Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, May 27, 2012

Akhirnya Dapat Sunan Musafir...!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Wah lama juga saya menyepikan diri... Sejak batuk yang belum reda membantutkan hasrat untuk menulis entri dan blogwalking... Mana taknya... bila makan ubat batuk... maka tidur la jawabnya... So, kepada rakan-rakan bloggers yang singgah di blog saya... Saya akan singgah semula ke blog anda apabila batuk saya semakin pulih... Jangan risau... saya akan singgah... Janji! :D

- - - - -

Penantian memang satu penyeksaan... Sejak diwar-warkan akan kemunculan novel akhir fenomena Laksamana Sunan tulisan penulis thriller No.1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid... Saya memang tertunggu-tunggu...! Tidak dapat ke Pesta Buku Antarabangsa juga amat meresahkan saya... Kerana difahamkan novel Sunan Musafir edisi kulit keras akan dicetak dan dijual pada Pesta Buku Antarabangsa baru-baru ini...(rasa nak menangis bila dapat tahu en hubby kerja sepanjang Pesta Buku Antarabangsa berlangsung...)


Untuk pengetahuan semua, novel penutup atau siri akhir pengembaraan Laksamana Sunan akan menjawab segala persoalan pada perjalanan hidupnya lebih-lebih lagi kepada watak Ratna yang juga isterinya... (argh memang tak sabar-sabar nak baca...


Novel ini telah berada di dalam genggaman saya dengan edisi kulit keras...!! Yey!! Makanya... akan sunyilah lagi blog saya ini... Sementara saya menghabiskan novel tersebut :P Hahaha...





Bagi mereka yang berhajat untuk membaca novel Sunan Musafir ini... Anda perlu meminjam/membeli/mencuri (eh jangan curi!!) lima novel siri fenomena ini... Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan Sutera Bidadari. Kalau tidak mungkin anda tidak faham akan watak-watak dalam novel terakhirnya iaitu Sunan Musafir... 


Sinopsis Sunan Musafir...


"Allah menciptakan cinta, justeru cinta perlu dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas dari belenggu cinta. 

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, adakah benar Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 – Saifudin yang telah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi harituanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa.
Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?"

Selamat membaca kawan-kawan... :P Oh ya... kepada mereka yang meminati Ramlee Awang Murshid, boleh dapatkan perkembangan penulis di KELABRAM.

13 comments:

  1. waah beznyaa..Nira pn suka sgt karya2 Ramli Awang Murshid =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan nira... mmg tak pernah tinggal... baru ni dah dapat juga novel RAM: Fiksyen 302...

      Delete
    2. fiza semua novel dia dah ade :) hehehhe
      best sgt cerita dia semua

      Delete
    3. kan fiza... seronok baca novel2 tulisan RAM...

      Delete
  2. hehe hepi reading sis...sy pun blom bkesempatan nk dpt kan Sunan Musafir nih..hukhukhuk

    ReplyDelete
  3. bestnyer..dah ada kat pasaran yer..
    saya ikut smua cerita sunan ni.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan cerita sunan ni... lepas abis baca sunan musafir ni ingat nak baca balik dari bagaikan puteri... sedih pula cerita sunan ni dah abis...

      Delete
  4. Replies
    1. er... er... er... em... em... nanti akak pikir yea... hahaha :p

      Delete
  5. nak borrow jugaks..hahah, duk pn jauh cane nak borrow.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak... nak pinjam juga ke? em aaa... eem... saya pikir lagi yea :P

      Delete
  6. wow..saya tak baca lg pun laksamana sunan nih..hehehe,, sebb tak baca lg yg first..tp novel dia yg lain saya baca la,,huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...