Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Seperti yang saya janjikan, ini adalah tip-tip bagi membantu anak kecil anda belajar tentang apa yang ada di dapur... Ini adalah entri sambungan kepada Bila Alisya Masuk Dapur.
Memang tak ramai ibu yang akan membenarkan anak-anak duduk @ bermain di dapur ketika sedang memasak... Maklum la, di dapur ada banyak juga barang-barang yang bahaya... Dan jika kita cuai mungkin akan mendatangkan kemudaratan pada keselamatan anak-anak.
Tapi tahukah anda, jika kita mendedahkan anak-anak lebih awal di dapur maka mereka akan lebih faham tentang apa yang boleh dan tidak boleh (do's and don'ts) dilakukan ketika di dapur.
Pisau ni la saya bagi Alisya pakai... Set Mc'D ni :p |
1. Pastikan barang-barang yang tajam dan bahaya (seperti pisau, gunting, cerek panas dan lain-lain) diletakkan di tempat yang tinggi. Agar tidak dapat dicapai oleh anak anda - ini bagi memastikan keselamatan anak anda dan juga anda sendiri...
2. Benarkan anak-anak anda untuk mencuba apa yang sedang anda lakukan. Misalnya anda sedang memotong sayur, maka berikan anak anda pisau plastik dan biarkan dia cuba memotong. (Awas, jangan bagi pisau betul pula... jadi apa-apa naya!)
* kaedah ini akan membenarkan si kecil belajar untuk memegang dan memotong dengan cara yang betul. (koordinasi tangan)
* Sebelum memotong sayur tersebut, benarkan anak anda untuk melihat dan memegang sayur tersebut agar dia dapat merasakan teksturnya. Jika sayur itu ada bau, maka benarkan dia untuk menghidunya (macam daun limau, serai dan lain-lain)... Sebutkan juga warna sayur tersebut... Secara tidak langsung kita menggalakkannya menggunakan pancaindera.
* Perkataan "sayur" adalah sangat umum. Maka sebutkan dengan jelas sayur apa yang sedang dipotong. Jika sayur sawi... maka sebutlah "sawi"... Ulanginya sehingga anak-anak anda dapat menyebutnya dengan betul.
* Selain itu anda boleh terangkan dengan ringkas bahawa sayur bagus untuk kesihatan. (tak perlu diterangkan secara detail sebab anak-anak berusia 2 tahun hanya perlukan ayat yang ringkas dan mudah difahami)
***kaedah yang sama boleh dilakukan ketika anda menyiang ikan, ayam, daging, sotong, udang dan lain-lain.
3. Setiap kali anda menggunakan peralatan dapur, sebut dan tunjukkan kepada anak anda. Macam lesung batu untuk tumbuk bawang, senduk, sudip dan lain-lain. - ini membolehkan mereka membezakan antara satu peralatan dengan peralatan yang lain.
4. Sentiasa puji anak anda apabila dia dapat melakukan sesuatu yang anda ajarkan. (anak-anak kecil memang suka dipuji... maka berilah pujian)
Ada dua kelebihan jika anda membenarkan anak anda "bermain" di dapur:
1. Mereka tahu apa yang sepatutnya ada di dapur. (kalau Alisya main tapisan, senduk, sudu di ruang tamu, dia tahu di mana untuk menyimpannya semula)
2. Saya ada menonton rancangan Motivasi Pagi di TV1, katanya anak yang diberi tunjuk ajar dan pendedahan sedari kecil/awal akan mengelakkan mereka menjadi MALAS.
Saya mengaku bukan dalam masa seminggu dua Alisya boleh serasi dengan apa yang ada di dapur... Memang makan masa... Alisya sendiri masih lagi belajar sehingga sekarang... tapi perkembangan tu memang nampak la... Kalau bawa dia ke pasar malam dia tunjuk pada saya semula "bawang putih", "kentang", "ayam", "fish" dan lain-lain...
So, jangan takut untuk mengajar anak-anak anda di dapur... kerana mereka dalam proses untuk mengetahui apa yang ada disekelilingnya.
Pinggan mangkuk yang berwarna-warni berfungsi untuk perkenalkan warna kepada Faris dan Alisya... |
1. Mereka tahu apa yang sepatutnya ada di dapur. (kalau Alisya main tapisan, senduk, sudu di ruang tamu, dia tahu di mana untuk menyimpannya semula)
2. Saya ada menonton rancangan Motivasi Pagi di TV1, katanya anak yang diberi tunjuk ajar dan pendedahan sedari kecil/awal akan mengelakkan mereka menjadi MALAS.
