Nuffnang Ads

Kuih Raya! (^_^)

Agoda Ads

Friday, September 09, 2016

Roti Jala + Kuah Durian

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sebelum ni saya hanya tahu roti jala dimakan dengan sambal ikan bilis ataupun kari ayam. Ada orang cakap roti jala sedap dimakan dengan kuah durian atau kuah manis juga. Tapi di Kuala Lumpur, saya tak pernah jumpa roti jala + kuah durian atau kuah manis.


Di Kedah ni baru saya jumpa roti jala + kuah durian. Eh sedap la pula! (^_^) Rasanya ala-ala makan bubur kacang yang dicampurkan durian, cuma kuah durian ni dicampurkan dengan sedikit biji sagu. Memang sedaplah bagi penggemar durian macam saya. 

Di mana saya dapat makan roti jala + kuah durian ni? Anda boleh cari di gerai luar Stadium DarulAman. Ada dua gerai (sebelah menyebelah) yang menjual roti jala + kuah durian. 

Oh jangan risau pada sesiapa yang tak makan kuah durian, boleh minta kuah kari ayam atau daging. Tapi pada saya kuah durian tu sedap sangat! (^_^) Jika anda ada di sekitar Stadium DarulAman, jangan lupa singgah yea...

Roti Jala Kuah Durian
Stadium DarulAman, Kedah (deret KFC)
Buka 7:00 pagi - 1:00 tengah hari.



16 comments:

  1. ROTI JALA CICAH KUAH MANIS MMG SEDAP APALAGI KUAH DURIAN...SALAM IDIL ADHA NORA N FAMILI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedaplah! (^_^) Saya first time makan. Salam Aidiladha untuk akak juga...

      Delete
  2. Replies
    1. Kan?! Saya pernah dengar... tapi ni la first time jumpa dan rasa... 😀

      Delete
  3. Kat kl memg xde sis..sebb durian kat kl ni mahal..sebb tu peniaga xnk jual kuah durian...hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ye tak ye jugakan?! Memang mahal pun di KL... 😂

      Delete
  4. Serawa durian ni...lg sedap ngan roti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ni orang panggil serawa durian ke? Sedaplah... 😀

      Delete
  5. Tulah....org Selatan pun jarang jumpa kuah durian cicah roti jala ni. Selalunya makan dgn pulut jer.

    Tp sejak dah bercampur dgn kengkawan pelbagai negeri ni dah pandailah makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rajin bergaul dengan kawan-kawan negeri lain memang dapat la kenal dengan makanan dorang... sebenarnya sedap juga kuah durian ni.. hahaha

      Delete
  6. blm pernah try roti jala cicah serawa droyan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try... sedap rupanya.. 😅😅😅

      Delete
  7. Oh, memang sedaplah kalau makan roti jala dengan serawa durian. Saya ni memang suka durian. Serawa durian pun suka!

    La, mana nak cari kat KL ni roti jala + serawa durian? Kalau nak, memang kena buat sendirilah nampaknya. Itu yang malas sikit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... betul... kat KL saya tak pernah jumpa lagi... Kalau nak memang kena buat sendiri... huhuhuh

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...