Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Wednesday, May 11, 2011

Alisya Dah Setahun...! :-)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Happy Birthday Alisya!!
Alhamdulillah… pejam celik, pejam celik… Alisya dah pun setahun hari ni… (11 Mei).. Seronok sangat tengok dia membesar… :D Sangat excited tengok dia dah boleh buat macam-macam. Dari menghisap ibujari tangan, tersenyum, kemudian meniarap, merangkak, duduk, gelak terkekek-kekek (bila abangnya buat lawak… abang tak buat lawak pun dia gelak sakan… lawak sangat kot abangnya… hahahha), lepas tu pandai gigit orang, pandai bergaduh (selalunya dia menang la.. abang selalu meraung.. kesian abang.. hahaha), dan macam-macam lagi la yang dia dah pandai buat…

Oh ya… Alisya dah ada 6 batang gigi.. Sekarang nak makan apa yang abang dia makan… tak nak dah bubur, nestum semua… Pandai! Sekarang dah pandai angguk dan geleng kepala kalau ditanya apa-apa.. Cakap? Belum boleh cakap.. yang dia boleh sebut adalah “abah”.. “ba.. ba..” Mama pun “ba.. ba..” Abang pun “ba.. ba..” :-p Jalan? Dia dah berdiri tanpa pegang… melangkah setapak.. Tapi belum boleh berjalan..  



Hari ni, tengok Alisya lepas bangun tidur… rasa sangat tenang… Dalam hati mama berbisik: “Senang jaga anak mama yang sorang ni…” Betul… tak susah jaga Alisya… Tak banyak karenah… Macam tak percaya dah setahun dah dia… (rasa nak gigit-gigit je dia..). Doa mama untuk anak mama ni… Semoga dipanjangkan umur, membesar dengan baik (dijauhkan dari penyakit..) dan menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat…  yang paling penting moga Alisya menyayangi dan menghormati mama dan abah…  (takut baca berita bila anak pukul, marah dan halau mak ayah sendiri… takuttt… :-s )

Malam ni plan juga nak bawa Alisya & Faris jalan-jalan, nak cari hadiah untuk Alisya… Makan-makan… Hm, teringat hadiah yang encik hubby belikan untuk Alisya di Johor (dua minggu lepas kot…). Encik hubby sorok dalam almari… ingat nak bagi masa birthday Alisya hari ni… Tapi kantoi… Abangnya jumpa… terus buka dan main… (tak surprise betul… hahaha). Saya pun tak tau yg encik hubby beli hadiah tu.. Masa Faris buka, saya bantai gelak je la.. :p

Ni hadiah-hadiah yang Alisya dapat dari mama dan abah:

Walker untuk Alisya belajar berjalan...
Sangat excited dengan hadiah tu...
Dibo the Gift Dragon... kononnya buat teman tidur dia...

Oh ya... Alisya share birthday dengan kakak saya (Mak Teh)... Hari ni pun birthday Mak Teh... Untuk Mak Teh... Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... serta doa semoga mudah melahirkan anak yang kedua pada bila-bila masa.. (mak teh tengah tunggu hari...)

6 comments:

  1. seronok melihat keletah anak2 yg semakin membesar didepan mata kita....

    ReplyDelete
  2. betul green apple.. seronok tgk dorang membesar... :D

    ReplyDelete
  3. hehe2~suke cubit pipi budak-budak yang umur 1 thun ,sebab mostly tembam2,..

    ReplyDelete
  4. nur lia... betul la... geram!!

    ReplyDelete
  5. suka bila baby umur dalam setahun.. tapi bila dah 3 4 thn.. geram lak..
    sebab dah mula xdengar kata..
    da ada anak sendiri nnt..
    xtau lah cmne..huhu

    ReplyDelete
  6. cik pulau... mmg betul.. sebab umur setahun dia tak pandai apa sgt... tapi bila dah pandai buat macam2... mula la.. menguji kesabaran... huhuh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...