Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Friday, June 19, 2015

Jepun: Prihatin Pada Kanak-kanak

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam 2 Ramadan,

Jepun sebuah negara yang selamat. Saya boleh katakan selamat, sebab cubalah cari dalam Google, kadar jenayah di Jepun, jumlahnya sangat-sangat sedikit.

Disebabkan itu anda boleh lihat, kanak-kanak seusia Faris (dalam lingkungan 7-12 tahun; sekolah rendah) boleh turun naik train seorang diri pergi dan balik dari sekolah tanpa perasaan takut. Saya yang tengok pula takut...

Tapi serius, melihatkan kanak-kanak sekolah rendah yang turun naik train tanpa diiringi orang dewasa memang menakutkan. Tapi di Jepun, ia adalah keadaan/situasi yang normal, dan tak de apa yang nak ditakutkan. Orang sekelilinglah yang akan melindungi mereka.

Ini antara gambar yang sempat saya snap...

Sehari dua sebaik sampai di Jepun, saya musykil juga bila tiket train Faris dimasukkan dalam mesin tu berbunyi. Tapi tiket saya dan rakan-rakan lain tak berbunyi pula. Rupa-rupanya, bila ditilik-tilik tiket kanak-kanak tu, baru saya perasan ada tanda khas yang akan membuatkan mesin tiket tu berbunyi bila dimasukkan tiket.

Berhampiran mesin tiket tu ada satu bilik kecil untuk pegawai yang bertugas. Yang menariknya, setiap kali mesin laluan tiket tu berbunyi, pegawai yang ada dalam bilik tu akan angkat kepala dan melihat kanak-kanak yang melalui mesin laluan tiket tu.

Tiket kanak-kanak ada simbol khas seperti dalam bulatan.
Yang atas tiket train subway yang biasa, yang bawah tiket JR line.
Inilah mesin tiketnya... sangat friendly,
Main tekan-tekan je...

Mula-mula saya ingat kebetulan je pegawai tu pandang Faris bila mesin berbunyi. Rupanya setiap kali Faris masukkan tiket dan keluar bunyi, memang pegawai bertugas angkat kepala dan melihat Faris melintasi mesin laluan tiket tu. Mungkin sebab tulah mesin tiket tu berbunyi bila dimasukkan tiket kanak-kanak. Untuk menarik perhatian/pemberitahuan pada pegawai yang bertugas. (Kanak-kanak seusia Alisya, 5 tahun naik train, free)

Itu yang pakai tiket yang dibeli di mesin... Kanak-kanak Jepun yang gunakan train untuk pergi dan balik sekolah, mereka gunakan pas. Pas tu pun sama juga, bila disentuh pada mesin tiket tu, juga akan mengeluarkan bunyi, dan akan menarik perhatian pegawai bertugas. So, kaedahnya sama. Simple! Tapi situasi ini saya rasakan cukup menarik.

"Kakak" Alisya yang tertinggal di Jepun... Hahaha muka macam
lebih kurang je.... :p

Bayangkan kanak-kanak Jepun sebaya Faris dah pandai berdikari! Mereka boleh pergi dan balik sekolah dengan sendiri. Bukan naik bas/van sekolah tau!! Tapi naik train awam yang digunakan beribu-ribu orang dalam satu-satu masa.

Kami yang dah besar panjang ni pun pernah tersilap naik train, salah ambil laluan. Terpaksa patah balik. Bayangkanlah kalau pick hours di mana-mana stesen train, kanak-kanak ni akan tenggelam dalam lautan manusia, sebab ketinggian yang lebih rendah berbanding orang dewasa. Haih, seriau fikir kalau situasi seperti ini di Malaysia.

Apapun saya sangat suka environment di Jepun, bila mana kanak-kanak kecil boleh berdikari dan bergerak sendiri ke sekolah tanpa perasaan takut. Sampai kita yang datang negara mereka ni pun rasa sangat selamat. Allahuakbar!

Nota kaki: Terfikir... kenapa negara Islam seperti Malaysia tidak seperti ini?!

Sunday, June 14, 2015

Jepun: Pemandu Teksinya Smart!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sepanjang 8 hari kami di Jepun, seingat saya dua kali kami naik teksi. Kali pertama sebaik sampai di Jepun bila operasi train ditutup dan kali kedua pada hari ketiga dalam perjalanan yang panjang dan kepenatan dari Osaka-Kyoto-Osaka. Selebihnya memang kami menggunakan perkhidmatan Subway (train).

