pelaga
2 cm kulit
kayu manis
1 biji
bawang besar (hiris)
2 ulas
bawang putih (hiris)
2 sudu besar
minyak sapi (kalau takde minyak sapi, mentega pun boleh)
2-3 sudu
besar tomato puree (kalau takde tomato puree, pakai sos tomato pun
boleh... masukkan ikut citarasa masing-masing)
1 pot susu
cair/sejat (pakai pot beras tu... senang sikit nak agak airnya :p )
3 pot air
(air bergantung pada jenis beras)
Garam
secukup rasa
Cara
membuatnya:
1. Cuci
beras dan toskan.
2. Tumiskan
bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis dengan
minyak sapi hingga naik bau.
3. Masukkan
bawang besar dan bawang putih yang dihiris hingga kekuningan/layu.
4. Masukkan
tomato puree/sos tomato, biarkan sehingga sedikit mendidih.
5. Masukkan
beras dan kacau rata.
6. Masukkan
susu cair/sejat dan air serta garam dan kacau sebati.
7.
Perlahankan api dan tutup pemanggang ajaib. Biarkan ia masak
sepenuhnya selama 15-20 minit (15 minit yang pertama boleh buka dan
tengok sama ada cukup air atau tak... kalau tak cukup boleh tambah
air sikit)
8. Bila dah
masak bolehlah dihidang dengan bawang goreng (rumah saya tak de stok
bawang goreng... hehe)
* kalau
masak dalam periuk nasi pun boleh... atau nak tumis dulu dalam kuali
lepas tu pindahkan dalam periuk nasi pun boleh... Mana-mana la...
saya sebab pakai pemanggang ajaib... Senang sikit...
Saya buat
nasi tomato dengan ayam masak merah dan acar timun/carrot.
Selamat
mencuba! (^_^)Y
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.
baru je google cara nak buat nasi hujan panas.. sekali terjumpa plak nasik tomato.. bila tgk recipe ni senang je nak buat lebih kurang nasik hujan panas jg..;)
ReplyDeleteHa ah lebih kurang je zaza... kalau nasi minyak masuk serbuk kunyit sikit tuk warna kuning... lps dah masak, titikkan pewarna merah n hijau... tambah gajus n kismis... siap! Hehehe
Deletesedapnya
ReplyDeleteSedap sedap sedap :D
Deleteowhhh mudah rupanyer wat nasi tomato... selalunyer beli jer hu3
ReplyDeleteBeli lagi mudah lia... hehehe tapi kalau buat sendiri namanya resipi kasih sayang... hehehe
Deletejujurnya saya tak reti nak masak nasi tomato.. tapi cara ni macam senang jer.. nanti bolehlah saya cuba.. kalau pakai tomato blander jer boleh x?? huhuhuhu ... sesekali masak mcm ni mcm special sikitkan..
ReplyDeleteSaya tak pernah pula buat pakai tomato blander... rasanya kalau pakai tomato biji tu... warna nasi mesti pucat je...
Deletenasi tomato salah satu favourite iolss kak...he he he... tapi belum tiba turn lagi nak buat bulan puasa ni... tengok kot bila rajin nak buat... thanks for sharing kak...
ReplyDeletewahh..boleh try gak ni :D
ReplyDeletesemalam kami masak nasi himpit sahaja ...
ReplyDeletesedapnya akak.
ReplyDeletesuka ni nasi berset2 bagai .hihi.
saya bln puasa ni, selang seli nasi dgn bihun, spaghetii, mee, koteow.
nway thanks akak berkongsi :)
Sedap sedap sedap :D
ReplyDeleteeh senang aje rupanya
ReplyDeleteingat susah sangat =)
tapi entah bila boleh mencuba
eh kak, selamat berpuasa ye =)