Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, December 17, 2014

Misi Mencari Rumah Untuk di Jual/Beli

  
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih lagi dalam mood mencari rumah untuk di beli, di sekitar Gombak. Rasa nak muntah dah mencari through internet. Banyak juga masalah bila mencari atas talian ni. Memanglah informasi di hujung jari. Namun ada juga seperti yang tidak diharapkan.

1. Agen perumahan tidak menjawab call dan reply mesej - so saya terus reject agen tersebut, jika rumah pilihan saya seterusnya juga tertera namanya...

2. Gambar yang ditunjukkan bukan rumah yang sebenar - kalau ada tulis gambar sekadar hiasan ok lah juga... boleh terima...  ini tak. Memang menghampakan bila pergi view rumah tersebut... memang tak sama langsung dengan gambar! Bila tanya agen, katanya "ooo itu gambar just hiasan only." CEH!!

3. Info tidak updated! Kebanyakan rumah dah terjual, tetapi masih ada dalam list carian. Walaupun tarikh yang diupdate tu tak sampai seminggu lagi, rumah tu dah terjual dan tidak dikeluarkan dari senarai. - so masa mencari rumah jadi sangat panjang, sebab cari, call, "dah jual", cari lagi, call lagi, "dah jual", dan begitulah seterusnya... LETIH!

Ooo ramai juga yang tanya, kenapa saya tak nak duduk di rumah saya yang di Amansiara tu... Rumah tu memang best sebenarnya... Tapi ada beberapa sebab juga la... dan salah satu sebabnya... Penyewa kami tu jaga rumah tu dengan baik (kami ada dua tiga kali bertandang ke rumah tu)... plus, dia bayar sewa advance sebulan. Mana nak cari penyewa macam tu kan...?! Lagipun tak sampai hati nak bagi notis singkat macam ni pada dia. Kesian kat dia anak beranak.

Lagi satu ada juga yang tanya, kenapa tak duduk di Gombak rumah arwah mak dan ayah saya...?! Sebenarnya barang kami pun dah banyak... peti ais, mesin basuh sofa, katil dan macam-macam lagi la... Semestinya tak dapat sumbat semuanya dalam rumah Gombak tu.

Kenapa nak beli rumah... sewa je la dulu... nanti-nanti baru beli rumah... Alahai... kalau nak tahu, sewa rumah di KL ni RM1500++/sebulan. Sama je macam bayar rumah yang dibeli. Baik beli rumah dari menyewakan?! Kalau menyewa, nanti dah jumpa rumah beli nak kena pindah lagi... aduh... tak sanggup nak fikir!

Sebab tu la encik hubby saya plan beli rumah terus. Moga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga untuk mencari rumah dan sekolah untuk Faris dan Alisya. 

Kot-kot la ada blogger yang tahu or nak jual rumah area Gombak dan sekitarnya, boleh la beritahu saya. Moga dengan bantuan anda, saya doakan agar Allah juga akan permudahkan urusan anda nanti. Amin...


Nota Kaki: Saya mencari rumah teres (2 tingkat) di Gombak atau sekitarnya. Kalau ada yang nak suggest di area Puchong dan Rawang atau sekitarnya, boleh juga... Thank you in advance, blogger! (^_^)

 * * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


62 comments:

  1. kak nora, kalau ada masa contact Farah melalui contact me form di www.bubblynotes.com... In Shaa Allah, cuba membantu setakat mana yang termampu kalau boleh... :) ... Farah bukan kerja jual rumah atau agen jual rumah, tapi nantilah cerita...Mudah-mudahan ada penyelesaian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok farah... nanti akak contact farah... tq yea farah... :D

      Delete
  2. Yeaaa...see. dah ada yg bole tolong..gud luck k nora..

    ReplyDelete
  3. letih gak klu lagu tu ... semoga dipermudahkan urusannya ...

    ReplyDelete
  4. Salam. Hee sudah mencuba bertanya rumah lelong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam... ada juga... masih blm berhasil...

      Delete
  5. Replies
    1. Sbb tue farah lebih senang beli dgn pemaju.. tak yah pening2 pikir.. tapi itu la kalau area sana nak beli yg projek baru sure melambung2 kan harganya... huhuhu.. semoga dipermudahkan urusan akak dan dpt beli rumah idaman..=D

      Delete
    2. Betul tu farah... la ni kalau nak beli dgn pemaju dgn harga yg kita mampu... jauh sesangat...!

      Delete
  6. Betul daripada menyewa baik beli..
    Kakak tinggal di JB tak dpt membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kakzakie...?! Tak pe kak.. thanks sudi komen... :)

      Delete
  7. smoga urusan akak dipermudahkan.. zaza pun plan nak beli rumah. bayar sewa sama mahal bayar umah sendri kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. tq zaza... betul la tu... mmg mahal sewa di kl ni... harga sewa sama je kalau byr bulan2 utk rumah beli...

      Delete
  8. memang susah nak cari rumah sekarang ni, ada yang sesuai bajet tapi jauh pulak dari tempat kerja, angah pun tak suka sangat cari kat internet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal... mmg kena tinggal jauh dr tmpt keje... lama atas jalan je nanti...

