Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam
ziarah,
Kerenah anak-anak memang sukar dijangka... Adakalanya mereka sangat manja, berkelakuan baik dan mendengar kata... Namun adakalanya mereka akan bertindak sehingga di luar kawalan...
Memarahi dan mengherdik adalah tindakan yang kurang wajar dilakukan oleh ibu bapa. Tindakan itu mungkin menjadi penyebab anak-anak memberontak dan tidak menghormati ibu bapanya... So, bagaimana untuk bertindak dengan lebih rasional? Saya huraikan tips yang dipetik dari Majalah Pa&Ma, Bil. 89, Feb 2008, muka surat: 63.
1. Denda - Denda atau hukuman boleh dikenakan kepada anak-anak yang melakukan kesalahan, baik dalam bentuk perbuatan mahupun percakapan. Denda bertujuan memberikan pengajaran kepada anak agar tidak mengulangi kesalahan tersebut lagi. Contoh denda yang biasa saya lakukan adalah mengambil semula salah satu mainan yang menjadi kesayangan anak tersebut dan saya katakan padanya bahawa saya akan memulangkan semula mainan itu jika dia berkelakuan baik. Atau yang paling mudah, saya akan cakap "Mama, tak nak kawan dia lah..." Biasanya tak sampai 5 minit Faris mahupun Alisya akan datang pada saya sambil cakap "Sowi (sorry), mama..."
2. Buat Peraturan - Buat peraturan ringkas dalam bentuk lukisan mahupun tulisan yang ditampal atau digantung di dinding. Antara contoh peraturan saya kepada AF: Susu hanya akan diberikan kepada mereka setelah mereka mengemas dan menyimpan mainan di tempatnya semula. Atau peraturan lain, meletakkan pinggan dan cawan (biasanya plastik) ke dalam sinki sebaik sahaja mereka selesai makan. Peraturan-peraturan mudah sebegini boleh difahami dengan baik oleh anak-anak yang berusia seawal 2 tahun. Peraturan ini juga akan membentuk jatidiri anak-anak supaya mereka lebih berdikari, berdisiplin, rajin dan menghormati orang sekeliling.
3. Teladan - Jangan sesekali memukul anak-anak anda... Jika anda merasakan kemarahan berada tahap yang kritikal, ambil tindakan untuk bersendiri (biasanya saya kurung diri dalam bilik... dalam 10-15 minit). Ini bagi mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata yang tidak baik... (maklumlah... kita dah jadi ibu ni... cakap kita tu doa... so, kena sangat berhati-hati...) Selain tu, ibu bapa juga perlu menggunakan perkataan yang baik pada anak-anak, elakkan perkataan-perkataan negatif, kerana anak-anak sangat cepat belajar meniru perbuatan dan percakapan kita...
4. Masa - Anak-anak akan mengambil masa untuk berubah, jangan mengharapkan mereka akan berubah menjadi anak yang baik sekelip mata... Berikan mereka ruang dan masa untuk perbaiki diri dengan pantauan anda. Sentiasa ingatkan atau nasihatkan mereka jika mereka masih melakukan kesalahan.
Menjadi ibu bapa yang baik bukanlah perkara yang mudah... Namun jika kita konsisten dengan apa yang kita lakukan, maka kita akan dapat mengatasi karenah anak-anak. Percayalah, apabila anak-anak telah meningkat dewasa, kita pasti merindui 'aksi nakal' mereka semasa kecil... Sekurang-kurangnya ada memori untuk kita kenang nanti... (^_^)
Sila klik untuk Tips dan Doa Melembutkan Hati Anak... Moga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, serta berjaya di dunia dan akhirat... InsyaAllah... Amin...
Sila klik untuk Tips dan Doa Melembutkan Hati Anak... Moga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, serta berjaya di dunia dan akhirat... InsyaAllah... Amin...
tq for sharing...suka tips2 nih
ReplyDeletesama2... moga bermanfaat... ^_^
Deleteagak mencabarkan nak membesar anak² yg banyak kerenah.. tp sbnrnya itulah yg menghiburkan hati...
ReplyDeletebetul tu sangat mencabar... tapi menghiburkan...
