Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Wednesday, January 11, 2017

Hari Orientasi Tahun 1

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Pada 28 Disember lalu, Alisya ada Hari Orientasi untuk masuk Tahun/Darjah 1. Sekejapan je dah besar Alisya ni. Pejam celik, pejam celik dah 7 tahun. Alkisahnya Hari Orientasi ni, saya kena pergi berdua je dengan dia, sebab encik hubby warded (batu karang) sejak 24 Disember. Seminggu juga dia kena tahan wad, 30 Disember baru discharge.

Sejak 24 Disember tu saya, berkampung di hospital. Siap bawa latihan-latihan untuk persediaan Ujian Diagnostik Alisya pada Hari Orientasi tu. Saya pun tak berapa fokus mengajar, Alisya apatah lagikan? Maklumlah suasana hospital, dengan encik hubby yang sakit, nurse keluar masuk, dan macam-macam kekangan lagilah.

Gambar masa Orientasi tak de... Ni gambar hari kedua Alisya sekolah.
Tu pun, ambil kat rumah je, sebab encik hubby saya tak nak ambil gambar,
Alisya di sekolah... sabar je lah.

Ujian Diagnostik adalah ujian saringan bagi mengenalpasti murid yang telah menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira). Biasanya ujian ini akan diadakan pada Hari Orientasi Tahun 1 (atau minggu pertama persekolahan, bergantung pada sekolah anak-anak anda). Biasanya ujian ini juga yang akan menentukan kelas anak-anak.

So, apa yang sebenarnya berlaku pada Hari Orientasi Tahun/Darjah 1? Saya nak kongsikan persediaan yang perlu ibu bapa lakukan apabila anak nak masuk Tahun/Darjah 1:

1. Persediaan Ujian Diagnostik
Perbanyakkan latihan ujian diagnostik untuk anak-anak. Seawal cuti sekolah hujung tahun tu, pastikan anda telah menyediakan latihan bagi persiapkan anak-anak anda dengan bentuk soalan ujian tersebut. Cuti, cuti jugakan... tapi pastikan anda slotkan masa untuk mereka menyiapkan latihan-latihan diagnostik. 

Mana nak cari contoh ujian diagnostik? Boleh
search di Google saja... ? Salah satu contoh, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Atau anda boleh dapatkan buku-buku persediaan masuk Tahun/Darjah 1 yang dijual di kedai-kedai buku seperti MPH, Popular atau mana-mana kedai buku.

Pada hari kejadian (Hari Orientasi 😜), pastikan anak-anak membawa alat tulis dan pensel warna.

2. Bawa salinan dokumen-dokumen berikut:
a) Gambar pasport anak (3 keping)
b) Salinan surat beranak anak
c) Salinan kad pengenalan ibu 
d) Salinan kad pengenalan bapa 
e) Salinan kad imunisasi
f) Salinan slip gaji

Buatlah dalam dua salinan. Apa pun, biasanya pihak sekolah akan bekalkan informasi berikut masa anda buat pengesahan sekolah tu. Dokumen apa yang perlu difotostat bergantung kepada sekolah anak masing-masing.

3. Pastikan anda bawa pen dan gam
Ok ni macam kelakar sikitkan... bawalah pen dan gam sendiri, sebab masa orientasi tersebut anda perlu mengisi banyak borang. Maka lagi bagus kalau ada pen sendiri, tak perlulah pinjam dari orang lainkan. Gam tu pula adalah untuk melekatkan gambar anak-anak anda pada fail peribadi murid.

4. Persediaan untuk mendengar taklimat
Ini penting! Sementara anak-anak masuk ke kelas untuk Ujian Diagnostik tersebut, para ibu bapa atau penjaga akan mendengar taklimat tentang sekolah dan pendidikan anak-anak termasuk Saringan Literasi dan Numerasi (Linus), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Konsep dan Teori Kemahiran Aras Tinggi (KBAT), dan macam-macam lagilah terms pendidikan yang akan anda dengar. Tolong dengar dan fokus kepada cikgu yang menyampaikan maklumat, kerana banyak input yang akan anda dapat. Pemerhatian saya, kebanyakkan ibu bapa atau penjaga hanya leka dengan telefon masing-masing.

5. Buku teks dan buku aktiviti
Buku teks dan buku aktiviti, biasanya akan diberikan pada Hari Orientasi. Pastikan anda membawa beg sekolah anak masing-masing. Buku-buku yang diberikan tidak diikat, maka memang anda perlu membawa beg. Jumlah buku (2017) adalah 18 buah. 

Hari ni saya dah start ambil dan hantar anak sekolah, setelah
seminggu encik hubby yang hantar.

So, itu saja... Sebaik saja selesai semuanya, Alisya terus tanya saya, "abah macam mana Mama?" Touching pula saya dengar. Dia cakap nak cepat-cepat balik dan pergi hospital tengok abah. Tapi... tak de maknanya, saya pergi seorang dan tinggalkan Alisya dan Faris dengan kakak saya yang kebetulan cuti. Alisya tidur, penat sangat dia buat Ujian Diagnostik! 😂


11 comments:

  1. Replies
    1. Kan?! Sekejap je masa berlalu... makin besar dah dia...

      Delete
  2. Selamat masuk sekolah Alisya....
    Biasalah, kalau mama namanya, walaupun ujian diagnostik je tapi dah mcm anak ambik UPSR jer gayanya kan haha....

    Alisya bawak bekal ke sekolah ke NK? Mesti berganti ganti menu hari hari mama masak ni!

    ReplyDelete
  3. Comelnya Alisya pakai uniform sekolah...
    Waktu Iman buat ujian diagnostic tahun 1 beberapa tahun lalu tak kan akak lupa hingga akhir hayat kerana waktu itu mak akak meninggal dunia.Waktu itu akak meneman Iman di sekolah.

    ReplyDelete
  4. semoga jadi pelajar yang cemerlang alisya

    ReplyDelete
  5. en hubby sakit? sakit apa kak?
    maaf saya baru tahu. semoga dia cepat sembuh

    dah besar dah alisya ye. masuk darjah satu dah dia
    sama perangai cam adam faris ke? haha
    hopefully dia baik2 aje =)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...congrats alisya..dh darjah 1..belajo rajin2 ye comel.

    ReplyDelete
  7. kejap je dah darjah satu...selamat belajar ya alisya!

    ReplyDelete
  8. Suka baca blog uda... banyak tips parenting... tq for sharing uda

    ReplyDelete
  9. nice sharing kak..
    baca utk info time rania nnti.hiks
    kjap j masa thn ni dh nk msk 3 tahun

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...