Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, January 11, 2013

Tips: Memujuk Suami

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alhamdulillah, ini adalah bahagian terakhir  dalam huraian saya tentang tajuk yang dibincangkan dalam rancangan Selami Jiwa bersama Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah. Jika sebelum ini saya telah menulis entri tentang Punca Suami Merajuk, maka ini adalah sambungan bagi memujuk rajuknya itu... 

1. Perbanyakkan doa agar Allah rawat hati suami - Hati seorang suami agak keras kerana egonya... maka selain dari berusaha untuk memujuk suami, berdoalah agar Allah melembutkan hatinya.

2. Beri sokongan dan galakan kepada suami - Suami juga suka pada pujian dan penghargaan, maka hargai suami jika dia membasuh pinggannya sendiri, memandikan anak-anak dan lain-lain... Moga dengan sedikit pujian dan penghargaan mereka akan lembut hati untuk tidak lagi merajuk...

3. Elak tanya tentang perasaannya - jika anda dan suami berselisih faham, elak bertanya tentang perasaannya... Adalah lebih baik berikan ruang kepadanya (juga diri anda) untuk bertenang.

4. Buat perkara yang buat suami gembira - nak ambil semula hati cik abang yang dah merajuk tu... buat la sesuatu yang disukainya... contohnya dia suka makan mee kari... so, masaklah mee kari.. mudah-mudahan rajuknya reda... Atau boleh juga kita belikan kad, atau hadiah bagi memujuknya...

5. Bercakap dari hati ke hati atau berbincang - apabila kedua-duanya telah reda dari kemarahan dan rajuk... berbincanglah demi mencari penyelesaian. Awas, jangan biarkan sesuatu masalah tu tanpa penyelesaian kerana ia mungkin akan berulang.

6. Ajak mertua datang ke rumah dan raikan  - ajak keluarga mertua ke rumah dan raikan mereka. Suami akan rasa happy, apabila isteri melayan ibu bapa serta ahli keluarganya dengan baik. Tapi, jangan berpura-pura ya... kena ikhlas..!

7. Izinkan suami menjauhkan diri atau balik ke rumah ibu bapanya - jika anda rasa tidak boleh bertentang mata antara satu sama lain, maka biarkan suami pulang ke rumah kedua ibu bapanya untuk mencari ketenangan atau izinkannya keluar bersama rakannya. 

Biasanya rajuk seorang lelaki tak lama, selagi kita (isteri) tidak mengungkit, maka masalah itu akan segera selesai... bak kata Dato' orang perempuan merajuk paling lama 2 hari... manakala orang lelaki rajuknya cuma 2 minit... jika lama pun maksimum 2 jam...  (o⌒.⌒o)

So, sama-samalah kita menjaga hati pasangan kita... Merajuk tu tak salah... itu asam garam... kalau tak merajuk tak best pulakan? So, apa yang boleh merapatkan hubungan suami isteri?! Apabila kita sama-sama merasakan bahawa hari ini adalah hari terakhir kita bersamannya... Maka dengan itu kita akan lebih menghargai antara satu sama lain... 

Untuk entri-entri terdahulu berkaitan "Pasangan Kuat Merajuk" sila klik link di bawah:
1. Punca Isteri Merajuk
2. Tips: Memujuk Isteri
3. Punca Suami Merajuk




 

32 comments:

  1. 2 minit rajuknya? X smpt pujuk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu la pasal... rasanya betul la.. org laki mmg sekejap je rajuknya...

      Delete
  2. menarik....kalo myhubby merajuk...wat diam ajer la...nt ok la tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... biasanya mmg diam je... tak lama tu dah ok...

      Delete
  3. haha..menarik..tunggu ada suami nanti boleh la nak pujuk bagai :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... kumpula info sekarang... nanti senang.. hehe

      Delete
  4. Bagus info ni..tu la kalau suami merajuk jenuhla nak pujuk..kalau isteri merajuk buat donno je acaner..huhu

    ReplyDelete
  5. Tips berguna sis walaupun fie masih tak kahwin. heeee

    ReplyDelete
  6. Mujur en suami jnis snang pujuk ^_^

    ReplyDelete
  7. Bila suami merajuk kena lah buat manja2 sikit cam ala2 baru bercinta, buat puisi, tuju2 lagu, hehe, layan aje "dalam hati ada taman" insya Allah, kejap aje lah merajuknye tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe macam tu pun boleh juga... hehehe

      Delete
    2. Suami sy merajuk hampir 11 dan dia hanya diam ja x byk berckp cuma dgn ank2 dia berckp pun...sy pun x tahu nk buat mcm na....

      Delete
  8. hehe..saya tak kahwin lagi.. tapi kalau dia merajuk, kita buat dono, susah kita nanti kan kak..hehe. Baca tips ni boleh tambah pengetahuan.


    p/s: akak sedaplah ayat yang dekat "indahnya kata-kata" tu,nak copy ye. ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. takut kalau dibiarkan makin menjadi2...

      boleh je... ^_^

      Delete
  9. kalo sebut bab2 merajuk ni, uni rs uni la org plg kuat merajuk di dunia ini..haha...
    tp tp tp tp uni cpt sejuk.asalkan pujuk..lalala~ :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kebanyakkan org perempuan mmg suka merajuk dan dipujuk.. :D

      Delete
  10. merajuk pada yg sayang tp tak bolehlah selalu sangat... kok menyampah lak jadinya

    ReplyDelete
  11. in Shaa Allah..
    boleh guna pakai bila dh kawin nti nih :)

    ReplyDelete
  12. bagus info ni kak..selalu memang payah nak memujuk suami ni..:)

    ReplyDelete
  13. lnkali kalau suami mrajuk, leh ikut tips akak.. hihii

    ReplyDelete
  14. wah bagus tips ni..klu husband mrajuk blh try tips ni hihi

    ReplyDelete
  15. boleh try nanti mana yang sesuai untuk memujuk...

    ReplyDelete
  16. Thanks kak. Tapi lelaki klo merajuk susahlah nak pujuk.

    ReplyDelete
  17. jarang sangat la suami saya nak merajuk. kalau saya ye kot..hihi

    ReplyDelete
  18. ooo mcm tu.. 2minit je btul ke tu? yg lebih tu ego la tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...