Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, May 12, 2013

Hari Sukan Faris...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tahun ni baru la merasa tengok Faris bersukan... Tadika Faris ni (Tadika Ilmu Pintar Murni) bergabung dengan 13 lagi Tadika swasta di area Melaka ni... So, sambutannya memang meriah, diadakan di Dataran Ayer Keroh, Melaka, semalam (11 Mei 2013)... Ramai betul anak-anak yang comel umur 4-6 tahun... Sejuk je mata tengok mereka semua... (^_^)

Seperti acara sukan yang biasa, adalah perbarisan para kontijen (hehe comel je, para kontijen...) ada lima rumah sukan... merah, biru, hijau, kuning dan oren... Faris rumah Merah... (teringat dulu masa sekolah menengah, saya pun rumah Merah...

Cikgu-cikgu mereka pun kreatif sangat... macam rumah biru, kontijen mereka bertemakan Doraemon... siap ada lima sekawan tu... Sizuka, Nobita, Sinyu, Giant... Tak percaya?! Tengok ni...

Comelkan?!
Oh ya, yang baju hitam dok mengadap team Doraemon tu Alisya...
Seronok sangat dia dapat tengok Doraemon tu...


Rumah oren pula... benderanya gambar buah oren yang dibelah... Siap ada sepanduk "Oren Pasti Juara"... hehe comel... 



Ini pula rumah kuning di raja... Semua kontijen tu ala-ala, Prince and Princess... Super comel mereka ni... Tapi Princess yang pegang sepanduk ni, tengah menangis... Sebab takut orang yang ramai hari tu... kesian dia... Alisya pun asyik tanya saya, "Kenapa Princess nangis... Sian dia..." Saya cakap, " tak pe, cikgu ada... cikgu pujuk diakan?" Terus dia angguk!




Rumah hijau tak kurang hebatnya... Siap ada bendera tulis slogan Melaka, "Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau". Teringat Encik hubby pernah cerita, setiap kali ada meeting media, setiap orang yang nak bercakap akan sebut slogan tu dulu... then baru bagi pendapat or usul... (hehe... panjang tu slogannya...!



Inilah kontijen rumah merah... Simple je rumah merah ni... tapi yang bawa sepanduk dengan pengiring tu, memang comel sangat... Sweet... 




Acara sukan untuk kanak-kanak... bukanlah olahragakan... tapi sukaneka yang comel-comel... Antaranya, bawa bola ping pong dengan sudu, masukkan bola dalam bakul, lari dalam guni, menunggang kuda, pecahkan belon... Haih, banyak jugalah acaranya... Faris pula masuk acara lompat gelung... 

 

Cuaca hari tu sangatlah panas terik... Kesian anak-anak yang bersukan tu... ada yang menangis, ada yang excited... ada yang over confident... Macam-macam karenahlah... Yang penting semua happy dan dapat macam-macam hadiah...

Ada beberapa perkara yang saya rasa boleh digunakan untuk tujuan penambahbaikan bagi meningkatkan kelancaran acara sukan sebegini (maybe for next time...)

(a) pihak penganjur Persatuan Tadika-tadika Swasta Melaka, perlulah menyediakan tandas bergerak sepanjang acara sukan berlangsung... oleh kerana tiadanya tandas bergerak, anak-anak dan ibu bapa perlu berjalan jauh untuk ke toilet (sama ada ke toilet Zoo Melaka, mahupun toilet Tasik Ayer Keroh... Jauh!)

(b) Saya lihat hanya ada 2 tong sampah yang disediakan, dan letaknya agak jauh dari khemah para tetamu... akhirnya, tetamu meninggalkan sampah merata-rata... Memadai kot, kalau diikatkan plastik sampah di tiang khemah... kan?!

(c) Acara sukan terlalu banyak, kerana dihadkan 1 atau 2 acara untuk setiap murid... Hal ni menyebabkan kanak-kanak terpaksa menunggu lama di bawah khemah yang panas... kesian mereka... 


