Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, January 24, 2017

Tips Mudah Susun Buku Sekolah Anak Ikut Jadual

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ni saya nak kongsikan cara saya susun buku sekolah anak-anak mengikut jadual. Cara ni memang saya dah praktikkan sejak Faris darjah 2. Tahun ni pun dia dah darjah 4, so, dah dua tahun saya kaji keberkesanan cara ni. Sekarang Alisya darjah 1 pun saya gunakan cara yang sama.

Cara ini saya rasakan agak praktikal dan sistematik untuk saya dan anak-anak. Yang paling penting anak-anak saya boleh urus sendiri buku-buku mereka ikut jadual kelas. So, tak perlulah saya nak susun buku mereka, sebab confirm mereka boleh buat sendiri.

Ini button file milik Alisya, untuk lapan subjek.
 
Apa yang diperlukan cuma:

1. File - cari file yang ringan dan tidak tebal. Dari pemerhatian saya, button file atau velcro file, sesuai untuk anak-anak. Tak berat sangat dan mudah untuk digunakan oleh anak-anak. Satu file untuk satu subjek. Macam Alisya ada lapan subjek, so lapan file. Setiap file akan diisi dengan buku teks, buku aktiviti dan buku tulis. Konsepnya 1 file, 1 subjek. Bagi buku yang ada dua jilid (biasanya buku BM, BI dan Maths), untuk enam bulan pertama masukkan buku jilid satu sahaja. Buku jilid dua biasanya hanya dipakai selepas anak-anak selesai ujian pertengahan tahun.

2. Label - saya gunakan Labelmaker DYMO untuk menandakan file dengan nama subjek. Atau anda boleh print je subjek-subjek yang ada kemudian tampal pada file tu. Label yang dibuat, haruslah berdasarkan jadual waktu kelas anak-anak. Maksudnya kalau untuk subjek Matematik ditulis sebagai MATHS di dalam jadual, maka labelkan MATHS juga pada file berkenaan. Tujuannya supaya anak tidak keliru, semasa menyusun buku nanti.

Labelmaker DYMO masa saya beli tu, harganya RM39.90 satu set di Jusco
Contoh file yang telah dilabel. Label seperti apa yang ada dalam jadual.

3. Jadual waktu kelas - semestinya jadual waktu kelas anak-anak. 😃 Dengan adanya file mengikut subjek ini, maka anak-anak hanya perlu membawa file subjek yang berkenaan mengikut hari.

Contoh jadual waktu kelas. Label perlulah ikut seperti ditulis pada jadual kelas.
Ini file yang Alisya bawa semalam, 4 files sahaja.

Kelebihan buku disusun mengikut subjek di dalam file.

1. Memudahkan anak-anak untuk menyusun sendiri buku mengikut jadual kelas. 😜

2. Anak-anak hanya perlu keluarkan file yang berkenaan semasa di dalam kelas. Jika waktu BM, maka file BM yang dikeluarkan. Anak-anak tak perlu lagi mencari satu-satu buku di dalam beg. Habis waktu BM, mereka hanya perlu simpan semula buku-buku BM di dalam file dan keluarkan file subjek berikutnya. Sama juga bila nak siapkan kerja rumah, mereka hanya perlu keluarkan file yang berkenaan. Senang! 😄

3. Seperti yang kita sedia maklum, jadual kelas anak-anak biasanya akan dirombak beberapa kali dalam setahun. Dengan adanya file subjek ni, maka tidak timbul masalah untuk melabel semula semua buku, mengikut jadual waktu baru. 


Saya juga pernah menggunakan kaedah
yang pernah viral seperti ini, tapi tidak praktikal
untuk saya dan anak-anak. Jadual sekolah anak-anak
bertukar setiap 3 bulan.
  
4. Kalis air dan minyak. Macam mana tu? Disebabkan Faris memang hari-hari bawa bekal, kadang-kadang tertumpah sup ke, minyak ke pada buku-buku yang dibawa. Macam tu juga kalau hari hujan, mesti buku basah. Sejak saya masukkan buku-buku dalam file, alhamdulillah buku-buku selamat... InsyaAllah. 😁

Inilah cara saya susun buku sekolah Faris dan Alisya. InsyaAllah, file ni tahan lama, ia bukanlah item yang perlu diganti setiap tahun. Setakat ni untuk Faris, dia masih pakai file dari darjah 2. Saya cuma gantikan tiga ke empat file, sebab file tu dah rosak dan koyak.

Moga entri ini bermanfaat buat ibu bapa yang mencari solution untuk menyusun buku sekolah anak mengikut jadual... 😁 Thanks for reading! 😍😍😍

58 comments:

  1. Bagusnya cara ni,..memang mudah dan praktikal 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... memang senang untuk anak-anak... InsyaAllah buku tak hilang.

      Delete
  2. Memang cara ini sangat praktikal buat anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Zakie, senang anak-anak susun sendiri.

