Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Kami selamat tiba di Kansai Airport
lebih kurang jam 10.25 malam (11.25 malam waktu Jepun) dengan Air Asia X (D7 0534), flight sampai
agak lewat dari jangkaan. Selesai berurusan di kaunter imigresen,
kami terus bergegas mengambil beg dan menuju ke perkhidmatan
Subwaynya (train).
Seperti yang diberitahu oleh tuan apartmen yang kami sewa tu, train akan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam. Maka melihatkan jam ditangan, mungkin kami tak berkesempatan untuk mengejar train ke Namba.
Train yang kami naik dari Kansai Airport ke Tengachaya... Bergambar dengan Faris tu Zue (kawan masa di UiTM dulu), dengan suaminya. |
Seperti yang diberitahu oleh tuan apartmen yang kami sewa tu, train akan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam. Maka melihatkan jam ditangan, mungkin kami tak berkesempatan untuk mengejar train ke Namba.
Dari Kansai Airport kami perlu berhenti
dan menukar train di Tengachaya, sebelum ke Namba. Tapi sayangnya
kami kelewatan dan hanya sempat sampai di Tengachaya. Di station
Tengachaya, kami diberitahu operasi train sudah ditutup dan hanya
akan dibuka semula jam 5 pagi (waktu Jepun. Lebih kurang 5 jam lagi kalau kami nak tunggu).
Buntu sekejap! Dah la baru sampai
negara orang. Terpinga-pingalah kami bertujuh. Seorang pekerja train,
menyuruh kami mengambil teksi untuk sampai ke rumah. Bila kami tunggu
di tempat yang ditunjukkan, kami pandang keliling... Lengang! Sunyi!
Serius, lengang dan sunyi... kalau di Malaysia, waktu ni masih ada kereta di jalan, dan masih ada orang lalu lalang. |
“Betul ke tunggu teksi kat sini?”
Masing-masing tanya soalan yang sama...
15 minit berlalu, tiba-tiba datang
seorang lelaki Jepun berbasikal.
“May I help you?” soalnya dengan
English yang teragak-agak. Dalam hati, alhamdulillah ada juga orang
datang tolong. Terus encik hubby saya
dan seorang lagi rakan menunjukkan alamat tempat tinggal kami.
“Ooo...
ooo...,” kata lelaki Jepun tu, bila
melihat alamat yang kami tunjuk.
“Can
we walk from here?” tanya kami.
“No...”
siap buat tanda 'X' dengan tangannya. “Far... take taxi” sambungnya. (Jarak dari station Tengachaya ke apartment kami adalah dalam 15-20 minit. Memang masak jugalah kalau nak jalan kaki dengan anak-anak dan luggage semua.)
“But
no taxi...” kata kami.
“Wait...
er...” sambil panjangkan lehernya melihat jalan di kiri dan kanan.
Tak lama kemudian dia nampak teksi dari hujung jalan sebelah kiri kami. Dia pun
terus mengejar teksi tersebut dengan basikalnya. Uish.... laju tau!!
Dia dapat kejar teksi tu, dan minta teksi tu hantar kami ke Namba.
Inilah lelaki Jepun yang tolong kami kejar teksi tu... Masa ni dia tengah diskus dengan pemandu teksi tu untuk hantar kami ke Namba. |
Bila teksi tu sampai depan kami, pemandu teksi tak boleh nak bawa kami 7 orang. Jadi kami kena tunggu satu lagi teksi. Sama seperti tadi, lelaki Jepun tu bawa basikalnya dengan laju mengejar satu lagi teksi. Kami berbisik sesama sendiri, “baiknyalah mamat Jepun ni... sanggup dia kejar teksi untuk kita”.
Akhirnya
berkat bantuan lelaki Jepun tu, kami dapatlah 2 teksi. Berkali-kali
kami ucapkan terima kasih pada lelaki Jepun yang tolong kami tu.
Kalau tak kerana dia dan basikalnya, mungkin kami tidur di station
Tengachaya tu.
Itulah
kejadian pertama yang membuatkan kami rasa jatuh cinta dengan Jepun
dan akhlak masyarakatnya. Sampai rasa tak sabar nak tunggu esok,
untuk berjalan dan melihat sendiri aktiviti orang Jepun.
Alhamdulillah kami sampai juga ke apartmen yang kami sewa di Namba tu, jam 12.15 malam waktu Jepun.
Encik hubby saya tengah berusaha keluarkan kunci apartmen kami, dari mail box. |
Alhamdulillah kami sampai juga ke apartmen yang kami sewa di Namba tu, jam 12.15 malam waktu Jepun.
Nota kaki: Next entry saya nak cerita
tentang pemandu teksi di Jepun.
bestnya jalan2 ke Jepun ...tapi mmg diakaui org Jepun sgt baik budi bahasa sbb bos akak pun Japanese..setiap kali balik sana ada je buah tgn buat kami :)
ReplyDeleteSeronok jalan di Jepun, rasa selamat je... kan?! Mmg baik2 la org jepun ni...
Deletealhamdulillah . ada yg sudi membantu . ngeri gak bila kat tpt sunyi mcm tu wpun ada geng . tempat org kan ...
ReplyDeleteTu la... seriau juga mula2.. tapi ok la lps tu ada org dtg tolong... hehhe
DeleteSikap bersih dan hormat orang Jepun ni memang tak menghairankan lagi bagi saya kerana dah lebih sedekad bekerja dengan mereka. Cuma bila mereka ke sini, mereka anggap negara kita pun 'selamat' macam negara mereka. Maka selalulah terjadi adegan yang tak diingini yang menyebabkan kita pun malu jadi rakyat Malaysia :(
ReplyDeletebetul la... pendek kata org jepun ni dia tak de syak wasangka dengan org luar... sebab dia baik dia pun sangka semua org pun baik...heheheh
Deleteyes...setuju 100x....org Jepun mmg sgt helpfull...pernah alaminya ketika ke sana..kalau lah ada org jepun yg muslim..mmg dah jatuh cinta dgn sikap mereka
ReplyDeletekalau saya jadi gini pun seram
ReplyDeletemujur lelaki tu sudi membantu kan
sangat2 helpfull... patut laa ada yg sanggup tggl kat sn wpn kos hidupnya tggi...
ReplyDelete