Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Friday, June 29, 2012

Kisah Bas Alisya...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,


Ini adalah antara mainan kesayangan Alisya... Oh, jangan pelik Alisya memang suka beli mainan yang berasaskan kenderaan... Mungkin sebab dia tengok abang dia selalu beli mainan macam tu... dia pun ikut... Memang boleh kira la berapa je mainan yang tidak berasaskan kenderaan. 

Bas dua tingkat tu, memang ke hulu ke hilir Alisya bawa... Kalau dia naik ke bilik di tingkat atas, maka dia akan bawa bas tu sekali... kadang-kadang Alisya leka bermain dengan bas tu... Siap bunyi bagai... oh ya, ini adalah penumpang setia bas dua tingkat Alisya... Jom tengok...


Thursday, June 28, 2012

OST Dejavu di Kinabalu

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,


Sejak seminggu ni lagu Butterfly, sokmo singgah di telinga dan bibir saya... Saya suka dengar dua rangkap pertama yang Aqasha nyanyi ni... saya rasa sangat menarik dan dalam maksudnya... Faris dengan Alisya pun bila dengar lagu ni di radio, terus cakap "ni lagu Mama!" (dengan excitednya) Cerita Dejavu di Kinabalu ni pun sweet je rasa... (seperti biasa sila ke blog Khazami untuk sinopsis Dejavu di Kinabalu... hehe)

Ni full version lagu Butterfly nyanyian Melly dan Andhika:


Wednesday, June 27, 2012

Resipi Mudah: Sup Telur

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Apa khabar agaknya rakan bloggers hari ni... Mudah-mudahan semuanya sihat... Untuk post entry yang serba ringkas, saya nak share dengan rakan semua satu resipi mudah SUP TELUR.


Bahan-bahan yang diperlukan:
Sedikit minyak
3 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
Air secukupnya
1 kiub ayam 
3 biji telur
Carrot- potong memanjang
Cendawan - diracik
Daun sup 
Daun bawang

Cara-caranya: 
1. Tumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak sehingga naik bau.  
2. Masukkan air secukupnya dan kiub ayam. Biarkan mendidih.  
3. Kecilkan sedikit api dan pecahkan telur perlahan-lahan. Biarkan sehingga telur masak.  
4. Masukkan carrot dan cendawan. Kacau rata dan biar seketika.  
5. Tutup api dan masukkan daun sup dan daun bawang. Siap! 

* Saya tak masukkan garam sebab kuib ayam tu dah cukup perasanya! (^_^)

Selamat mencuba kawan-kawan... :-)

Wednesday, June 20, 2012

I Love My Job... I'm a Housewife!!!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Isu "Surirumah Berijazah" yang dibincangkan dalam salah satu slot Wanita Hari Ini... menyebabkan ramai ibu yang agak 'panas hati'... Lebih-lebih lagi apabila ada statement yang agak 'memedihkan telinga' daripada orang awam yang ditemuramah. Antara respon orang ramai tentang isu ini:

1. Masa yang diperuntukkan untuk belajar perlu digunakan dengan sebaiknya selepas mereka keluar...  kerja untuk mendapat pendapatan untuk membantu ekonomi keluarga. 

2. Tak bagus la... sangat rugi... rugi masa, ijazah tu pun tak berbaloi, duit mak bapa pun habis...

3. Memang tak bagus la... sekarang yang tak de pelajaran pun nak kerja, inikan pula yang ada ijazah... cuma dorang ni malas ke apa... rugi bertahun-tahun belajar... tapi tak kemana-mana...

Daripada pemerhatian saya, orang awam yang ditemuramah adalah remaja yang belum bekeluarga dan mungkin tidak faham akan dunia sebenar kekeluargaan. Pada pendapat saya, respondannya agak tidak relevan. Sepatutnya respondan perlu juga di kalangan surirumah itu sendiri atau mungkin juga di kalangan suami. 

Dalam dua Facebook group yang saya sertai... rata-rata menyatakan pendapat masing-masing terhadap isu ini. Ada yang marah, sakit hati, kecewa dan macam-macam... Apapun saya tidak mahu menulis tentang apa yang kami bincangkan... adalah lebih baik saya simpulkan apa yang telah dikupas oleh panel jemputan rancangan WHI iaitu Tuan Haji Hushim Salleh, yang merupakan Perunding Motivasi dan Keluarga.


Saturday, June 16, 2012

Selamat Hari Bapa... :-)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Encik Hubby dan anak-anak saya
yang comel!  :p
Selamat Hari Bapa kepada semua bloggers yang bergelar bapa... Semoga anda menjadi bapa yang boleh dijadikan contoh oleh anak-anak... Semoga anda dikurniakan kekuatan dan kesihatan untuk membimbing setiap insan yang menjadi tanggungjawab anda. 