Excited nak bercerita tentang pemandu teksi di Jepun... mereka pakai suit tau! Bercoat dan memakai topi ala-ala pilot tu. Memang nampak smart dan berkarisma. Rasa macam naik kereta eksklusif dengan driver pulak!

Gambar curi abang teksi...
dari belakang je la... :p
Mana taknya, mereka sangatlah hormatkan penumpang yang menaiki teksi mereka. Beberapa kali juga saya perhatikan pemandu teksi yang buka dan tutupkan pintu penumpangnya. Walaupun pintu belakang mereka adalah pintu automatik, tapi pemandu teksi ni akan turun dan bukakan pintu untuk penumpangnya.

Lagi satu mereka takkan benarkan kita duduk di depan (sebelah pemandu). Saya punyalah suruh encik hubby duduk depan sebab kononnya nak bagi anak-anak ruang dan selesa sikit di belakang. Tapi pemandu teksi tu cakap Jepun sambil tunduk hormat beberapa kali. Yang pastinya sepatah haram dia cakap kami tak faham. Hahahaha... melainkan kami melihat body languagenya, yang minta kami duduk di belakang saja. Tapi tempat duduk belakang tu memang luas la sebenarnya. Memang tak de masalah untuk kami duduk 4 beranak. Tetap selesa.

Dari segi pemanduan, saya boleh katakan mereka memandu agak laju tapi terkawal. Maklumlah, jalan mereka clear bukan macam di Malaysia. Kami siap boleh wefie di tengah-tengah jalan tau! Punyalah lengang jalannya.

Lengang selengang-lengangnya... boleh tidur baring lagi!
Rakan-rakan travel, dari kiri Nora (Rocky) dan kanan tu Zue...
kawan sekelas masa di UiTM dulu.

Teksi mereka juga menggunakan meter, sama seperti di Malaysia. Cuma yang agak kagum, bila diberitahu oleh seorang rakan, Nad, yang teksi mereka boleh terima kad kredit! Iye, kad kredit tau. Kali kedua saya naik teksi tu terus saya intai alat kad kredit tu... Iya lah... memang boleh bayar dengan kad kredit. Canggih betul!

Oh ya lagi satu, teksi yang kami naik hari tu kan dia berhenti di atas zebra crossing masa lampu merah. Tau apa dia buat?! Dia boleh reverse agar teksinya tak berada di atas zebra crossing tu! Dasyat tak?! Untuk makluman, ruang zebra crossing tu memang lebih sibuk berbanding kereta di jalan raya. Sebab kebanyakkan dari mereka menggunakan basikal dan berjalan kaki.

Kalau jalan tu tak de lampu isyarat, tapi pemandu kereta/teksi nampak ada pejalan kaki/penunggang basikal nak melintas, mereka akan berhenti. Mereka sangat respect pada pejalan kaki dan penunggang basikal.


Encik hubby saya selalu cakap, dorang buat baik macam tu padahal bukan ada kamera ke apa ke... tapi tu lah mereka tetap berakhlak baik, walaupun tak de siapa yang tengok atau nak report kalau mereka buat jahat.

Apa yang saya nampak, rakyat Jepun tidak bersifat pentingkan diri sendiri. Walaupun mereka kelihatan seperti buat hal masing-masing, tapi bila tiba bab beri pertolongan/bantuan, hormatkan orang lain, bertolak ansur, menjaga kebersihan, memelihara alam sekitar, mereka memang win. Pendek kata apa jua yang melibatkan akhlak, memang sangat mengagumkan. Kita?! Sangat jauh ketinggalan.

Saya pernah menonton rancangan Al-Khawater di TV Al-Hijrah yang membuat liputan di Jepun. Anak-anak di Jepun diajar mengenai akhlak oleh ibu bapa mereka sejak kecil. Akhlak merupakan salah satu subjek dalam silibus sekolah-sekolah mereka.

Kalau ada kesempatan, cari "Khawater Japan" di YouTube dan lihat sendiri bagaimana pembelajaran di Jepun dilaksanakan. Anda pasti rasa kagum. Boleh dikatakan, selepas tengok Al-Khawater di Jepun tu lah yang menyebabkan saya rasa nak sangat sampai di Jepun. Alhamdulillah Allah makbulkan...

