KUALA
LUMPUR, 14 (Mei) Bernama -- Orang ramai terutama kanak-kanak dinasihat
mengurangkan aktiviti di luar rumah semasa cuaca panas sekarang bagi
mengelakkan terkena 'sunstroke' atau strok matahari yang menyebabkan seseorang
pengsan.
Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Perubatan Malaysia, Dr H. Krishna Kumar berkata keadaan itu berlaku antaranya disebabkan panas matahari yang menyerap cairan daripada badan mengakibatkan mereka mengalami dehidrasi.
"Walaupun minum banyak air tetap tidak digalakkan melakukan aktiviti di luar rumah kerana air lebih cepat terserap melalui peluh yang dihasilkan.
"Lebih teruk jika terjadi kepada kanak-kanak kerana sistem pertahanan tubuh mereka tidak sekuat golongan dewasa," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Dr Krishna menasihatkan kanak-kanak yang berjalan kaki ke sekolah menggunakan payung bagi mengelakkan mereka berasa lemah akibat cuaca panas yang seterusnya akan mengganggu pembelajaran.
Pakar perubatan Hospital Pantai Kuala Lumpur Dr David Quek Kwang Leng menyarankan penghidap penyakit berbahaya seperti diabetes, jantung dan buah pinggang berunding dengan pakar masing-masing bagi mengetahui cara penjagaan diri semasa cuaca panas.
"Mereka yang normal dan menghidap penyakit serius mempunyai kondisi badan yang berbeza. Maka penjagaan diri mereka juga harus lebih mendalam," katanya.
Beliau berkata jika kebiasaannya masyarakat perlu minum seliter air setiap hari, ketika cuaca panas orang ramai disaran minum antara satu setengah dan dua liter termasuk pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak.
Katanya selain kerap mandi untuk menyejukkan badan, penggunaan krim pelindung cahaya matahari juga dapat membantu melindungi kulit daripada terbakar.
Laman web TheStar.com pada Selasa memetik Jabatan Meteorologi Malaysia yang mengatakan cuaca panas dan kering di Lembah Klang sekarang boleh dikaitkan dengan perubahan pola angin dan kesan ribut Mahesan di Teluk Bengal.
Keadaan itu dijangka berubah apabila pola angin stabil dengan peralihan monsun hujung bulan ini yang diramal membawa lebih banyak hujan.
"Pada masa sekarang, suhu di Lembah Klang secara purata mencatatkan 35 darjah Celcius," lapor laman web itu.
-- BERNAMA

Nota kaki: Faris sekarang kalau balik sekolah akan minum sejug Milo atau Nescafe sejuk dengan kerap... So saya memang akan standby Milo atau Nescafe untuknya dalam peti... bila dia nak minum, dia akan ambil secawan... Alisya pun minum air suam dengan banyak (Alisya ni senang sikit nak suruh minum air suam...), kalau dia nak susu saya akan buatkan je... sebab cuaca panaskan... kita sendiri rasa kerap haus... inikan pula anak-anak kecil ni...
Baca entri berkaitan: Cuaca Panas
Baca entri berkaitan: Cuaca Panas
tapi nescafe boleh buat kita cepat haus lagi..huhu..kafein..so better air sejuk/kosong ja minum..huhu..dlu sebab panas la kena ruam..nw dah okay sbb standby dgn botol air depan mata..hehe
ReplyDeletebetul nana... nescafe ada kafein... lagi cepat rasa haus... even air bersusu n bergula pun... tapi faris dia jenis sangat2 kurang minum air sejuk kosong or air suam... so terpaksa layankan aja.. huhuhu
DeleteNak keluar skg ni jgn lupa pakai sunblock. Huuu
ReplyDeletetu la pasal... i choose to stay at home je... dok bawah kipas... heheh
Deletebtul tu...rietta sendiri pown asik dahaga jer...
ReplyDeletekan?! sama la kita...
DeleteMmg kena sentiasa minum air kosong banyak2...masyarakat kita mmg kurang minum....so kena pula musim panas ni...
ReplyDeletebetul tu dr... setuju org kita kurang minum air suam...
Deletesy ni jenis jarang minum air. la ni dlm mulut da kena pecah2 mcm ulser..ya allah skt nyerrr
ReplyDeletekena rajin minum air suam... adoi.. ulser mulut mmg menyakitkan... huhu
DeleteKena kurangkan aktiviti diluar rumah lah skrg ni.. cuaca mmg panas... kena banyak minum air masak..:)
ReplyDeletebetul tu... yg penting mmg kena banyak minum air suam...
Deletetapi kalau dah keje di bawah panas...
ReplyDeletenothing to say la kan...
:)
jgn lupa bawa bekal air suam.. hehe
Deletekat sini pun suhu tak menentu... kejap panas, kejap hujan....
ReplyDeleteTapi kan, kat sini air tak payah letak dalam peti sejuk pun dah rasa macam duk dalam peti ais.... hihihi...
untungnya nur... dapat minum air suam sejuk... hehe
Deletepanas cuaca skrang..thanks for da infooo
ReplyDeletesama-sama...
Deletepanas kering . saya cuma sedihkan pokok - pokok saya yg tumbuh sendiri ...
ReplyDeletebetul... panas dan kering... pokok2 kena rajin disiram... kadang tu saya pun selalu terlupa nak siram..
Deletemmg betul kak.kl skrg panas.walaupon hujan ada juga ..
ReplyDeletesaya pon sakit tekak, batuk, selsema
walaupun hujan sangat terasa bahangnya... get well soon QR..
Deletesgt panas! bleh naik pening kepala!!!
ReplyDeletebetul tu... smpi pening kepala... huhuh
DeleteAda baca juga kat FB. Cuaca memang panas lah. Nak keluar pon rasa malas.
ReplyDeletekan?! duduk rumah je la... tgk tv smbl minum air suam.. huhu
Deletesamalah anak sy pun.. masuk kereta jer.. ibu nak air haus.. mesti nak air kotak laici, mmg siap² saya belikan.. tp tulahhh.. nak yg sejuk jer.. ermm .... mcm manalah selsema dgn batuk nak baik..
ReplyDeleteheheh biasalah tu masya... budak2 mmg gitu...
DeleteAnak sedara Okje kat kampung dah 2 kali pengsan...harap2 sebab panas ni!
ReplyDeletealahai...tu la yang takut tu... kalau tiba2 pengsan... :(
DeleteTghri pn mls nk kuar lunch sbb x tahan cuaca panas!
ReplyDeletebetul... tapi jgn skip makan...!
Deletesy pun tgh demam skrg ni. td baca kat paper psl strok haba ni terus beli 100 plus sebab nak tambah air dalam badan
ReplyDeletealahai kesiannya... get well soon cha..
Delete