Saya mengaku bukan dalam masa seminggu dua Alisya boleh serasi dengan apa yang ada di dapur... Memang makan masa... Alisya sendiri masih lagi belajar sehingga sekarang... tapi perkembangan tu memang nampak la... Kalau bawa dia ke pasar malam dia tunjuk pada saya semula "bawang putih", "kentang", "ayam", "fish" dan lain-lain...
So, jangan takut untuk mengajar anak-anak anda di dapur... kerana mereka dalam proses untuk mengetahui apa yang ada disekelilingnya.
Anak dara saya di dapur... :p |
Klik untuk bacaan lain tentang Alisya:
Tips: Brush Your Teeth, Sayang!
"Nak Air Kopi"
hehe, bila alisya besar nnti mesti jdi masterchief ni.. :)
ReplyDeleteinsyaAllah
hehehe amin....
Deletebagus juga tips nie..tp anak sulung ieyda lelaki....kurang skit dia nk masuk dapur tu, asyik main ngan bola n kete jer
ReplyDeleteieyda... tak pe... anak lelaki pun kena tahu juga apa yang ada di dapur... kalau tetiba dia masuk dapur dan tanya tengah buat apa... so boleh la ajar sikit-sikit... :D
Deletesaya ramai anak dara...masing2 kalau takde geng malas nak ke dapur...kalau dah ramai sangat asyik berbual je kerja tak gak siap..eloklah ajar dari kecil...
ReplyDeletewah ye ke? seronoknya ramai anak dara...!! :D
DeleteRajinnya anak dara nih. Thanks for the tips. Saya plak selalu soh dorang jgn kacau saya kat dapur sbb klo si abang kedapur, si adik pon sama. Panjat kerusi pastu main pulas2 dapur gas...huhuhu...
ReplyDeleteFiza, apa yang saya buat.. masa mula-mula dorang masuk dapur, saya bagi semua tapisan, cawan dan pinggan plastik pelbagai warna untuk dia main... sambil tu saya suruh dia sort yang sama color... dr situ dia akan mula tak kacau/usik dapur gas dan capai benda2 tajam di dapur...
Deletesalam..
ReplyDeletetips y bagus buat mereka ada anak kecik..
salam... thanks... :D
Deletehero ngan heroin saya kalau ibu dia bagi main kat dapur tunggang langgang jadinya..
ReplyDeleteheheh biasa la tu... tapi waktu tu la depa belajar.... kita mmg penat la nak ngemas lepas tu...
DeleteBagus ni..dah besar nanti leh la masak sendiri..
ReplyDeleteharap2 gitu la... amin... :)
Deletealahai comel..hiihi
ReplyDeletebetoi2 saya sndiri pun xpnh halang alisha tlg saya di dapur... jenis sy, sy sk ajar awai2.. cpt sikit ank tu tahu + matnag... tp sy pastikan segalanya di bawah pengawasan saya lah... :-)
ReplyDeletebetul2... walaupun kita nampak mereka dah mahir... still kena pantau... untuk keselamatan kita dan anak kita juga...
Deletebetul tu.. saya harung je semua nak saya ke dapur walau mereka semua lelaki :)
ReplyDeletehehehe bagus2... lelaki pun kena ajar masuk dapur...
Deletetq, bagus tip ni!.. salam kenal dari KA n dah follow u ye 732
ReplyDeletemoga sedikit sebanyak memberi manfaat kepada rakan blogger sekalian... :D salam kenal juga..
Deletewahh. tak sabar nak ajar salman pula nanti. ;p even dia lelaki, boleh juga kn madam? hehe.
ReplyDeletemesti la boleh syue... tak kisah boy ke girl ke... yang penting kita ajar dia peralatan apa yang letaknya di dapur... heheh salman baby lagi...
DeleteAla comelnya Alisha... Hehe... Seronok juga kan melayan keletah si comel di dapur.
ReplyDeleteSeronok... bila tengok dia tahu mana nak letak cawan, pinggan... dan tahu apa yang bahaya tak bahaya di dapur... oklah...
DeleteSkang anak dara mesti da mahir di dapur ekk?
ReplyDeleteAnak2 dara aida br je aida dedah kan.
Nak jugak diorang mahir di dapur.
Sikit2 dah boleh la aida... boleh basuh pinggan mangkuk sendiri, tangkup pinggan yang dah kering... masak2 sikit... oklah... hehehe
Delete