Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, February 22, 2012

Keadaan adik Faris Selepas Kimoterapi Ke-4


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,

LATEST!!! :-(

Apa khabar agaknya rakan-rakan bloggers...?! Doa saya agar anda semua sentiasa sihat di bawah lindunganNya... InsyaAllah...

Adik Faris telah menjalani kimoterapi keempat semalam. Keadaanya dimaklumkan kritikal... Sedih sangat tengok gambar ni... Harap adik Faris kuat menghadapi situasi sekarang ni... Mohon kepada semua untuk terus memberi sumbangan atau setidak-tidaknya mendoakan kesihatan adik Faris agar segera pulih. 


Difahamkan kos perubatan bagi adik Faris di SJMC pada hari yang ke-21 ini adalah hampir RM100,000! (boleh rujuk gambar bil perubatan di blog Mazidul Akmal Sidik


Jika ada yang bersimpati dan ingin menghulurkan sumbangan:
Ini nombor akaun Maybank Shamrulismawi Ismail (ayah adik Faris)
1140-1115-2218 @ 1628-5200-2738
  
Untuk entri saya sebelumnya tentang adik Faris sila klik:

Atau ke blog Mazidul Akmal Sidik:

* Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang direncanakanNya... Mohon ahli keluarga adik Faris untuk tabah dan sentiasa mengingatiNya... (cakap memang senangkan?! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... tapi mungkin dengan ayat itu mampu menyuntik sedikit semangat kepada ahli keluarga adik Faris...) Moga Allah permudahkan segalanya... Dan moga adik Faris cepat sembuh... Amin...

* Bagi menghormati permintaan ahli keluarga Allahyarham adik Faris, gambar-gambar Allahyarham Faris Nur Daniel telah dikeluarkan dari blog saya... Harap maklum * 
Al-Fatihah untuk Allahyarham Faris Nur Daniel

2 comments:

  1. Hanya doa yang dapat mengiringi perjuanganmu adik Faris.....hati hiba tiada terkata.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar...

    Apa kesudahan adik faris ni sis?

    Since ni entri lama dan terbaca...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...