Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah...
Syukur
alhamdulillah... Alisya kini dah 3 tahun... Dah besar dah dia... Tapi masih
lagi membahasakan dirinya baby (most of the time)... dan
kadang-kala je dia sebut dirinya as kakak. Sekejap je rasanya masa berlalu... Terasa macam baru semalam dok timang-timang Alisya... Sekarang dah boleh lari laju dah dia...
Birthday Alisya sama dengan tarikh Faris bersukan hari tu... walaupun birthday girl batuk dan selsema sikit, tapi tetap sokong juga abangnya bersukan... selebihnya seronok sangat melihat kakak-kakak dan abang-abang main macam-macam mainan.
Lepas je bersukan tu, terus singgah beli kek untuk Alisya... Sebab dah janji kenalah beli... Di Secret Recipe dia pilih sendiri kek yang dia nak... Tapi bila dah sampai rumah semuanya terlelap... Penat sangat la tu... Malam tu ke klinik ambil ubat batuk dan selsema untuk Alisya dan Faris... Kek tu pun esok baru dimakan... Sebab masing-masing batuk malam tu... Mungkin juga sebab cuaca yang terlalu panas...
Anyway, berikut adalah gambar-gambar Alisya dari kecil...
Baru beberapa hari ni... |
Ni masa mula-mula dia pandai meniarap... |
Ni gambar-gambar sebelum satu tahun... |
Ni sekitar usia 2 tahun... |
Ni lah gambar sambutan birthday yang serba ringkas... sebab birthday girl tak sihat... |
Sekejap je masa berlalu... Moment masa mereka kecil ni lah yang akan kita (sebagai ibu) rindukan... Faris sekarang ni pun dah malu nak peluk or kiss mama dia (tapi saya peluk je dia kuat-kuat lepas tu cium pipi dia yang tembam tu... walaupun dia menjerit-jerit... haha)... Alisya pun mungkin akan rasa malu satu ketika nanti untuk buat perkara yang sama... (huhu sedih la pula...)
Pencapaian Alisya sepanjang usia 3 tahun:
1. Dah tak pakai diapers siang hari... kadang-kadang berjaya tak berdiapers sebelah malam. Baca kisah Alisya + potty train di sini.
2. Alisya sangat banyak cakap... Suka bertanya macam-macam... Kurang pelat berbanding Faris.
3. Dah boleh baca 3 doa: doa sebelum makan, doa tidur dan doa bangun tidur.
4. Suka ikut saya solat... kalau saya sedang solat, dia juga akan solat di sebelah saya.
5. Saya dah dedahkan Alisya dengan buku 1 Bacalah Anakku... Dia cepat belajar, tapi cepat juga bosan jika belajar dalam tempoh masa yang lama... Sekarang saya dalam proses nak permudahkan agar pembelajaran tu lebih menyeronokkan...
6. Alisya pun suka baca iqra'... Tapi dia hanya nak dengar sebutan... tak nak pandang buku lagi... Kena guna kaedah lain juga...
Basically, saya dah cuba dedahkan Alisya dengan buku-buku Bacalah Anakku dan Iqra'... Itu pun sebab saya tengok Alisya berminat untuk belajar dan dia cepat terima apa yang diajar... Lebih-lebih lagi bila dia tengok abangnya baca buku...

Apapun, saya doakan agar Alisya panjang umur, sihat tubuh badan... sentiasa dimurahkan rezeki... sentiasa dalam lindungan Allah, sentiasa ingat mama dan abahnya... menjadi anak yang solehah dan semestinya berjaya dunia dan akhirat... Amin...
Entri birthday Alisya, tahun sebelumnya:
Alisya 1 tahun
Alisya 2 tahun
Psst: Hadiah Alisya saya update kemudian... "tukang tulis" pun batuk lagi...
Entri birthday Alisya, tahun sebelumnya:
Alisya 1 tahun
Alisya 2 tahun
Psst: Hadiah Alisya saya update kemudian... "tukang tulis" pun batuk lagi...
bagusnya Alisya.. aktif..n mudah faham..dah besar bijak punya..inshaaALlah..hehe
ReplyDeletecomel la dia ikat rambut.. ^^nampak lain
btw get well soon yea..hehe
Alisya cepat belajar sebab dia selalu tgk abang dia belajar... masa abang belajar... dia pun belajar juga... :D
Deletecomel baby tu nak cubit leh hehehe
ReplyDeletehttp://long-cham.blogspot.com/2013/05/tips-macamana-nak-tarik-trafik-mencanak.html
owh baby tu dah pun berusia 3 tahun sekarang... heheh kalau dicubit, takut kena gigit pulak... hehe
DeleteHappy bday Alisya! Smoga diberkati Allah SWT dunia akhirat. Rajin2 mkn ubat ye nora n anak2 supaya cpt sembuh! Musim panas ni......bykkn minum air panas supaya kahak mudah kuar n cair. Do take care!
ReplyDeletethanks kak... memang dok pantau time makan ubat je ni... sebab semuanya batuk... paling kesian anak2...
Deletebesar dah dia
ReplyDeletetu la... hm...
Deletehehehe cerita anak2 yer
ReplyDeletekisah merekalah yang menyeronokkan KA... :D
Deletehappy birthday alisya...comel suka yengok dier pakai tudung tu sweet sangat...
ReplyDeletethanks auntie lizz... :D
Deleteselamat hari lahir alisya.. alahai... comel muka dia masa kecil bulat betul yer... panjang akal eh..
ReplyDeleteha ah masya masa kecik dia bulat... tapi dah besar ni kurus kering pulak... susah nak suruh makan nasi...
Deletehappy birthday alisya...
ReplyDeletesemoga sehat-sehat selalu...
Amin... thanks RC :D
DeleteHepy Bezday Alisya....moga Alisya menjadi anak yg solehah
ReplyDeleteAmin... thanks okje...
Delete