Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Encik
hubby saya mengalami demam panas... Mungkin sebab menjaga dan bermalam dengan Faris di hospital
baru-baru ni... Disebabkan tak tahan sangat dia sendiri minta saya hantarkan ke
Hospital Pantai setelah ubat klinik yang diambil beberapa hari lepas hampir
habis...
Suhu
badannya ketika dirawat adalah 39 darjah celsius. Seperti dijangka, doktor
mencadangkan agar masuk wad... Sebab dah beberapa hari demam dan batuk, serta
muntah-muntah. Tapi dia agak keberatan untuk duduk di wad (mungkin terlalu
memikirkan anak-anak buahnya yang membuat liputan sepanjang minggu PRU13 ni)
Saya
yang risaukan kesihatannya, saya juga risau kesihatan anak-anak... Maklumlah,
AF pun baru baik dari demam, saya takut kalau mereka berjangkit lagi...
Disebabkan
Encik hubby tidak mahu masuk wad, doktor mencadangkan agar membuat ujian darah
(takut-takut kalau ada denggi atau influenza) dan doktor juga mengambil sample
kahak. Alhamdulillah semuanya negatif, kiranya memang demam panas je (sama
macam Faris dulu)
Di
rumah, saya tak bagi Encik hubby uruskan anak-anak, saya juga tak bagi
anak-anak dekat dengan abahnya... Bila batuk saya minta dia tutup mulutnya
dengan tuala... (sebab tak de mask... Kalau ada mask lebih praktikal)...
Tidur di ruang tamu pun lena juga :p |
Sejak Encik hubby demam, bilik utama kami dijadikan bilik pengasingan (isolation room)
untuknya... Saya dan AF, tidur di bilik kedua, dan malam ni kami tidur di ruang
tamu (sebab pagi ni Faris sekolah, selalu kalau Faris tak bangun lagi, Encik
hubby akan dukung Faris... dan bawa dia turun... Sebab saya tak larat nak
angkat Faris yang beratnya hampir 30kg, so saya decide tidur di bawah je la...)
Ketika
entri ini ditaip, saya baru buatkan Encik hubby air coklat panas, suruh dia
makan ubat batuk dan sapukan Vicks (jam 3.30 pagi). Dia tak boleh tidur sebab batuk yang kuat
dan muntah-muntah... Saya pun tak boleh tidur bila dengar dia batuk...
Sekarang
ni tak dengar bunyi batuknya lagi... Kadang-kadang je, dan tak sekuat tadi...
Mungkin dia dah boleh tidur... Kesian dia... Moga Allah kurniakan kesihatan
buatnya... Amin...
Nota
kaki: Jika masih tak sembuh by Selasa, Mungkin kena masuk wad juga... Please
get well soon, Mr hubby...
eh..terukanya sampai muntah2.so far demam tak ada pulak macam itu..bahaya juga..apa2 pun harap suami akak cepat sembuh ya..
ReplyDeleteFaris masuk hospital baru2 ni pun sebab demam dan muntah2 juga... doktor kata sebab virus mikroplasma...
DeleteThanks nana...
oh yeke ke? macam mana virus tu boleh terwujud?huhu..kena google lepas nie..hehe..sama2. :)
Deletemikroplasma ni dari habuk... tak la bahaya... tapi kalau dibiarkan berlarutan sel darah putih akan jadi byk dan akan bahayakan badan...
Deletemoning sis
ReplyDeletesinggah isnin sini
hi anum... thanks singgah :D
Deletesemoga cepat sembuh. selalunya demam yang disertai batuk/selesema bukan denggi. takut juga jika denggi
ReplyDeleteha ah... sebab tu doktor suruh buat blood test sebelum bagi encik hubby balik...
Deletemusimlah badan x sihat, anak sy pun ngadu sakit tekak.. mcm nak demam...
ReplyDeletetu la... betul masya... musim sekarang ni... cuaca pun panas semacam... kena bg minum air suam banyak tu... selalunya dari sakit tekak boleh jadi demam dan hilang selera makan...
Deletesemoga en.asben cepat sembuh...
ReplyDeleteAmin... terima kasih...
DeletesEMOGA CEPAT SEMBUH..
ReplyDeleteThank you Razfira...
Deletesedapnyer dierang tu tidur...
ReplyDeletemoga hubby cepat sembuh yer...
Smoga suami akk cepat sembuh.
ReplyDeleteLa siannya... semoga cepat sembuh.. Amin
ReplyDeleteAlahai, kesiannya... jangkit kat si abah pula.. moga cepat baik, amin amin amin!
ReplyDeleteassalamualaikum ... sekiranya demam masih x kebah gak , saya sarankan bawa gi jumpa ustaz , dapatkan rawatan perubatan islam .
ReplyDeletesemoga suami akak cepat2 sembuh ye..
ReplyDeletesemoag en hubby cpt sembuh..suami sakit mesti la risau kan.sape tak syg suami kan?hehe
ReplyDeleteSiannya....hubby dah sembuh kot sekarang ni NK...
ReplyDelete