Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Tuesday, December 18, 2012

Punca Isteri Merajuk

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Saya menonton rancangan Selami Jiwa bersama Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah baru-baru ni. Tajuk yang dibincangkan agak menarik perhatian saya, "Pasangan Kuat Merajuk". 

Siapa yang kuat merajuk anda or pasangan anda? Topik ini dibincangkan bersama panel jemputan iaitu Salih Yaakob dan Ustazah Zawiyah Hassan. Cuba check senarai berikut, ada yang kena dengan anda? (^_^)

1. Bila isteri tiba-tiba senyap - daripada suka bercakap, tiba-tiba senyap - ini dikategorikan sebagai rajuk yang agak berat.

2. Suami tidak peka akan keperluan isteri - pakaian, termasuklah barangan dapur atau keperluan rumah.

3. Suami meremehkan perasaan isteri - Contoh kalau isteri kata, dia tak berapa sihat dan keletihan membuat kerja-kerja rumah, lalu suami mengendahkan atau jawab "ala, buat kerja rumah sikit pun sakit.."

4. Terlupa hari-hari istimewa. (ni biasa saya yang lupa... encik hubby memang sokmo ingat... saya kadang-kadang tarikh hari ni pun tak ingat... hehe :p )

5. Suami memuji wanita lain selain isterinya.

6. Suami mengkritik penampilan isterinya - kalau rasa ada yang tak kena pada penampilan isteri, suami perlulah memperbaikinya dengan memberikan cadangan atau pendapat... bukan mengkritik! Kalau tak pun, hadiahkan something yang boleh bantu isteri perbaiki penampilannya.

7. Suami tidak menjamah makanan yang dimasak isteri.

8. Suami tidak perasan akan perubahan yang dilakukan isteri, contohnya potong rambut, pakai baju baru atau ubah kedudukan perabot dan lain-lain.

9. Suami suka memerintah isteri, tetapi tidak membantu dalam membuat kerja-kerja rumah.

10. Suami pulang lewat dan tidak memaklumkan kepada isteri.

11. Suami tidak menelefon dan membeli buah tangan untuk isteri apabila keluar outstation.

12. Suami melebihkan ibubapa dan adik beradik dalam segala hal berbanding isteri.

13. Suami yang berkasar dengan isteri tetapi sangat lembut dengan kawan-kawan terutama kawan-kawan perempuan.

14. Suami tidak mesra dengan keluarga isteri.

15. Suami enggan temankan isteri bershopping.

16. Suami tidak backup isteri bila isteri dikritik.

17. Suami tidak membelai isteri ketika perlu.

18. Suami tidak menghargai khidmat dan pengorbanan isteri. 

Apa pun dalam apa jua keadaan, kalau merajuk pun janganlah lama-lama, bak kata semua panelis RUGI... Ye la kan... kalau dah bermasam muka sampai 2-3 hari... kan tak best. Yang penting kenalah ada orang yang beralah... agar rajuk tu tak berpanjangan...

InsyaAllah nanti saya sambung dengan kaedah memujuk isteri... Untuk para isteri... jangan merajuk-rajuk yea... (^_^)



 

16 comments:

  1. Opps...ada beberapa yg tersenarai tu saya ada buat, kuat merajuk rupanya saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @aisy nasiha & @mama Adam... sama la kita... :-)

      Delete
  2. Ada yg kena batang hidung kakak ni Nora. Kakak kalau merajuk memang diam. Abang dah faham benar dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya punya style merajuk pun sama. hehe. Sebab En. Suami kalau setakat cakap dia x bagi perhatian sgt, so kena merajuk yang berdiam diri then baru dia bagi attention.. :)

      Delete
    2. betul la... saya pun selalu akan diam je... lepas tu berkurung atau tidur je dalam bilik... heheh

      Delete
  3. hohoho byk jugak yg tersenarai tu hehehe... jemput singgah blog ceqgu:)

    ReplyDelete
  4. saya bila merajuk mmg lama... nasib baik dpt suami yg penyabar, hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur.. saya merajuk tak boleh lama... sbb encik hubby bukan suka memujuk pun... so saya yang rugi... hahaha

      Delete
  5. fie pun perasaan kak nora orang lelaki memang agak meremehkan perasaan isteri. hehe. Biasalah tu kan adat berumah tangga, fie kuat merajuk dan fie tak suka dipujuk. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... mereka kurang sensitif.. hehehe

      Delete
  6. yang no 1 tu memang ader... cuma tak der la berat sangat cuma merajuk sikit2 jer...hehe

    ReplyDelete
  7. suka gak merajuk .. manja tak tentu hala

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha org perempuan biasalahkan ?! hihi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...