Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, June 14, 2015

Jepun: Pemandu Teksinya Smart!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sepanjang 8 hari kami di Jepun, seingat saya dua kali kami naik teksi. Kali pertama sebaik sampai di Jepun bila operasi train ditutup dan kali kedua pada hari ketiga dalam perjalanan yang panjang dan kepenatan dari Osaka-Kyoto-Osaka. Selebihnya memang kami menggunakan perkhidmatan Subway (train).

Excited nak bercerita tentang pemandu teksi di Jepun... mereka pakai suit tau! Bercoat dan memakai topi ala-ala pilot tu. Memang nampak smart dan berkarisma. Rasa macam naik kereta eksklusif dengan driver pulak!

Gambar curi abang teksi...
dari belakang je la... :p
Mana taknya, mereka sangatlah hormatkan penumpang yang menaiki teksi mereka. Beberapa kali juga saya perhatikan pemandu teksi yang buka dan tutupkan pintu penumpangnya. Walaupun pintu belakang mereka adalah pintu automatik, tapi pemandu teksi ni akan turun dan bukakan pintu untuk penumpangnya.

Lagi satu mereka takkan benarkan kita duduk di depan (sebelah pemandu). Saya punyalah suruh encik hubby duduk depan sebab kononnya nak bagi anak-anak ruang dan selesa sikit di belakang. Tapi pemandu teksi tu cakap Jepun sambil tunduk hormat beberapa kali. Yang pastinya sepatah haram dia cakap kami tak faham. Hahahaha... melainkan kami melihat body languagenya, yang minta kami duduk di belakang saja. Tapi tempat duduk belakang tu memang luas la sebenarnya. Memang tak de masalah untuk kami duduk 4 beranak. Tetap selesa.

Dari segi pemanduan, saya boleh katakan mereka memandu agak laju tapi terkawal. Maklumlah, jalan mereka clear bukan macam di Malaysia. Kami siap boleh wefie di tengah-tengah jalan tau! Punyalah lengang jalannya.

Lengang selengang-lengangnya... boleh tidur baring lagi!
Rakan-rakan travel, dari kiri Nora (Rocky) dan kanan tu Zue...
kawan sekelas masa di UiTM dulu.

Teksi mereka juga menggunakan meter, sama seperti di Malaysia. Cuma yang agak kagum, bila diberitahu oleh seorang rakan, Nad, yang teksi mereka boleh terima kad kredit! Iye, kad kredit tau. Kali kedua saya naik teksi tu terus saya intai alat kad kredit tu... Iya lah... memang boleh bayar dengan kad kredit. Canggih betul!

Oh ya lagi satu, teksi yang kami naik hari tu kan dia berhenti di atas zebra crossing masa lampu merah. Tau apa dia buat?! Dia boleh reverse agar teksinya tak berada di atas zebra crossing tu! Dasyat tak?! Untuk makluman, ruang zebra crossing tu memang lebih sibuk berbanding kereta di jalan raya. Sebab kebanyakkan dari mereka menggunakan basikal dan berjalan kaki.

Kalau jalan tu tak de lampu isyarat, tapi pemandu kereta/teksi nampak ada pejalan kaki/penunggang basikal nak melintas, mereka akan berhenti. Mereka sangat respect pada pejalan kaki dan penunggang basikal.


Encik hubby saya selalu cakap, dorang buat baik macam tu padahal bukan ada kamera ke apa ke... tapi tu lah mereka tetap berakhlak baik, walaupun tak de siapa yang tengok atau nak report kalau mereka buat jahat.

Apa yang saya nampak, rakyat Jepun tidak bersifat pentingkan diri sendiri. Walaupun mereka kelihatan seperti buat hal masing-masing, tapi bila tiba bab beri pertolongan/bantuan, hormatkan orang lain, bertolak ansur, menjaga kebersihan, memelihara alam sekitar, mereka memang win. Pendek kata apa jua yang melibatkan akhlak, memang sangat mengagumkan. Kita?! Sangat jauh ketinggalan.