Saturday, June 13, 2015

Jepun: Jatuh Cinta Pandang Pertama!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kami selamat tiba di Kansai Airport lebih kurang jam 10.25 malam (11.25 malam waktu Jepun) dengan Air Asia X (D7 0534), flight sampai agak lewat dari jangkaan. Selesai berurusan di kaunter imigresen, kami terus bergegas mengambil beg dan menuju ke perkhidmatan Subwaynya (train).

Train yang kami naik dari Kansai Airport ke Tengachaya...
Bergambar dengan Faris tu Zue (kawan masa di UiTM dulu),
dengan suaminya.

Seperti yang diberitahu oleh tuan apartmen yang kami sewa tu, train akan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam. Maka melihatkan jam ditangan, mungkin kami tak berkesempatan untuk mengejar train ke Namba.

Dari Kansai Airport kami perlu berhenti dan menukar train di Tengachaya, sebelum ke Namba. Tapi sayangnya kami kelewatan dan hanya sempat sampai di Tengachaya. Di station Tengachaya, kami diberitahu operasi train sudah ditutup dan hanya akan dibuka semula jam 5 pagi (waktu Jepun. Lebih kurang 5 jam lagi kalau kami nak tunggu).

Buntu sekejap! Dah la baru sampai negara orang. Terpinga-pingalah kami bertujuh. Seorang pekerja train, menyuruh kami mengambil teksi untuk sampai ke rumah. Bila kami tunggu di tempat yang ditunjukkan, kami pandang keliling... Lengang! Sunyi!

Serius, lengang dan sunyi... kalau di Malaysia, waktu ni
masih ada kereta di jalan, dan masih ada orang lalu lalang.

“Betul ke tunggu teksi kat sini?” Masing-masing tanya soalan yang sama...

15 minit berlalu, tiba-tiba datang seorang lelaki Jepun berbasikal.

May I help you?” soalnya dengan English yang teragak-agak. Dalam hati, alhamdulillah ada juga orang datang tolong. Terus encik hubby saya dan seorang lagi rakan menunjukkan alamat tempat tinggal kami.

Ooo... ooo...,” kata lelaki Jepun tu, bila melihat alamat yang kami tunjuk.

Can we walk from here?” tanya kami.

No...” siap buat tanda 'X' dengan tangannya. “Far... take taxi” sambungnya. (Jarak dari station Tengachaya ke apartment kami adalah dalam 15-20 minit. Memang masak jugalah kalau nak jalan kaki dengan anak-anak dan luggage semua.)

But no taxi...” kata kami.

Wait... er...” sambil panjangkan lehernya melihat jalan di kiri dan kanan. Tak lama kemudian dia nampak teksi dari hujung jalan sebelah kiri kami. Dia pun terus mengejar teksi tersebut dengan basikalnya. Uish.... laju tau!! Dia dapat kejar teksi tu, dan minta teksi tu hantar kami ke Namba.

Inilah lelaki Jepun yang tolong kami kejar teksi tu...
Masa ni dia tengah diskus dengan pemandu teksi tu
untuk hantar kami ke Namba.

Bila teksi tu sampai depan kami, pemandu teksi tak boleh nak bawa kami 7 orang. Jadi kami kena tunggu satu lagi teksi. Sama seperti tadi, lelaki Jepun tu bawa basikalnya dengan laju mengejar satu lagi teksi. Kami berbisik sesama sendiri, “baiknyalah mamat Jepun ni... sanggup dia kejar teksi untuk kita”.

Akhirnya berkat bantuan lelaki Jepun tu, kami dapatlah 2 teksi. Berkali-kali kami ucapkan terima kasih pada lelaki Jepun yang tolong kami tu. Kalau tak kerana dia dan basikalnya, mungkin kami tidur di station Tengachaya tu.

Itulah kejadian pertama yang membuatkan kami rasa jatuh cinta dengan Jepun dan akhlak masyarakatnya. Sampai rasa tak sabar nak tunggu esok, untuk berjalan dan melihat sendiri aktiviti orang Jepun.


Encik hubby saya tengah berusaha keluarkan
kunci apartmen kami, dari mail box.

