Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, January 07, 2013

Punca Suami Merajuk

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sebelum ni saya ada post tentang Punca Isteri Merajuk dan Kaedah/Cara Memujuk Isteri. Hari ni saya nak sambung entri yang saya petik dari rancangan yang sama iaitu Selami Jiwa bersama Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah yang membincangkan tajuk "Pasangan Kuat Merajuk".

Saya senarikan punca-punca suami merajuk yang dikongsikan oleh Dato':

1. Suami kena kutuk hingga rasa rendah diri - Contohnya si isteri asyik membezakan taraf pendidikan, pangkat dan gaji suami dengan dirinya... Seolah-olah memperkecilkan kebolehan dan keupayaan suami.

2. Rasa cemburu pada isteri - Adakalanya suami akan merasa cemburu pada isteri yang berpendidikan, berpangkat dan bergaji besar. So isteri perlulah berpegang pada "suami adalah BOS di rumah..."

3. Ditempelak hingga ego terguris - Meninggikan suara dengan menggunakan perkataan yang kurang sesuai akan menyebabkan suami terasa hati... Bertindaklah secara rasional... Berikan masa dan ruang kepada diri masing-masing untuk meredakan kemarahan.

4. Larangannya di langgar dengan sengaja - Isteri sengaja menguji kesabaran suami dengan melakukan perkara yang dilarang suami...

5. Dibandingkan dengan lelaki lain - Jangan membandingkan suami dengan lelaki lain, kerana setiap orang mempunyai sifat yang berbeza... Sesungguhnya Allah telah menentukan jodoh yang terbaik untuk kita...

6. Isteri tidak meminta izin - Dalam apa jua keadaan jangan membelakangkan suami. Minta izin jika ingin keluar rumah, membeli barang, membawa rakan datang ke rumah dan lain-lain... Tujuannya adalah untuk mengelakkan salah faham dan pergaduhan...

7. Isteri ambil kesempatan atas kebaikan suami

8. Isteri bermasam muka dan abaikan ibu bapa suami - Tanggungjawab isteri kepada kedua ibu bapa suami adalah sama seperti mana ibu bapa kita... So sayangilah mereka seperti mana anda menyayangi kedua ibu bapa anda.

9. Isteri ingkar perintah Allah - Jika sayangkan suami, pastikan kita melaksanakan tanggungjawab kita kepada segala perintah Allah... kerana apa jua dosa yang kita lakukan akan ditanggung oleh suami kita...

10. Enggan melayan suami

Rumahtangga yang harmoni bermula dengan hubungan suami isteri itu sendiri. Bagaimana kita mengendalikan hubungan, komunikasi, tanggungjawab, kemarahan, kesusahan, kegembiraan dan lain-lain. So, rasanya tolak ansur itu penting dalam sesebuah perkahwinan. 

InsyaAllah nanti saya sambung dengan Cara Memujuk Suami yang merajuk... Tungguuu...  

21 comments:

  1. Replies
    1. hahahah sabar ya... kalau tulis semua panjang sangat entri ni... hehehe

      Delete
  2. HIDUP BERUMAHTANGGA MESTI ADA PSG SURUTNYA KAN.. TAKKAN ISTERI JER BLH MERAJUK.. SUAMI PUN ADA PERASAAN KAN.. MESTILAH DIA MERAJUK KALAU TAK DILAYAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu masya... kita ni selalu rasa kita je yang perlu perhatian... tapi sebenarnya suami pun nakkan perhatian...

      Delete
  3. Bab2 rajuk memang makanan harian pun. Hehe. Seronok gak sesekali merajuk ni. Tapi sokmo2 saya merajuk, suami sekali sekala je, tapi kalau dia merajuk, gementar rasa seluruh badan. :),

    ReplyDelete
  4. ya betul...tp kkdang xsgajapun....tgk2 dah merajuk..alahai...susahnya nak pujuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah tu la... org lelaki kalau merajuk mmg susah sikit nak pujuk...

      Delete
    2. So Nora cepatlah sikit n3 cara pujuk suami tu. Hehe, "tak penyabo betul lh".

      Delete
  5. tima kasih kak...kena beringat2 hal ni bila kawen nanti ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi simpan ilmu ni tau.. berguna nanti... hihih

      Delete
  6. dulu2 masing2 rajin nak pujuk....la ni masing2 pakat buat tak tau, bosan dah kot nak pujuk2 huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihh.. biasalah dah dok sekalikan.. kalau merajuk mesti tiba2 eh dah baik dah... heheh

      Delete
  7. Hihi... sesekali merajuk mmg seronok nk pujuk. Manja2 gitu. Tapi, kalo selalu... bukan rajuk namanya :)

    ReplyDelete
  8. sekali sekala merajuk oklah... kalau selalu xsyok gak.. hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... bak kata panel... rugi merajuk... hehee

      Delete
  9. biasalah.asam garam berumah tanggakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... kalau tak de aksi merajuk-rajuk tak best pulakan? hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...