Saya pernah menonton rancangan Al-Khawater di TV Al-Hijrah yang membuat liputan di Jepun. Anak-anak di Jepun diajar mengenai akhlak oleh ibu bapa mereka sejak kecil. Akhlak merupakan salah satu subjek dalam silibus sekolah-sekolah mereka.

Kalau ada kesempatan, cari "Khawater Japan" di YouTube dan lihat sendiri bagaimana pembelajaran di Jepun dilaksanakan. Anda pasti rasa kagum. Boleh dikatakan, selepas tengok Al-Khawater di Jepun tu lah yang menyebabkan saya rasa nak sangat sampai di Jepun. Alhamdulillah Allah makbulkan...

20 comments:

  1. A great review.
    Perkara baik gini la patut kita jadikan cth kan?
    Jadikan malaysia aman dan gembira :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq aida... betul... kena belajar akhlak org jepun... mulakan dgn yg kecil2 insyaAllah bolrh jd spt mereka...

      Delete
  2. first time rasa macam nak pegi jepun bila baca entry ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berangan untuk sampai... insyaAllah Allah makbulkan... saya berangan pegi jepun sbb nak tgk sendiri akhlak org jepun... serius kagum!

      Delete
    2. ramai yg pegi sana cakap mcm tu madam. penuh disiplin

      Delete
    3. Kan?! Mmg pun... tu yg kagum tgk tu...

      Delete
  3. satu lagi, teksi kita bukan semua tempat dia nk hantar! dah ler tak ikut meter.. teksi negara lain kalau kita tye terus dia bawakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... betul.. setuju... kat jepun dorang xtau nak pegi tempat tu, dorang minta map... lps tu trs hantar... mmg best la dorang ni...

      Delete
  4. Orang Jepun sikap menghormati memang sangat tinggi. Jangan susah hati kalau hilang barang, memang takda siapa pun ambil walaupun wang ringgit. Mereka siap ada lost and found area lagi di mana kita boleh cari barang kita yang hilang. Kalau kat Malaysia, tak payah mimpilah nak jumpa apatah lagi duit :)

    Memang jauh ketinggalan sikap hormat menghormati orang Jepun dengan kita ni. Padahal kalau ikutkan as a Muslim, kitalah yang patut ada lebih lagi nilai-nilai murnikan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?! Betul tu... kadang bila fikir blk rasa malu pulak bila kita yang islam ni tak macam mereka...

      Delete
  5. Nora, rinduuunyerr Jepun..tak pernah rasa susah dan gelisah bila sesat..bila tak tahu beli tix kat mesin..bila tercari2 haluan..semasa di Jepun..sbb org Jepun sentiasa hulurkn bantuan sebelum kita sempat bertanya..Respect! -zue-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah zue... mmg respect bantuan sampai dulu sebelum kita sempat buka mulut... ahahaha

      Delete
  6. betul tu Nora..bab helpfull tu orang Jepun jauh lebih baik dari rakyat Msia

    ReplyDelete
  7. ni yang rasa nak g jepun sesangat ni.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasang impian dulu... insyaAllah sampai... heeheh

      Delete
  8. assalam
    selamat berpuasa akak
    maaf dipinta andai pernah tersalah atau tersilap spnjng berblog :)

    bestnya akak sekeluarga sampai jepun.seronokkan dpt tgk nilai murni dalam budaya mereka
    bagus bila kita didik dfn akhlak yg molek.
    smga rakyat kita juga perbaiki diri..

    ReplyDelete
  9. memang jepun negara yg hebat kerana meletakkan nilai2 murni sebagai amalan hidup..kt Malaysia ni kita mmg jauh ketinggalan..klupun ada silibus yg sama dijepun disekolah..rasanya Boleh ke kita berubah lebih baik Dr Sekarang?

    ReplyDelete
  10. bagusnya perangai diorang kan
    saya ada tengok rancangan khawater tu
    dia tunjuk bagaimana jepun membangun setelah pengeboman di hiroshima
    hos rancangan itu pun memuji sifat dah akhlak masyarakat jepun

    ReplyDelete
  11. kalau laa kat malaysia mcm ni.... bahagianya!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...