Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Sunday, September 18, 2016

Nasi Lemak Royale, Jitra

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Encik hubby saya kerap juga bercerita tentang Nasi Lemak Royale ni. Dia kata sedap! So, dah alang-alang sampai Kedah ni, saya naklah juga merasa keenakkan Nasi Lemak Royale seperti yang diceritakan Encik hubby. Kira rezekilah juga dapat merasa. 


Nasi Lemak Royale ni antara menu popular di Kedah. Yang saya makan ni di Jitra. Bila tengok gambar Nasi Lemak Royale di telefon, rasa "aihh, sedapnya!"


Tak tahu kenapa di panggil nasi lemak, sebab nasi tu tak bersantan pun. Rasanya macam nasi minyak. Lepas tu lauk dan kuah campur semua tu macam makan nasi kandar. Lauknya sangatlah banyak, sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Akhirnya ambil ayam goreng dengan telur rebus je... (^_^)

Rasanya?! Pada tekak saya ni, biasa je rasanya. Encik hubby kata di Jitra ni macam kurang "kaw" dari yang di Stadium DarulAman, Alor Setar.

So, kalau anda nak rasa Nasi Lemak Royale ni bolehlah ke Stadium DarulAman yang katanya lebih "kaw" dari di Jitra ni. Tapikan, setiap kali saya lalu... beratur orang makan Nasi Lemak Royale di Jitra ni. Cuma pada saya rasanya biasa-biasa saja. Tapi memang nampak menarik dengan kuah banjir tu. 

Kalau ada yang jalan-jalan di Alor Setar ataupun Jitra, bolehlah Google Map atau Waze "Nasi Lemak Royale" insyaAllah sampai. (^_^)






16 comments:

  1. alahai dh balik dr kg baru terbaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😅 maknanya next time kena singgahlah...

      Delete
  2. wah.. banyaknya pilihan :D

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak lauknya... pening nak pilih.. 😅

      Delete
  3. Nasi lemak sekarang ni kadang-kadang memang takde rasa santanpun. Entah mana datangnya lemak tu pun, entah la. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak jimat kos namanya tak pakai santan.. hehehe

      Delete
  4. Rasa lemak kot bila bercampur dengan kuah tu yang panggil nasi lemak tu NK......

    Yelah....sedap ni kan subjektif NK. Kekadang makan nasi panas panas dengan ayam goreng pun dah sedap....gaul pulak dengan minyak yg melekat kat ayam .....pergh!

    ReplyDelete
  5. mmg sedap di makan
    lain tekak lain rasa kan kak..
    aik, akak ke kedah ? beraya rumah sesiapa ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu lain tekak lain rasanya... ke Kedah ikut encik hubby outstation.

      Delete
  6. Selalu balik aloq setaq tapi tak oernah pun teringin nk p makan nasi royal ni.haha..sedao ye tunggu anak besar sikit la br sedap mkn kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. PK rajin masak... hehehe so tak de keperluan sangat pun makan luar... heheheh saya makan luar pun bila bercuti gini la...

      Delete
  7. Tekak masing-masing memang berbeza, Nora. Macam saya ni, kalau orang kata sedap, laju-lajulah pergi nak mencuba tapi bila sendiri yang merasa, hampa pulak.

    But then, next time kalau terlajak ke Kedah, saya trylah nasi lemak royale ni yerk. Kita tengok apa rasa anak tekak saya pulak ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh betul MD...lain orang lain rasanyakan... kot-kot MD sampai Kedah boleh la try...

      Delete
  8. laaaa aritu sy g sn...kalu tau sure sy sggh kak

    ReplyDelete
  9. nice share.. boleh pi cari lepas nih..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...