Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Telah hampir dua minggu saya & keluarga berada di Melaka... Setakat hari ini semuanya ok... Tipu la kalau saya kata saya tak rindukan rakan-rakan sekerja, students, masuk kelas bagi lecture, sharing moment dengan rakan sekerja serta students, dan segala bagai kerja dan ISO di office... Walaupun kerja-kerja di office banyak dan memenatkan... tapi saya enjoy... :-)
Bukan la kata jadi surirumah tak enjoy... Enjoy juga... cuma ada banyak juga benda yang tak boleh nak share dengan anak-anak... dengan en hubby... (Oh jangan salah faham, bukan en hubby tidak memahami... cuma you know... ada cerita "orang perempuan" yang sesama perempuan je faham... :p )
Oklah, bukan nak bercerita tentang saya... tapi nak cerita apa yang positifnya bila saya menjadi surirumah sepenuh masa... Saya sedar, apabila saya menghabiskan sepenuh masa dengan anak-anak saya, bermakna proses pembelajaran anak-anak saya tidak terbatas... Setiap detik saya bersama mereka adalah peluang untuk saya membentuk dan mempelbagaikan kosa kata mereka...
Kanak-kanak sebenarnya mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu yang dipegang, dihidu, didengar, dilihat dan dirasa... (sama juga macam kita orang dewasa... cuma minat kanak-kanak ni dia over sikit... atau dalam erti kata lain excited lebih :p )
Saya ada terbaca tentang learning process bagi kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun, mereka mempunyai tahap pendengaran yang sangat tinggi... dan boleh menangkap apa yang disebut oleh orang dewasa dengan lancar dan tak pelat serta takkan lupa!!!
Saya dah test pada Alisya dan betul!!! Pada ujian kedua, Alisya boleh menyebut "Nak air kopi" dengan lancar, jelas dan tak pelat... (percubaan pertama adalah apabila saya mengajar perkataan Nescafe... :p tapi Alisya sebut " ae kaepae" :p)
Tapi memang betul... dia sebut dengan lancar, tak pelat... dan dia MEMANG TAK LUPA... sehingga sekarang apa saja yang berbentuk cecair (seperti air)... dia akan sebut "NAK AIR KOPI" termasuklah AIR PAIP (masa dia mandi dan nak pegang getah paip dia akan sebut "nak air kopi") :-)) (setiap kali dia sebut ayat ni dia akan sebut dengan excitednya)
Setiap kali Alisya berjaya menyebut perkataan dengan tidak pelat, saya rasakan itu adalah kejayaan besar pada saya... Mana taknya... abangnya (Faris) sampai sekarang pun pelat lagi :p heheh
Sedikit tips untuk ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana, jika anda mempunyai anak berumur 1-3 tahun anda PERLU:
(a) menjaga setiap perkataan yang keluar dari mulut anda.
(b) guna perkataan yang mudah agar anak anda faham.
(c) gunakan perkataan yang positif.
(d) apa yang anda pegang, sebutkan benda itu (contoh kalau nak pakaikan anak baju, pegang dan tayang pada anak sambil sebut BA... JU... dll sebut dalam suku kata agar anak boleh ikut)
ELAKKAN:
(a) menyebut perkataan-perkataan yang negatif (seperti bodoh dll)
(b) tidak berkomunikasi dengan anak... (contoh, masa mandikan anak... senyap sunyi je... bunyi air yang dicurah je... we have to communicate with them... setiap masa! tak salah pun kalau sebut ni sabun, ni syampu dll)
Mudahkan?! Good luck!
nak air kopi eyh? jom gi kopitiam heheh :D
ReplyDeletehahahaha sedapnya kopitiam... :p
Deletehehe..nice...
ReplyDelete:D
Delete@c'axoera: jom awak belanja ya? :P
ReplyDelete@selendang merah: :D