Alhamdulillah kami sampai juga ke apartmen yang kami sewa di Namba tu, jam 12.15 malam waktu Jepun. 


Nota kaki: Next entry saya nak cerita tentang pemandu teksi di Jepun.

Wednesday, June 10, 2015

Wordless Wednesday #56

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Asyik sungguh menikmati pemandangan senja di awan biru. Flight D7 0534 pada 1 Jun 2015 (Isnin) lalu.



Tuesday, June 02, 2015

Pengalaman Pertama Naik Kapal Terbang!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Allahuakbar, tak tahu nak cakaplah apa perasaan saya bila hari yang dinanti makin hampir... Takut?! Sedih?! Gembira?! Semuanya bercampur baur. Bagi saya ini ada pengalaman pertama naik flight untuk perjalanan jauh. Kali pertama saya naik kapal terbang adalah pada tahun 2006. Itu pun penerbangan domestik ke Sarawak je. 

Kali ini percutian kami satu family agak jauh iaitu di Negara Matahari Terbit. Bawa pula anak-anak. Bertambah-tambahlah perasaan takut yang mengatasi perasaan yang lain. Lebih membimbangkan adalah bila memikirkan Faris. Faris sangat takut pada ketinggian. Saya tak boleh nak jangka, sama ada dia akan okay atau tidak.

Beberapa minggu sebelum tarikh keramat hari ini, saya banyak juga bercerita tentang kapal terbang dan keindahan Jepun pada Faris. Keseronokkan berada di awan biru... apa yang ada di dalam kapal terbang, apa yang menarik di Jepun... dan macam-macamlah (padahal saya sendiri tak yakin dengan apa yang saya cerita tu... hahaha... lebih-lebih lagi bila Faris tanya saya balik tentang kapal terbang yang hilang (MH370) dan kapal terbang yang ditembak/jatuh (MH17). Terkedu tak tahu nak jawab apa...)

Tik tok tik tok, masa yang ditunggu pun tiba... Sejak malam tadi saya memang tak boleh nak tidur lena. Asyik terfikirkan macam mana agaknya dengan diri sendiri bila naik kapal terbang. Apatah lagi fikirkan anak-anak. Adik saya yang hantarkan ke KLIA 2 pun cakap muka saya pucat!! Serius saya memang takut!

Masa nak masuk ke kabin, Faris cakap yang dia tak nak naik kapal terbang... Takut katanya... saya pegang tangannya... Sejuk! Muka Faris pun dah pucat! Padahal masa menunggu tu dia tak nampak takut pun... Encik hubby offer seat tepi tingkap pada Faris... Tapi Faris tolak, sambil ulang kali cakap tak nak naik kapal terbang... Saya pun makin cuak...

Tapikan... Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya... Perasaan takut Faris hilang serta-merta bila dia terbau makanan. Bayangkan... bila bau je hotdog yang dihidang pramugari, terus Faris cakap dia dah lapar dan tak sabar nak makan.

Masa kami beli tiket tu kami dah order makanan sekali, untuk saya dan encik hubby adalah nasi lemak, Faris pula nasi ayam dan Alisya pula hotdog.

Sepanjang makan tu Faris cakap dia tak takut dah naik kapal terbang sebab makanannya sedap! Hahahaha... Lepas dah kenyang dia pau abahnya mainan yang dijual dalam kapal terbang tu.... Faris memang itulah ubatnya... makanan dan mainan... Terus hilang rasa takut dia tu...!! Makanan dan mainan adalah terapi untuk dia... (^_^)

Nasi Lemak ni memang sedap!! Harganya RM17 :P
Tempat makan Faris la paling banyak makanan!
Lepas makan terus tidur... pilih port tepi tingkap pula,
sebab dah tak takut...
Ni pula gaya Alisya tidur... tapi dia tak boleh lena pun,
sebab tak selesa... bila saya peluk di riba, tak sampai
5 minit, terus lelap.
Ok, share satu gambar dengan owner blog :p 

By the way, seronok juga naik kapal terbang... walaupun takut... Tapi bila tengok awan dan senja dari dalam kapal terbang... Subhanallah... Sangat-sangat cantik! Allah Maha Besar.... Nanti kemudian saya share picture! 

Arigato! (^_^)¥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...