Peliharalah anak-anak yang menjadi amanah kepada anda. Didiklah mereka dengan ilmu agama, bentukkan akhlak mereka, agar mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan juga akhirat... Semoga anak-anak itu akan mendoakan anda satu ketika nanti... InsyaAllah.

***Nota kaki buat Encik hubby: Terima kasih di atas segala pengorbahan dan kasih sayang... Selamat Hari Bapa... Moga tabah menghadapi hidup ini bersama kami selamanya... Amin... :p 

  

Friday, June 15, 2012

Ayuh Hafal Asma'ul Husna

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Apa khabar rakan bloggers sekalian?! Semoga anda sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T... Bersyukur kerana kita semua masih lagi diberi peluang olehNya untuk meneruskan kehidupan... Semoga segala rezeki yang kita terima adalah yang suci dan terbaik dari Allah... Mudah-mudahan... Amin...

Cuba angkat tangan, berapa ramai di kalangan kita yang hafal Asma'ul Husna?! Ya... saya juga salah seorang yang kadang-kadang terlupa dan alpa tentang mengingati, menghafal dan menjadikan rutin untuk membaca Asma'ul Husna... 

Betul... Walaupun kita semua maklum bahawa terdapatnya khasiat atau kelebihan di sebalik setiap 99 nama Allah tersebut... tapi sayang... kita jarang sekali nak membacanya... Sedangkan tak salah jika kita membacanya walau sekali sehari! 


Tuesday, June 12, 2012

T-Shirt Sunan Musafir


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Yey... T-shirt Sunan Musafir yang saya tempah dari sini dah pun sampai tadi... Sangat excited bila van Pos Laju berhenti depan rumah... Saya pun tak tahu kenapa saya beli T-shirt tu... Masa kali pertama saya tengok T-shirt tu di blog Kelab RAM, saya tak minat sebab T-shirt ni lengan pendek (walaupun designnya menarik)... Tapi bila dah habis membaca novel Sunan Musafir... dan diwar-warkan oleh Admin Kelab Ram bahawa T-shirt tu tinggal beberapa helai je lagi... saya terus je beli... (mungkin juga semangat Sunan masih ada dalam jiwa... hahaha...)

Ni design depan T-shirt Sunan:


Friday, June 08, 2012

Tolong Ajar... Saya Tak Reti...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kelmarin saya dihubungi seorang rakan lama... Katanya tiba-tiba teringatkan saya dan terus menelefon... Setelah bertanya khabar... Kedua-dua corong telefon sunyi... Agak weird sekejap... Lalu saya bertanya tentang familynya, dan kemudian tentang kehidupannya... Perbualan selepas itu, saya yang lebih dominan... Rakan saya cuma menjawab soalan-soalan saya... 

"Saya ada baca blog awak... dah jadi surirumah yea?" itulah soalan pertamanya selain bertanya khabar tadi...

"Ha ah... ikut husband," tersengih walaupun dia tak nampak... (dalam hati... dia baca blog aku?!?!)

Biar saya namakan rakan saya ni sebagai "Siti". Seorang yang pendiam dan pemalu... Sejak saya mengenalinya dulu, dia seorang yang suka meminggir diri... lebih selesa berada di luar kelompok rakan-rakan...

Pun begitu Siti seorang yang baik hati... tidak lokek dengan senyuman. Dia sangat kreatif... Jika bersendiri, pelbagai seni akan terhasil... dari benang la... dari pasir la...  dari daun-daun kering la... dari kertas pelbagai warna la... Memang kreatif!

Kini, Siti telahpun berkahwin atas pilihan keluarganya... dan telah dikurniakan seorang anak perempuan berusia setahun lebih... Apa yang mengejutkan, Siti tidak pernah berkomunikasi dengan anaknya itu... Percaya tak? 


Friday, June 01, 2012

OST Seindah Sakura

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hi, rakan bloggers!! Semoga anda semua sihat walafiat dan sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t... Saya masih dalam proses menghabiskan novel Sunan Musafir karya Ramlee Awang Murshid (RAM)... (sengaja membacanya dengan perlahan... sebab rasa sayang pula nak habiskan cepat-cepat... sebab itu kan novel penutup... sekarang dah lebih separuh pun... tapi terasa sayang dengan watak Sunan... nanti mesti rindu Sunan...) 

"Mati itu pasti, hidup InsyaAllah... tapi kita harus berusaha untuk bertahan hidup dalam keredhaan Allah s.w.t, agar kepulangan kita ke akhirat penuh dengan rahmat dan keberkatan Ilahi..." 

Syahdu betul ayat-ayat dalam novel Sunan Musafir ni... Sebab tu rasa sayang nak habiskan cepat-cepat... Tulisannya sangat halus... menyentuh iman... Kepada mereka yang tak pernah membaca novel karya RAM, mungkin saya perlu sarankan anda membacanya... sebab banyak peringatan dari Al-Quran dan sunnah Rasul diketengahkan untuk mengingatkan kita yang sentiasa terlupa...! Sangat terkesan!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...