Deletebagus la tips ni. firas sekarang pun makin lasak. la ni duk main terjun2 kerusi dan meja plak dah. risau kotnye kaki tu terkehel ke apa ker. Bila larang cara elok, dia buat dunno jer. pastu siap pi terjun lagi.cam no la mama dia tak naik hangin....huhuhu....ada idea tak cam na nak bagi anak umur setahun ni faham apa yg kita larang. asben pun dah surrender.....huhuhu
ReplyDeletecikgu... anak-anak ni kena selalu diingatkan tanpa jemu... itu jugalah yang Nabi kita buat...
Deletesetuju! kalau cakap berulang kali, lama2 insya Allah lembut hatinya
Deletebetul tu... :D
Deletenama pun kanak2, kalau memasing duduk diam terselepot je risau lak kita... sesekali nakal biarkan jgn sampai mendenda yg bukan2
ReplyDeletenakal kanak2 pun satu proses mereka belajar juga
betul tu... setuju dengan ibuintan... nakal anak2 adalah proses mereka belajar... kita ibu bapa pun belajar juga... belajar bersabar... heheh
Deleteiye, sangat2 mencabar, boleh sampai tahapyang teramat, macam2 ragam dan perangai. :)
ReplyDeletekan?! lagi ramai... lagi la riuh... huhuhu
Deleteassalam ..thanks atas info2 yg berfaedah ini..memang mencabar nak membesarkan ank2..mama juga seorg ibu.. ;)
ReplyDeletewa'alaikumsalam... sama2... zaman sekarang ni mmg sangat mencabar nak membesarkan anak2... moga kita semua tabah...
DeleteMemahami sifat anak kita itu juga perlu agar tindakan yg kita ambil tidak menjadi/membawa kesan lebih buruk.
ReplyDeletebetul tu... saya setuju... kita kena betul2 faham anak kita...
DeleteSetiap orang lain sikapnya so cara handle pun kena ikut orangnya. Saya pun masih belajar mengenal perangai anak2.
Deletebetul tu MF...
DeleteBleh guna jg ni.... tumpang baru nak jd ibu....hehehe
ReplyDeleteheheh good luck!! ^_^
Deletebukan senang nak mendidik anak kan....
ReplyDeletebetul... kena banyak sabar...
Deletesusahnya nak didik anak-anak kan kak..kesian umi saya.
ReplyDeletebetul... banyak dugaan dan cabaran...
Deletesy kadang2 ada gak tertinggi suara.. tapi xdalah sampai jiran dgr.. malu gak.. hihii.. tapi biasanya, saya akn cepat2 sedar bila tertinggi suara & cepat2 istfar.. tp alhamdulillah jugak sbb setakat ni alisha xda lagi sampai buat saya tak mampu bersabar...
ReplyDeletebagus... alisha ngan aqilah... tak banyak karenah... ^_^
DeleteBagus tips ni..tp mcmna kalau kta live with mil..kita nk tegas dan ajar ank2 kta ngan baik tp mil dok lain skit la..ska ajar ank2 ngan kata2 kesat dr umo stahun..smpai skang ank umo 2 thun jd sgt2 degil dn keras hati..sakitnya hati Dia ja tahu..huhu mcmna sy nk didik anak2 klau dlm stuasi mcmni..serius stress..bila kita didik anak kita ngan cara sndiri ( sya x ska mrah ngan pukul bagai, sy suka didik ank cara lmbut sb dr kcik kte kena didik mcmtu..) mil x suka..kate sy ni x pndai didik anaklah..skarang bila anak sy jd keras hati..dia pulak dok slahkan kite..nk pindah tp husb xnk..sabar je sya slama ni..huhu
ReplyDeleteAlahai kesiannya hanna... kalau boleh jgn biarkan anak2 terlalu rapat dgn mil... anak2 akan lebih mudah ikut kita kalau kita betul2 bagi perhatian padanya... moga Allah permudahkan urusan hanna dalam mendidik anak2 yea... sabar byk2...
Deletesaya juga kadang2 x tahan dengan tingkah laku anak2 trutama yg lelaki
ReplyDeleterasa nk tercabut jantung keluar..
cabaran menjadi ibu muda
Anak2... mmg gitu lah... hehehe kita sebagai ibu bapa ni kena bykkan sabar...
Delete