Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Monday, April 13, 2015

Resipi Mudah: Sambal Telur Pecah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Lama tak share cerita di sini... Ada juga rakan-rakan blogger yang Whatsapp bertanya khabar. Alhamdulillah, saya baik-baik saja... Cuma batuk dan selsema yang belum berkesudahan...

Saya tak sangka bisnes Tasbih Mini yang saya baru cuba-cuba, amat menggalakkan... (dekat sini pun saya tak sempat nak update pasal Tasbih Mini). Maka saya agak sibuk uruskan tempahan. InsyaAllah ada kesempatan saya akan update blog ni. Cerita tentang Adam Faris dan Alisya Farha pun banyak yang saya nak tulis... kena curi-curi masa sikit dalam masa buat tasbih nanti.

Untuk kesempatan ni, saya nak share resipi mudah Sambal Telur Pecah. Kalau tak pecahkan telur pun, kita boleh goreng atau pun rebus. Proses pun sama je...

Bahan-bahan:

6 biji telur
1 tauhu (dipotong kecil, digoreng dan ketepikan)
1/2 genggam ikan bilis (bersihkan, digoreng dan ketepikan)
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar (hiris nipis)
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Caranya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan telur dan kacau rata, sehingga telur masak.
3. Masukkan tauhu dan ikan bilis yang telah digoreng.
4. Perasakan dengan gula dan garam. Siap untuk dihidang.

* Boleh juga kalau nak masukkan tempe goreng ke, ubi kentang goreng ke... ikut selera masing-masing. Atau kalau anda nak buat SUP TELUR boleh juga... 

Selamat mencuba! (^_^)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


23 comments:

  1. sekali sekala ubah selera makan lauk telor mcm ni pon boleh menambah hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul tu... menambah tak ingat.. hahahhha

      Delete
  2. wahhh tahniah! semoga success dgn bisnes ni!!!

    ReplyDelete
  3. resipi mudah tu yg sedap..yg jadi pilihan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... selalu kalau masak simple mcm ni mmg cepat habis....

      Delete
  4. simple camni tak payah lauk lain pun boleh makan bertambah2..wo bisnes tasbih patutah busy je lama tak update..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul tu PK... mmg bertambah mkn... hahahha
      ala PK, buat main2 je... :p

      Delete
  5. Salam Nora, lama menyepi... tup tup muncul dengan hidangan sambal telur pecah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam... (^_^) hahahahha dah lama tinggal tak tau nak mula kat mana.... so masukkan resepi je la... hahahah

      Delete
  6. Kalau bunda masak resipi ni nanti bunda nak letak tempe lah...tq resipi nya..

    ReplyDelete
  7. tak pernah cuba sambal telur pecah ni.. resepi mcm senang, tapi entah bila nak masak. haha!

    ReplyDelete
  8. Salam.. lama tak kesini..pekabar?
    wah! tasbih mini memang famous skrg utk jadi doorgift satu2 majlis kan..
    sedap sambal telur pecah ni..boleh cuba nti:)

    ReplyDelete
  9. Simple ...nnti bleh cuba ni.telan air liur..hii

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...