      Delete
  9. kalu apartment o pangsa tu mmg ada kak... tp kalu rumah bwh tu payah sket... mostly lelong...fhm2 je la umah lelong ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah anies... mmg susah nak cari rumah atas tanah la ni...

      Delete
  10. Area rumah okje ni ada jer rumah utk dijual tp area Kajang dah jauh daripada tempat yg NK nak tu...

    ReplyDelete
  11. sis juga ada pengalaman cari rumah untuk adik melalui mudah.com dan lelong.com..pelbagai rintangan yg di hadapi almost berbulan..akhirnya berkat doa dan alhmadulillah akhirnya dapat sebuah rumah dalam range harga yg di perlukan so Nora jgn putus asa dan cuba lagi. Adik dapat rumah melalui mudah.com..bercakap sendiri dgn owner so kalau melalui agen jgn accept...reject terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu JM... mmg kalau boleh tak nak melalui agen... kena bersabar... insyaAllah... mesti ada penyelesaian satu hari nanti...

      Delete
  12. Assalam, terima kasih sudi keteratak bunda dan memahami situasi dan mendoakan kesihatan bunda...terharu sangat.

    Walaupun dalam mood istirehat bunda singgah komen rambang blog2 kalian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam bunda... moga sentiasa dalam keadaan sihat... amin...

      Delete
  13. salams nora, betul...mencari rumah, mencari tanah sangat memeningkan kepala...ada aja kan yg tak berapa nak perfect...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la... kita nak duduk lama kat situ kan.. kena la cari yg betul2 memuaskan hati... huhu

      Delete
  14. dengan harga sewa gitu, memang patut beli aje dari menyewa
    kalau kawasan saya ni banyak sangat
    tapi jauh pula dengan kak nora
    moga segalanya dipermudahkan ye kak
    maaf tak dapat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq yana... akak pun harap cepat2 dpt penyelesaiannya...

      Delete
  15. hangin kan bila tak berupdate gitu.
    smga dipermudahkan. nak tolomg x da kaki yg jual rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la QR... mmg hangin dibuatnya! Sabar je la...

      Delete
  16. Saya pun ada beli rumah kat amansiara tu. Dekat dgn kolam. Pun bg sewa kat orang jugak. Skrg ni sy ddk gombak jugak. Nk bajet harga rumah berapa?

    NK jangan lupa bagi detail ye. Nak tau lebih lanjut nanti singgah blog tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak... saya dah hantar detail ke email akak... :)

      Delete
  17. bestnye rumah baru...
    gud luck yea dalam pencarian yang baru dan penjualan yang lama...

    ReplyDelete
  18. Wah kak Nora, kita ni berjiran rupanya..kak Nora dok gombak kat area mn tu? Diana dok kg padang balang jer. sebelah gombak jer. hihihi...akk tgh carik umah ker? kawan diana ade nak juai umah..tapi jauh sangat kat kajang pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke diana....?! Rumah parents akak di Taman Berjaya, Gombak. Kg padang balang mmg dokek yo la... alahai... kajang jauh la diana... huhuhu

      Delete
  19. Salam nora...t kasih sudi ke Teratak Bunda...nora cer try tanya dengan blogger Julia Johari, kalu tak salah bunda JJ tinggal kat Gombak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam bunda.... insyaAllah nanti saya try risik2 dr sis JJ

      Delete
  20. Semoga urusan di permudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
  21. Dah dapat rumah ke belum? Kawasab rumah saya ni, Bandar Saujana Putera berminat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi AN. Kalau ada yg kosong boleh la kami try risik2.

      Delete
  22. Semoga urusan dipermudahkan yer....aminnnn

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum
    rumah kt gombak ni pun boleh thn mahalnya.. klu apartment banjaria tu msih ada lgi utk di jual, urban apartment hmpir siap, pun boleh thn harganya... rmh teres, susah sikitlh kt... mungkin kt bukit beruntung, bukit subang byklh.. stgh jutalh harganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...mmg mahal betul regenya mencecah 1/2 juta... banjaria pun kecik n mahal... urban harga 300++k dpt studio je... kena usha sebelah rawang gitu...hm...

      Delete
  24. Semoga segala urusan dipermudahkan. Sekarang memang susah nak cari rumah. Harap dapat jumpa rumah yang sesuai.. =D

    ReplyDelete
  25. Semoga dipermudahkan. Penat dh ddk rmh teres 2 tgkt. Ada ckp dgn husben crk rmh atas tanah je la. Org tua dtg pn sng. X ada la pnt dia nk naik trn tgga.

    ReplyDelete
  26. ingatkan nak offer rumah di KL tu tapi rumah tu kondo lah pulak... and kat Cheras hehehe sorry tak dapat tolong... kenapa tak guna agen2 yg bagus dari syarikat2 yg baik...

    ReplyDelete
  27. Bila cari memang payah nak dapat..dugaan dalam pencarian..harap selesailah kan

    ReplyDelete
  28. semoga dipermudahkan. dah jumpa rumah ka kak nora? seri kembangan puchong nak tak?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...