Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Sunday, February 05, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,

Gambar dari Pustaka Iman
Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam yang berada di muka bumi Allah ini... Sempat juga saya menonton perarakan Maulidur Rasul seawal pagi... Sempat juga mendengar ceramah ringkas oleh Ustaz Badlishah Alauddin (lintas langsung dari Putrajaya melalui TV1... memang seronok dengar Us. Badlishah berceramah...) Tema Maulidur Rasul tahun 2012/1433H ini adalah, "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Moga kita sentiasa menanamkan perasaan Cinta kepada Rasulullah S.W.T dan mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah S.W.T...



Semalam saya menonton TV Al-Hijrah dan ada satu slot dalam rancangan Assalamualaikum yang membincangkan satu buku bertajuk "Biografi Agung Rasulullah" tulisan Rusydi Ramli Al-Jauhari. Saya sangat-sangat teruja apabila mendengar kupasan isi kandungannya oleh penulisnya sendiri... dengar sangat menarik dan tak sabar untuk mendapatkannya... Buku ini menceritakan perjalanan hidup Rasulullah s.w.t dari awal kelahiran baginda sehinggalah baginda wafat.

Buat rakan-rakan blogger yang TERBACA entri ni... Jom la sama-sama kita beli buku "Biografi Agung Rasulullah" ini... harganya cuma RM65!! Atau kalau anda nak beli secara online, klik sini.

Salam Maulidur Rasul buat semua... Moga ada penghayatan di sebalik sambutan... InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...