Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, January 02, 2013

10 Makanan Terbaik Kehamilan


Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Mendapatkan makanan yang sihat dan berkhasiat adalah satu kemestian bagi para ibu yang hamil. Ini bertujuan memastikan anak di dalam kandungan membesar dengan baik dan sihat tubuh badan. Selain itu, ibu juga akan mendapat manfaat (khasiat) dari apa yang dimakan. Artikel ini saya terjemahkan dari "Top 10 Pregnancy Super Food", Parenthood Magazine, Issue No. 149, May 2012, page 24.   

1. Roti mil penuh (gandum) adalah pembekal tenaga jangka panjang dan penuh dengan serat. Ia mengandungi kalsium, zat besi, vitamin B dan asid folik.

2. Hampir semua buah-buahan boleh dimakan oleh ibu yang hamil. Buah-buahan mengandungi serat dan vitamin c, mineral dan antioksidan, sama ada ia dibeli dan dimakan segar atau daripada dalam tin.

3. Makanan tenusu seperti keju, yogurt dan susu mempunyai kebaikan protein, kalsium dan vitamin.

4. Sayur-sayuran segar terutamanya yang berwarna hijau penuh dengan khasiat vitamin C, serat dan asid folik. 

5. Sumber utama karbohidrat iaitu kentang, memberikan tenaga yang berpanjangan. Ia mengandungi serat, zat besi dan beberapa vitamin. 

6. Daging dan ayam mengandungi protein, zat besi dan beberapa vitamin serta mineral. 

7. Makanan kering seperti kurma, kismis dan aprikot, penuh dengan zat besi, serat, vitamin C dan beberapa vitamin lain. Ia juga mengandungi mineral. 

8. Ikan adalah sumber yang tinggi protein - ia rendah lemak dan tinggi zat besi. Pastikan anda memakan ikan yang kaya dengan Omega-3 seperti tuna, salmon atau sardin 2 atau 3 kali seminggu. 

9. Pasta dan beras perang kedua-duanya memberikan tenaga jangka panjang serta mengandungi serat yang banyak.

10. Kekacang adalah sumber serat dan protein yang sangat baik. Makan sebagai kudapan apabila anda terasa agak lapar.  

Buat para ibu hamil di luar sana, jaga pemakanan anda bagi memastikan anda dan bayi yang di dalam kandungan mendapat khasiat makanan yang cukup sepanjang kehamilan. Jangan lupa juga untuk minum lebih banyak air suam agar anda tidak mengalami masalah kekeringan kulit. Apa yang penting, nikmatilah pengalaman sepanjang kehamilan... kerana ia sangat menyeronokkan!! (^_^)


16 comments:

  1. Wahhh bagus nih.
    Zaman sekarang ni, ada ibu amalkan soy kolagen. Utk kulit baby cantik. Boleh ye? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak... saya tak pernah pula minum soy kolagen tu masa pregnant, so tak boleh nak komen la... tapi kalau tak de campuran kimia dan sebagainya ok kot...?! Minum jus buah2an pun, kulit baby cantik... ^_^

      Delete
  2. nice...
    semuanya adalh tbaik ats tu.hehe kolagen tu boleh juga kan,tp yg pastinya halal.. bguna utk saya sbgai ibu hamil..tq

    ReplyDelete
  3. Saya suka mkn kurma masa pregnant ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu... saya pun suka makan kurma masa pregnant... heheh

      Delete
  4. Orang laki macam saya ni apa la nak komen ni. Hehe. Apa-apa pun info yang baik untuk perempuan yang hamil kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe hazmin... kumpul info.. mana tahu nanti boleh pakai... :p

      Delete
  5. a'aaa time prgnant mmg elok mkn mkanan yg berkhasiat...

    ReplyDelete
  6. Sedih rasa hati bila tengok n3 Nora kali ini. Tapi insya Allah untuk panduan saya yang akan datang. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh kenapa? kan boleh apply sekarang? MFkan pregnant?

      Delete
    2. Dah gugur dah Nora, semalam dah keluarsemua. Sedih tapi kena terima hakikatnya.mmungkin badan dah tak kuat, perjalanan ke tempat kerja pun jauh agaknya, mungkinlah faktor2 yg menyebabkan saya keguguran.

      Delete
    3. la... ye ke?!? tak pe... mungkin ada rezeki lagi nanti... rehat cukup2 ya...

      Delete
    4. Insya Allah, memang dapat cuti pjg pun.

      Delete
    5. Alhamdulillah... so boleh la berehat...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...