Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, January 04, 2012

Nangis SEJAM!!


Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni merupakan hari ke-6 saya dan family menetap di Melaka... Alhamdulillah setakat hari ini, semuanya baik-baik aja... (walaupun setiap saat teringatkan rakan-rakan dan kenangan di Pahang)... Hari ni juga adalah hari keramat untuk Faris sebab kami menghantarnya masuk Taska... Ini adalah pertama kali Faris ke 'sekolah'... 

Sedari semalam saya mengingatkan Faris, bahawa dia akan ke sekolah hari ini... sepanjang malam dia nampak ok... Saya minta en hubby untuk tidurkan Faris lebih awal (sebab Faris biasanya tidur jam 2/3 pagi dan bangun hampir tengah hari...) Dah nak sekolah esok, tak boleh la tidur lambatkan?!

"Faris nak pergi sekolah tak esok?!" tanya saya. Faris senyum sampai ke telinga sambil mengangguk... Muka dia nampak berbunga-bunga nak pergi sekolah... (hehehe... comei gak tengok keletah dia...)

Pagi tadi dalam jam 7.30 pagi, abah dah bangunkan Faris... Terus mandikan dia... (meraung-raung kawan tu kena mandi pagi... :p) Dah siap mandi, saya suruh dia makan roti bakar dulu... dia makan sikit je, then dia tak nak.. (nervous kot.. hehehe) 

Masa masuk dalam kereta, dia senyum je... Dalam hati saya.. mesti dia tak sabar nak jumpa cikgu dan kawan-kawan... Faris masuk 'sekolah' jam 8.30 pagi - 12.30 tengah hari...

Alisya pula, bila bangun pagi terus cari abang dia... dia cari dari dapur ke ruang tamu... lepas tu naik atas... sambil panggil "Ayiesh... Ayiesh..." then, saya cakap, "Abang tak de... abang pergi sekolah... nanti abang balik yea..."

Bila tengah hari...  En hubby ambil Faris dari Taska... Saya nampak dia ceria je... tapi en hubby cakap:
"Cikgu kata dekat sejam dia nangis...!" 
"Hah, ye ke?" sebab tengok dia turun kereta tu sama ceria je macam masa pergi...
"Semua aktiviti dia tak nak buat... gosok gigi semua tak nak!" sambung abahnya lagi... (dekat taska tu setiap kali lepas makan tengah hari mereka akan diajar cara betul berus gigi)

Bila en hubby dah pergi kerja balik, saya tanya Faris kenapa dia tak nak main & gosok gigi... dia kata... "Ayies takut... nanti nangish... mama nak susu"

Then saya pun buatkan la susu... saya cakap pada Faris... "esok pergi sekolah lagi yea?" sambil hulur susu tu pada dia... Dia angguk... Saya pun terus ke dapur... bila saya ke ruang tamu semula, Faris dan Alisya... dua-dua terlelap... Penat sangat la tu... maklum la sejam menangis... hm... Alisya pula, penat turun naik tangga cari abang dia... Kesian dua beradik ni...

5 comments:

  1. hehehe...kelakarlah gelagat faris dgn alisya

    ReplyDelete
  2. kira ok la tu.... tk la susah kan, sbb takde la meragam tk nak pergi ke taska ...apapun semoga anak anda jadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  3. biasalh tu.. kanak2 naik sekolah, ibubapa pasti akan merasai pengalaman memujuk anak ke sekolah..

    ReplyDelete
  4. hahaha.... biasala budak-budak. memula je tuh. nanti dh dapat kawan, wahhhh.... lupa terus kat kita. syiok main.

    ReplyDelete
  5. Ohhhh Faris mula bersekolah pun nangis ye. Hehe.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...