Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, September 22, 2016

Resipi Mudah: Tempe Sira

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semenjak dua menjak ni, suka sangatlah masak Tempe Sira. Mungkin sebab bila saya beli barang basah, ada stok-stok tempe yang baru sampai dan masih panas. Disebabkan semalam tak masak, hari ni gagah juga la saya masuk dapur, walaupun masih rasa tak sedap badan. Untuk anak-anak goreng ayam je lah. Eh, jom saya kongsi resipi  mudah Tempe Sira ni. 

2 bungkus tempe
Sedikit ikan bilis
1 sudu besar cili kering kisar
(tambah lagi jika suka pedas)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula melaka
Sekeping asam keping
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak, goreng tempe dan ikan bilis dan ketepikan.

2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan cili kering kisar. Masukkan cili sos, gula melaka dan asam keping. Kacau sehingga naik minyak.

3. Tutup api dan masukkan tempe dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. 

4. Masukkan dalam bekas kedap udara. Dah tak panas bolehlah tutup. Siap! (^_^)

Selamat mencuba!
   




19 comments:

  1. Ni favorite SB, tak perlu makan dengan nasik panas ke apa, lahap mcm tu saja dah cukup sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SB, makan gitu je sambil tengok tv (macam makan Pop Corn) 😁

      Delete
  2. Febret anak2 akak ni...kdg buat bekal balik u .Kalau dorang balik pasti ada stok tempe...selain dari tempe sire ,goreng2 pun ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syoklah anak2 ada bekalan tempe sira... 😄

      Delete
  3. sedapnya... boleh buat nanti...

    psssttt.. jemput join giveaway mia... http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html

    ReplyDelete
  4. tempe goreng rangup memang best.

    kalau buat tempe bercili ada kentang ngan kacang sket - lagi best.
    nanges terkenangkan best nya.

    hihihi

    ReplyDelete
  5. tempe ni makanan orang jaawa kan? dah glamer di johor?

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.ni memamg menu kesukaaan seisi keluarga kami tau..biasa makan dengan nasi tp klu ada lebih tu kepit makan dengan roti sedap woo

    ReplyDelete
  7. Baru minggu lepas masak gaya ni NK. Tapi kentanglah....tempe ni kurang sikit walaupun katanya jaws haha...

    Kata ornag nak rangup ikan bilis tu tunggu sambal tu sejuk baru masukkan benda benda bergoreng tu

    ReplyDelete
  8. Saya suka juga tempe ni tapi goreng biasa aje, tak pun bercili pedas-pedas. Memang favorite. Kalau ada tempe goreng macam ni, makan pun boleh bertambah.

    Tapi, bab tempe sira ni masih tak pernah lagi buat!

    ReplyDelete
  9. Sukalah kakak resepi ni. Zura kalau mkn kt cafe tanjung lumpur, kalau ada lquk tempe gini, memang boleh kata hari - hari zura beli. Sedap, simple, berkhasiat gitu. Thanks sudi share

    ReplyDelete
  10. Tempe sira ni makan dengan nasi panas pun sedap. Ratah gitu je pun sedap!

    ReplyDelete
  11. tempe mmg feveret saya.. dulu zaman kat matrikulasi makan nasik hari2 lauk tempe je.. jimat.. hehhe

    ReplyDelete
  12. tempe sebenarnya berkhasiat.
    yang di bungkus dgn plastik kurang sedap.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...