Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, January 25, 2012

Nak Kurus?!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni tiba-tiba rasa nak buat satu coretan tentang "Plan Untuk Kurus"... Ni semua gara-gara rakan-rakan FB di Belle et saine yang bermaksud Cantik dan Sihat! (Rindu anda semua di Belle et saine... Serius!!) Oh maaf, ini adalah closed group di FB... :p Apa pun saya akan cuba kongsi apa yang boleh menerusi blog ini.

Ok disebabkan kami ber-6 bersungguh untuk Cantik dan Sihat, makanya kami bersama-sama memberikan galakan dan dorongan sesama sendiri... Ini yang menariknya!! Kita boleh Cantik dan Sihat jika kita mendapat sokongan dan galakan daripada rakan-rakan disekeliling kita... Jika kita melakukan diet seorang diri, kebiasaannya kita akan kecundang! Namun jika ada orang yang sentiasa mengingatkan, kita akan cuba mengawal pemakanan dan jumlah kalori yang di ambil setiap hari...

Bila bercakap tentang DIET, apa yang kita fikir adalah dengan tak makan nasi!! Itu yang kita silap sebenarnya... Berikut adalah 10 basic plan yang boleh anda dilakukan jika BERHAJAT untuk kurus secara sihat...

1. Setkan matlamat: 
Bestkan kalau kurus cam gini...
(gambar dari Google)
Apa yang perlu anda lakukan adalah menimbang berat badan anda terlebih dulu... Kemudian setkan berat badan yang anda impikan. Jangan setkan "aku nak turunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa sebulan!" Itu tidak perlu... Anda harus mulakan dengan perlahan. Lakukan dengan kuantiti yang kecil yang kemudiannya akan menjadi rutin harian anda.

2. Tulis aktiviti pemakanan anda:
Penulisan atau catatan akan sentiasa mengingatkan anda tentang makanan seharian yang diambil... Atau pendek kata, satu buku kecil bersaiz tapak tangan untuk menulis setiap aktiviti pemakanan. Bawa ke mana sahaja anda pergi. Jadi, tulis apa yang anda makan setiap hari. Contoh: 
Makan pagi: Nasi lemak, sedikit kacang + ikan bilis, telur mata, air suam & Nescafe. 
Makan tengah hari: Nasi putih, sayur campur, ikan bakar, air suam & orange juice.
Minum petang: Biskut oat, air suam & hot chocolate.
Makan malam: Bihun sup, sebiji buah apple &air suam.
Ini juga bertujuan untuk anda mengetahui berapa banyak kalori yang anda ambil setiap hari. Anda boleh mendaftar DI SINI untuk pengiraan kalori.

3. Cari teman
Sesungguhnya saya sangat bertuah kerana ada 5 lagi rakan (Eita, Liana, Sana, Marhana dan Kak Niza) yang bukan saja mahu kurus, bahkan kami mahu sihat melalui pemakanan yang sihat!! So, anda juga boleh lakukan perkara yang sama! Tujuannya adalah untuk saling mengingatkan antara satu sama lain. (maklum la.. nafsu makan ni memang tak boleh kawal... ye dak?!)

4. Sentiasa berfikiran positif
Untuk melakukan sesuatu yang baik, kita kena sentiasa berfikiran positif... atau fikirkan sesuatu yang menarik... Contohnya... em... nak pakai baju yang cantik-cantik... nak cari boyfriend (maklum je la... lelaki sekarang nak cari perempuan yang slim dan cantikkan?! Mujur saya dah kawin... hahahah) Apa yang penting... NAK SIHAT!! (maklum la... sekarang ni banyak penyakit yang disebabkan pemakanan yang tidak sihat)

5. Mesti realistik
Matlamat yang tidak realistik tidak akan berjaya. Janganlah berat badan 100kg, nak turun ke 45kg dalam masa sebulan!! Itu memang tak logik. Macam yang dah ditulis awal tadi No.1, kita kena setkan secara perlahan-lahan. Mulakan dengan sedikit. Kalau dapat turun 2kg dalam masa sebulan pun ok... itu adalah pencapaian terhebat... Sebab anda lakukannya secara sihat... bukan dengan pengambilan PIL PELANGSING!!

