Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, December 14, 2012

1.2.34 H

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Tahukah anda tarikh dalam kalendar Islam hari ni… tersangatlah cantiknya… 1.2.34 (1 Safar 1434 H). Jatuhnya pula pada hari Jumaat, penghulu segala hari... Perasan tak?! Perasan tak?! Kalau kalendar Masihi tu mesti ramai yang perasan dan berebut-rebut untuk createkan event atau moment agar mudah mengingati tarikh tersebut… ada yang bertunang, berkahwin… dan lain-lain… Agak-agaknya ada tak yang create event or moment mengikut tarikh cantik dari kalendar Islam?  

Saya sendiri secara jujurnya tidak terlalu peka dengan kalendar Islam... (biasanya akan alert dengan kalendar Islam bila puasa dan raya...) tapi lepas menonton rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah yang tajuknya "Celik Takwim Hijrah" (di kalangan kanak-kanak)... Rasa agak malu la juga... Macam mana saya nak mengajar anak-anak jika saya sendiri pun lebih fokus pada kalendar Masihi...? Tak ramai di kalangan kita yang boleh ingat tarikh dari kalendar Islam, apatah lagi apa yang berlaku dalam bulan-bulan Islam tersebut...

Menurut panel jemputan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Pensyarah Pusat Matrikulasi UIAM, didikan (Islam) anak-anak yang berjiwa muslim adalah bermula dari rumah. Dengan membaca doa-doa harian seperti doa sebelum dan selepas makan, doa sebelum dan selepas bangun tidur, doa masuk dan keluar toilet, solat lima waktu, membaca Al-Quran dan lain-lain. Termasuklah mengajarkan bulan-bulan Islam kepada anak-anak serta peristiwanya. Menurutnya lagi, dengan adanya didikan asas tersebut, anak-anak akan lebih attach dengan agama Islam. (so tak wujudlah hanya Islam pada nama...)

So, ibu bapa perlu ada kesedaran tentang pentingnya perkara-perkara asas yang berkaitan dengan Islam, termasuklah peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan-bulan Islam... (peringatan untuk saya juga...


 

24 comments:

  1. Betul2... very agreed with you... saya sendiri pun tak tahu kesemua doa-doa harian yang sepatutnya jadi mainan mulut tiap-tiap hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... peringatan untuk diri sendiri juga... kena selalu perbaiki diri...

      Delete
  2. Betul ni..ajar anak dari kecil barulab diorang lebih faham n amalkan ajaran Islam..

    ReplyDelete
  3. Teringat masa sekolah, tak de seorang pun boleh sebut bulan2 Islam dalam turutan yang betul... bukan main marah ustazah.. skrang bila ada nasyid bulan2 Islam, baru la boleh sebut satu persatu dgn betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... kadang-kadang, lagu pun banyak membantu.. tapi kita jarang juga nak dgr lagu2 macam tu... hm...

      Delete
  4. Saya pun turut terpukul dengan info ini. Moga saya tidak terus terlena dalam mengajar kehidupan islam kpd ank2 saya. Thanx Nora

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... moga kita sama2 dapat mendidik anak2 kita dgn baik... Amin...

      Delete
  5. memang betul tu...kita yang dewasa ni pun tak peka dan tak hafal urutan bulan islam apa lagi anak2...

    ReplyDelete
  6. btl tu... kdg2 kt ni mudah lupe sejarah islam tu sendiri.. ape yg berlaku dlm bulan islam tu sendiri... mmg bnyk kene membaca.. nnt blh kongikan dgn anak-anak bile merka bertanya...

    ReplyDelete
  7. tarikh yang sangat cantik....

    setuju dgn kak nora hanya alert dgn kalender islam bila time puasa...

    nk kena ubah ni.. thanks kongsi ye

    ReplyDelete
  8. Hehe..arwah opah and ibu saya akan wish birthday saye pada Hari Raya Aidiladha mengikut bulan Islam. Ikut kalender Masihi pun wish jugak..Cuma yang bulan Islam tu wish sebab Hari Raye,so rare sikit..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ok la tuh... ada juga org ingat... plus kita pun ingat juga... heheh

      Delete
  9. haa tu la kak, sy pun sama ni kak.. bulan islam x ingat sgt..

    ReplyDelete
  10. Assalam... salam kenal

    setuju sgt, 12.12.12 berebut orang nak kahwin kan, tak kurang jugak yg paksa baby mereka keluar pd tarikh tu

    ReplyDelete
  11. memang kita tak alert ngan kalendar islam.. celik celik mata je ..kalender inggeris yang terpampang depan mata... rasanya perlu ubah diri supaya mengingati tarikh hijrah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... kita dah terbiasa dengan kalendar masihi... kena ubah kepada kalendar islam...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...