Apapun, saya seronok tengok Faris bersukan dan Alisya pun happy, walaupun dia batuk dan selsema... Alisya sibuk kata nak sekolah juga... Sebab seronok tengok kawan-kawan dengan cikgu! By the way, hari sukan Faris ni jatuhnya pada hari lahir Alisya yang ke-3... Next entry la saya cerita pasal birthday girl, Alisya Farha.

Eh, berjaya pula dia buat PEACE!
   
Nota kaki: Buat Ieta yang berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah semalam, dengan iringan doa, moga selamat pergi dan pulang ke tanah air... Amin...

32 comments:

  1. wah..comelnya..saya pun teruja tgk doraemon tu..ahhaa..kreatifnya la hai..dlu masa time saya ..mana ada macam itu..main pom2 ja..ahaha..

    team merah punya ada budak perempuan cantik macam model.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah tu la... masa akak kecik2 dulu pun tak de la meriah macam ni sukannya... hehe

      Delete
  2. kejap2..
    rumah biru saya cuma dapat cari giant,sizuka,doraemon n nobita..kawan giant yg lg sorang nama idontknow how to spell..ahaha..tak nampak lak..hehe..

    btw selamat hari jadi Alisha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sinyu/shinyo kot namanya yang satu lagi tu... hahah akak pun dah lama tak nengok Doraemon ni... ada... sebelah Giant tu... Giant yang pakai baju oren sebelah kiri... sebelah dia tu la sinyu/shinyo...

      Delete
  3. bukan senang nk jg kanak2 yg terlalu ramai cm tu! Knp bergabung buat sukan ye? Tu yg peluang hanya 1 kot sbb acara terhad tp comeiiiiiiinya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tadika swastakan.. kadang2 satu tadika tu 10 org je murid... so bila gabung dengan tadika2 swasta yang lain... ramai sikit... mmg seronok tgk budak2 ni... ^_^

      Delete
  4. Nampak pun memang dah berilah NK..... Budak budak ni mmg comel comel semuanya...

    ReplyDelete
  5. bab2 sukan ni ibu bapa pun teruja sama kan !

    ReplyDelete
  6. Seronok tgk budak2 sukan...Ana tahun ni ada Hanani wakil untuk kumpul hadiah tupperware (sebut apple lady)...hehehe.
    Tahun depan kembar lak tadika...seronok anak2 dah sekolah semua.

    Meriah sungguh ek sukan Faris...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... kan?! ramai je parents yang dapat hadiah tupperware masa sukan faris hari tu... hadiah cabutan bertuah...

      Cepatnya kembar besar... dah nak tadika dah?! macam tak percaya!!

      Delete
  7. nmpk meriah.comel2nya pasukan rumah nie semua..:)

    ReplyDelete
  8. mesti kelakar tgk keletah - keletah mrk ni kan . Kanak2 nih macam2 ragamnya . Sabor tul cikgunya ya ...

    ReplyDelete
  9. comey2 budak2 ni...seronok kan melayan anak2 pra sekolah ni, walaupun penat..terhibur dengan telatah dan kerenah mereka...anak2 bunda dah besar2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bunda.. memang seronok tgk budak2 ni...

      Delete
  10. Aisyah kata dia nak masuk rumah kuning sbb nak jadi princess.. siap tanya saya, sempat lagi ke dia nak join bila balik M'sia nanti? hihihhi
    semua anak2 tu comel jer, mmg kreatif cikgu2 mereka :)
    Kesian pula bila takde toilet, harapnya ada penambahbaikan di tahun mendatang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe alololo aisyah... aisyah... org semua cemburu kat awak sebab awak dpt belajar di UK... huhuhu

      Delete
  11. meriahnyer hari sukannyer...siap pakai costume lagiklawa...

    ReplyDelete
  12. meriahnya suka faris, dah macam sekolah .. sebab campur² dgn tadika lain yer.. bekerjasamalah kiranya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tadika swasta kat melaka ni mmg bergabung bawah satu persatuan... so acara mmg sukan dan konvo mmg mereka buat sekali... sebab tu meriah... :D

      Delete
  13. meriah sungguh ahri sukan tadika ni..

    ReplyDelete
  14. haha comel jer. rumah biru tu siap ada maskot doraemon lagi... huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...