Masukkan buah-buahan dalam
rutin pemakanan anda
(gambar dari Google)
 
6. Amalkan dan sentiasa konsisten
Anda perlu FOKUS... Amalkan pengambilan makanan yang sihat dan jika anda berjaya menurunkan even 1kg dalam sebulan, berikan reward kepada diri sendiri... (opps... reward bukan dalam bentuk makanan yea... tapi benda-benda lain... macam jam ke, baju ke, beg ke... dan lain-lain)

7. Luaskan pengetahuan
Bila anda berusaha untuk sesuatu, tingkatkan pengetahuan dalam perkara tersebut. Saya percaya dengan Internet, ilmu itu sentiasa di hujung jari... So, tak salah jika anda peruntukkan masa beberapa minit untuk membaca artikel-artikel kesihatan, cari video-video exercise di Youtube, melihat resipi-resipi sihat yang boleh dibuat... dan macam-macam lagi!  

8. Kawal nafsu makan
Wah... inilah dugaan yang paling hebat!! Mana taknya kalau jalan-jalan kat shopping complex, macam-macam jenis fast food yang ada... Ok tak mengapa, jika anda mahu makan fast food sekali sekala... Jika anda mengamalkan pengiraan kalori, dan mencatat apa yang dimakan setiap hari... insyaAllah anda akan dapat mengekalkan target kalori anda dalam sehari. (Website MyFittnessPal akan membantu anda mengetahui jumlah kalori yang perlu diambil untuk sehari... maknanya anda perlu makan berdasarkan kalori yang ditetapkan... so, akan tercapaila impian untuk kurus)

9. Cari idola atau sumber inspirasi
Ikutlah anda nak jadikan siapa-siapa idola anda... artis ke, rakan sepejabat ke... rakan sekelas ke... Jika anda idamkan bentuk tubuh seperti mereka... Maka anda kenalah lipat gandakan usaha... 

10. Elak pil pelangsing
Jangan ambil jalan mudah untuk kurus... Jauhkan diri anda dari produk-produk pelangsingan yang banyak di pasaran tu... Jangan mudah terpengaruh dengan iklan-iklan mereka... Pil pelangsingan akan memberikan kesan kepada tubuh badan anda... lebih-lebih lagi organ dalaman... Jangan ambil risiko... yang penting lakukannya dengan cara yang lebih sihat!

Lebihkan sayuran
(gambar dari Google)
Apa yang penting, kita kena banyak bersabar dan berusaha untuk mendapatkan kesihatan tubuh badan yang optimum... Lakukan secara perlahan dan berperingkat... Apa yang penting:
(a) minum banyak air suam (kalau ikut cuaca di Malaysia, kita kena minum 3 liter sehari... kalau tak mampu 3 liter, minum air suam sekerap mungkin untuk permulaan)
(b) mulakan dengan makan sebiji epal hijau setiap hari.
(c) lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan
(d) lakukan exercise 15 minit sehari (kemudian gandakan masa) Kalau tak mampu berlari... anda boleh mulakan dengan berjalan...

Apa tunggu lagi?! Jom, kita mulakan  sekarang!!   :D

Nota kaki: Saya menulis semula artikel ini dengan menjadikan Majalah Rapi, Bil. 50 sebagai rujukan.

14 comments:

  1. @khairul: ala.. kenapa? awak kurus sangat ke? nanti saya buat research yea :P

    ReplyDelete
  2. sangat informative :) saya suka. thank you!

    ReplyDelete
  3. @nana: sama2 nana

    @Ahmad Ali: tq... tq... :D

    ReplyDelete
  4. kawal nafsu makan?

    Kalau makan sekali-sekala fast-food takpa, ni masalahnya kalau berkala-kala?

    Oh, memang besar dugaan dia. Itu pasal dalam Islam kita diwajibkan berpuasa.. kasi chance kat perut tu berehat heheee ^^

    ReplyDelete
  5. @Incek Fiq: betul la... puasa lebih afdal... boleh buat isnin kamis...

    ReplyDelete
  6. susahnya no 8!!! tapi no 9 dah ada idola. heheheheh! ;)

    ReplyDelete
  7. hahaha... khazami... pelan-pelan kayuh... :D :p (mesti idolanya FAZURA :p)

    ReplyDelete
  8. eh, bukan.. ada sorang mat saleh nama Shaycarl kat youtube.. ;)

    ReplyDelete
  9. salam ziarah..
    huhu, badan ni cepat gemuk cepat kurus laa..OK tak? ;)

    ReplyDelete
  10. @Khazami: ooo that guy?! mmg ramai org jadikan dia idola...

    @qamarguyz: rasanya tu biasa... paling tidak pun satu kilo mesti naik gakkan..?!

    @nurez amani: jom join!! :D

    ReplyDelete
  11. *gasp* madam tgk vlog dia jugak eh?? woahhh!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...