Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, April 02, 2013

Cuaca Panas...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah...

Mesti semua pun perasan bahawa keadaan cuaca sekarang ni tersangatlah panas... Bukan hanya di siang hari, malah juga pada waktu malam. Bukalah kipas atau penghawa dingin pun, masih juga terasa bahangnya... Memang luar biasa panasnya! 

Sedikit info yang saya petik dari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri dan juga kesihatan orang sekeliling kita, terutamanya anak-anak kita...

1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
 
a) Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
b) Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
c) Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
d) Penghidap penyakit sistem pernafasan.
e) Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/pengeringan peluh.

3. Gejala cuaca panas melampau adalah:

Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

4. Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

4.1 Anda Perlu:

(a) Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
(b) Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
(c) Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
(d) Hadkan aktiviti luar
(e) Kerap berehat
(f) Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
(g) Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
(h) Pakai topi atau payung yang besar

4.2 Elakkan:

(a) Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
(b) Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
(c) Bersenam dalam cuaca panas

5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

(a) Keluar dari kawasan yang panas
(b) Tanggalkan pakaian yang ketat
(c) Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
(d) Gunakan kipas untuk sejukkan badan
(e) Minum air setiap 15 minit
(f) Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia



19 comments:

  1. a'ah siang panas tp malam kat kajang biasanya hujann hehe :)
    thankz for then info :)
    btw saya dah dapat dah buku tu :) trima kasih bnyak2. May Allah bless u :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai... untung la kalau malam hujan... kat melaka ni... siang malam rasa macam duduk dalam oven.. huhhu

      Delete
  2. Tips ni sgt berguna, skrg tersgt la panas, sampai anak bujang cikgu kena asthma huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cikgu... kesian kat anak-anak... kena galakkan mereka minum air suam dengan kerap... moga anak cikgu cepat sembuh...

      Delete
  3. hehe..dulu pernah nak buat entry pasal panas nie..tapi sudahnya terkubur..malas dah nak publish..hehe..tp sekarang ni musim hujan dah kat klang.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untungnya merasa hujan... melaka ni panas betul!!

      Delete
  4. Kelantan pun panas teruk. dah 2 minggu kot.. Pasang aircond pun tak rasa sangat..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ... kat sini , seri kembangan selangor , hampir tiap ptg hujan lebat bersama guruh ... panas kering lbh 3 hari blm pernah lagi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah la vee... melaka ni panas terik... huhu

      Delete
  6. Klu blk pilah lg paneh! mklumlh......kwsn terkering di msia. tq bg info ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu kak... melaka pun paneh ni... adeh...

      Delete
  7. Betl tu, panasnya suasana sekarang, memang mudah lah sakit kepala.. lagi2 memandu dalam keadaan aircond kereta rosak sekarang ni.. adusss.... :)

    ReplyDelete
  8. serius skang ni mmg panas yg amat.tmbh pulak dok pregnant nie kan..dok rumah mmg berkemban jer la.hakhak..

    yg herannya budak chubby tu tak reti nak panas.kita ni berpeluh2 tp relex jer aiman dok ngadap game hari2..:)

    ReplyDelete
  9. betul memang sangat panas sekarang ni..menggigit kulit rasanya...
    pas tu hujan start hujanlah pulakkan NK...

    ReplyDelete
  10. mmg cuaca panas sgt skrg ni hadoilah.. tekak pun mudah haus...

    ReplyDelete
  11. mmg skang ni super super hot...teriknya masuk dlm kulit terus...thx for the info..

    ReplyDelete
  12. SubhanaAllah..akak memang panas kan sekarang. Malam2 tidur, berpeluh2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...