      Delete
  3. Baguslah idea Nora ni...semuanya mudah bagi anak dan ibunya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... betul tu, mudah untuk anak-anak dan maknya sekali :D

      Delete
  4. Bagus idea ni... apsal la sy tak terpikir masa sy sekolah 20 thn lalu.. hahahs

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂😂😂 saya buat kaedah ni masa belajar dekat U. Masa tu pun terfikir, kenapalah saya tak buat masa sekolah..😂😂😂

      Delete
  5. Takpe, nanti sy blh pratikkan kt anak sy bila dia masuk sekolah nanti... thanx for sharing

    ReplyDelete
  6. Idea mmg best... Terbaik. tp kawin pun belum, buku anak pun blm ada lg. hehehe

    ZH Blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe so boleh buat persediaan bila dah kahwin nanti...

      Delete
  7. Bagus ni Nora..
    Anak2 tak kehilangan dan ketinggalan buku sekolah kan..
    Lagi pun buku tersebut tak rosak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... dulu masa tak pakai file, habis koyak buku teks sebab Faris dok sumbat je dalam beg... sejak ada file, buku semua dalam keadaan baik.... Alhamdulillah..

      Delete
  8. baru tak kelam kabut nak simpan buku ikut jadual

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😅 betul.. Faris selalu kemas buku lagi 10 minit nak pergi sekolah 😅

      Delete
  9. terima kasih akak berkongsi tips ni.
    blh lah nti guna pakai utk rania pulakk. in shaa Allah

    ReplyDelete
  10. bagusnya tips ni. sangat mudah & praktikal. boleh apply nanti bila anak2 dah masuk sekolah rendah. tq for sharing tau. :)

    ReplyDelete
  11. Nampak kemas ye NK kalau susun buku dalam file. Mudah pun mudah kot sebab buku teks dengan buku tulis simpan sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea... betul kemas je... buku pun insyaAllah tak kemek-kemek. Sebab simpan dalam file.

      Delete
  12. sangat praktikal...boleh rietta cuba utk anak buah rietta nnti...

    ReplyDelete
  13. Bagus dan praktikal... Sangat memudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah. Yang penting senang anak-anak nak susun sendiri jadual sekolahnya.

      Delete
  14. saya buat plak, label pada buku
    tapi cara tu susah and tak praktikal sebab jadual kerap berubah
    mungkin nak kena follow cara akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye sungguh jadual anak-anak akak pun selalu tukar. Jadi file ni memang praktikal.

      Delete
  15. bagsu juga cara ni..boleh try bila adam dah besar..hehe :)

    ReplyDelete
  16. Bagus tips ni...boleh dipraktikkan

    ReplyDelete
  17. Wahh teratur je... barulah anak2 dpt fokus dan teratur belajar kan.. :)

    ReplyDelete
  18. macam2 cara untuk memudahkan anak. Yg penting mama kene rajin nak buatkan untuk anak

    ReplyDelete
  19. nice share.. boleh saya cuba amalkan bila dah ada anak nanti.. tapi calon bini pun x nampak rupa lagi, anak apatah lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  20. wahhh bagus idea ni. boleh simpan utk Uwais masuk sekolah nt dan mungkin jugak untuk ummi nya bila sambung belajar nanti. thanks share ;)

    ReplyDelete
  21. Good tips, tq share bersama yer

    ReplyDelete
  22. kita gunakan benda yang sama, saya pun buat macam ni juga untuk anak2, mudahkan

    ReplyDelete
  23. Idea yang bernas, sebab buku anak dah macam rojak dah... minta izin tiru idea ni nanti... hehe...

    ReplyDelete
  24. rajin !
    anak2 aida masih susun mcm tradisional.
    sendiri susun.
    hi hi hi ibu nyer x kuasa!

    ReplyDelete
  25. bagusnyer buat cmtu..
    ye x ye kan..bru nmpk lg tersusun..
    ok2.cdgn boleh dktgahkan pada akk yaya..coz yaya xde ank lg..hehe

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah satu kaedah terbaru saya pelajari, selama ini lekatkan label isnin hingga jumaat pada kulit buku ikut jadual.

    Terima kasih banyak2

    ReplyDelete
  27. Tenkiuu akak. Nak buat utk adib

    ReplyDelete
  28. Bagus buat macam ni mmg systematic.. T jgn lupa pesan pd anak2 utk masukkan semula buku yg digunakan ke dlm file.. Ada students mmg dh buat benda ni tp masalahnya file bwk buku pulak xde.. Huhu.. Harap ada pemantauan jugak dr pihak ibu bapa di rumah.. Tq sekadar berkongsi pengalaman

    ReplyDelete
  29. terimakasih share pengalaman anda

    ReplyDelete
  30. Waaw idea terbaikk sgt... Tksh sis ats perkongsian idea..

    ReplyDelete
  31. Izinkan saya share ilmu puan dan sebar pada yang lain..halalkan ilmu puan ni yer..terima kasih..

    ReplyDelete
  32. Bagus sangat teknik ni. Tq Tq ye sharing..

    ReplyDelete
  33. Replies
    1. Saiznya besar sikit dari A4. Masa nak beli tu boleh ukur dengan A4 dulu. Harap jawapan ni membantu.

      Delete
  34. Terima kasih untuk perkongsian ini. Mohon dishare, kami tak akan ubah perkataan satu pun. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, silakan jika bermanfaat buat semua. 😊

      Delete
  35. Izinkan saya share panduan puan dalam laman portal FMT. Terima kasih terlebih dahulu. Panduan ini pasti akan amat berguna kepada ibu bapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh silakan jika bermanfaat buat ibu bapa.😊

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...