Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, May 05, 2012

Renungan Sempena Hari Ibu...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kasih ibu membawa ke syurga... Mungkin masih ramai yang tidak sedar betapa pentingnya ibu bapa... Lebih-lebih lagi ibu, yang sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak mendapat apa yang dihajati... Susah senang, itu tak penting... Yang penting, mereka ingin melihat anak-anak gembira... Benar... itulah kasih ibu... Seseorang itu tidak akan sedar, sehinggalah dia sendiri bergelar IBU...

Ini adalah ulangkaji bagi mereka yang telah membaca kisah ini... dan bagi yang baru membacanya... Hayatilah...


KERANA DIA SEORANG IBU


Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. 

“Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.


Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor.

“Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. 

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.

”Tak mungkin,” balas si ayah. 

“Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi jenazah ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. 

“Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..


SUMBER Facebook 

4 comments:

  1. Masa M bersalin kan my son dulu bla baby kuar je depa sambut n terus letak atas dada M. Bla M tgk terus M cakap Ya Allah anak aku sambil dok nangis tak kira apa dah. Sememangnya hilang rasa sakit sebelum tu. P/s: M ambik salindah gak masa mengandung, bsalin n bpantang. Bb aktif n cerdik sangat.

    ReplyDelete
  2. Eein Azryn: sedihkan?! ibu kita semua sanggup buat apa saja untuk kita..

    Si Matatajam: Betul... bila baby keluar je... memang terus hilang semua sakit... Ooo bagus ye salindah? Saya masa baby first makan Nona Roguy... second baby makan Afiat...

    Azee Hana: me too... Please take a good care of your mom ya!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...