Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Alahai kesian Faris... Baru je nak kenal kawan-kawan di taskanya; Iman, Kimi, Haziq, Boboq (ni antara nama yang Faris selalu sebut... bila diminta bercerita tentang kawan-kawannya...) Baru setahun usia perkenalan mereka... tiba-tiba kami diberitahu bahawa Taska tu akan bertukar owner.
Pada mulanya kami berhasrat untuk sambung je pembelajaran Faris dengan owner baru Taska tu... tapi kemudian diberitahu bahawa Taksa itu hanya khusus untuk penjagaan anak (nursery). Memandangkan Faris akan berusia 6 tahun pada tahun 2013 nanti, maka kami rasa perlu untuk mencarikan sebuah Tadika yang bersesuaian untuk Faris.
Jika dulu Taska Faris berada dalam taman perumahan yang sama... tapi Tadika yang baru ni, ia bertempat di taman sebelah... dalam 10 minit perjalanan juga tu... (kena drive keluar ke jalan utama...)
Saya pula yang sedih bagi pihak Faris... Ye la... Dia dah rapat dengan cikgu dan kawan-kawan dia tu... Sejak Wan saya meninggal, Faris dah tak pergi sekolah... Encik hubby kata tak payah hantar la... kononnya bagi dia rileks dan prepare untuk new environment nanti.
Tapi pada saya at least bagi la dia enjoy moment akhir dengan kawan-kawan dia tu... Or at least, a day to say good bye... Tapi encik hubby tetap kata tak payah... Budak kecil pun ada perasaankan? Nanti mesti dia akan tanya mana kawan-kawan dia tu... :( Apa pula saya nak jawab? Kesian Faris...
Betul kanak-kanak akan mudah bergaul dan cepat mesra dengan sesiapa saja... tapi dia mesti juga akan teringat pada kawan-kawan lama dia tu... Maklumlah setahun juga kenalnya... Main sama-sama... belajar sama-sama...
Alahai harap-harap Faris oklah dengan environment baru tu... Selamat tinggal Taska Uzma... Terima kasih kepada cikgu Ana dan cikgu Yani sebab tetap bersabar dalam mendidik Faris... Buat cikga Aza pula... Faris tentu kan rindukan masakan cikgu di Taska tu...
Semalam dahpun daftarkan Faris di Tadika Ilmu Murni... Moga Faris suka dengan tempat baru ni... Tadika Ilmu Murni. Nampak dari fanpage Tadika tu macam menyeronokkan sebab ada pelbagai aktiviti... Oh ya, by the way Tadika baru Faris ni fokusnya pendidikan yang Islamik. Seperti apa yang diterangkan oleh cikgu di Tadika tersebut, selain belajar dari buku Bacalah Anakku dan ReadEasy... pelajar juga akan diajar Iqra' dan bahasa Arab termasuk hafazan surah dan doa-doa harian. Selain itu, mereka akan diterapkan dengan solat berjemaah dan solat dhuha... Memang menariklah sistem pendidikannya... (tiba-tiba terasa, menyesalnya tak hantar Faris kat sini setahun yang lalu...)
Bila tanya, "Faris nak sekolah sini tak?!" Dia hanya tersenyum hingga ke telinga... Moga Allah permudahkan Faris untuk menerima suasana baru... Amin...

Semoga faris cepat sesuai dgn persekitaran baru..
ReplyDeleteItu la bezanya perasaan seorang ibu dgn ayah... ibu lebih sensitif dgn perasaan anaknya...
Teringat masa mula2 nak pindah UK, Irfan berkali-kali beritahu perasaan sedihnya nak tinggalkan cikgu2 dan kawan2nya... saya juga yg yakinkan dia akan jumpa kawan baru kat UK nanti :)
kan nur?! kita rasa org dewasa je ada perasaan... budak2 pun ada juga rasa sedih, gembira tu semua... harap2 faris tak tanya la pasal kawan2 dia tu... sebab saya sendiri tak tahu nak jawab macam mana nanti...
DeleteIye lah, saya pun rasa camtu jugak, ibu lah segala-galanya.
ReplyDeletetu la... mmg kena prepare jawapan ni... hm..
Delete