Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, April 17, 2014

Istimewanya Hadiah Dari Adam Faris ( ˘ ³˘)❤

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ini adalah hadiah hari lahir yang sangat berharga buat saya... Serious... Ia sangat berharga! Kenapa saya kata ia berharga? Sebab pensel ini dihadiahkan oleh Adam Faris untuk hari lahir saya... 

Semalam masa jemput Faris balik dari sekolah kebangsaan, Faris ada tanya saya:

Faris: Mama, macam mana nak balut hadiah?

Saya: Balut hadiah? Kenapa?

Faris: Faris nak bagi hadiah...

Saya: Nak bagi hadiah kat siapa?

Faris: Nanti sampai rumah, mama ajar Faris balut hadiah boleh?

Saya: Mana hadiahnya? Nak bagi siapa ni? Oklah nanti mama tolong balutkan hadiah tu...

Faris: Eh tak boleh... Faris nak balut sendiri je... 

Saya: Oklah... nanti mama ajar...

Tapi sampai di rumah, Faris keletihan, dia duduk di sofa... tak lama lepas tu dia terlelap.. Penat sangat la tu... Saya pun biarkan dia tidur dulu, memandangkan sekolah agama dia hari Rabu start jam 4.30 petang. Maka saya pun terlupa dah la pasal hadiah yang nak dibalut tu...

Bila saya hantar ke sekolah agama petang tu... Faris pesan pada saya jangan buka pencil box dia yang dalam beg sekolah kebangsaan. Ringkasnya saya jawab, "ok".

Balik dari sekolah agama... Faris tanya saya, sama ada saya buka pencil boxnya... Saya jawab, "Fariskan tak kasi mama buka, so mama tak boleh buka, sebab mama dah janjikan?" Dia pula jawab ringkas, "ok".

Sesampai di rumah... Dia buka beg sekolah kebangsaannya... 

Faris: Mama, kalau kita tak pandai balut hadiah, tapi kita bagi je hadiah tu boleh ke?

Saya: Boleh... yang penting kita ikhlas... Kalau Faris nak, mama boleh tolong balutkan...

Faris: Kalau mama balutkan nanti mama tau...

Saya: Tak pe la mama tau pun...

Faris: Tak boleh... sebab pensel ni Faris nak bagi mama! Faris nak bagi surprise!

Dalam hati, alahai... patutlah dia tak kasi saya balutkan hadiah tu... sebab hadiah tu untuk saya... Apa?! Surprise? Hehe :P

Saya: Faris nak bagi mama hadiah? Wah bestnya... Tapi kenapa nak bagi mama hadiah?

Faris: Sebab birthday mama la... kalau tak birthday tak boleh dapat hadiah... 

Saya: Ye ke? (saya excited ok!! haha) Mana hadiahnya?

Faris: Mama tutup mata dulu...

Saya: Ok mama tutup mata (pejam mata rapat-rapat)

Saya dapat rasa Faris datang dekat... Kiss pipi saya... dan cakap SURPRISE!!! Bila hadiah bertukar tangan, rasa terharu sangat-sangat... Bergenang air mata... Polosnya la jiwa anak soleh saya ni... Saya peluk dia erat-erat... Sambil berkali-kali ucapkan terima kasih...

Faris: Mama suka tak?

Saya: Mestilah suka... Faris yang bagi mama hadiah, mesti la mama suka!

Faris: Hari ni Faris tak beli air milo... Faris minum air suam dengan bekal je... sebab nak bagi mama pensel ni... Sebab pensel mamakan dah patah... 

Oh... lagi la rasa nak mengalir air mata... Favorite pensel tekan saya memang dah patah... dan Faris jadi saksi masa pensel tu jatuh dari almari dan patah...

Saya: Ya Allah, terima kasih Adam Faris... baiknya dia... 

Faris: Faris tak beli pen... sebab mama tak suka pen kan? (ye betul saya lebih suka tulis pakai pensil, mungkin sebab dia biasa tengok saya buat catatan dalam buku nota saya menggunakan pensel tekan...) Faris beli yang ni, sebab Faris tau mama suka pensel tekan-tekan... Faris tanya orang tu ada warna biru tak... tapi dia kata tak de... warna pink pun tak de... Faris beli je la warna ni... 

Ya Allah, Faris tahu apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka... Malah Faris tahu warna kegemaran saya adalah biru! Masa ni laju je air mata turun... Menangis bukan sebab sedih... tapi rasa sangat terharu dan gembira... Dan saya tak tahu nak cakap apa, melainkan berkali-kali ucapkan terima kasih...

Dan jauh di sudut hati saya... "Ini adalah favorite pensel mama! Walaupun ia hanya RM1... Tapi cukup menggembirakan hati mama. Terima kasih sayang!" 
 d=(´▽`)=b   ( ˘ ³˘)❤

Nota kasih sayang mama untuk Adam Faris: 
Moga Allah permudahkan Adam Faris dalam usaha menuntut ilmu dunia dan akhirat... Moga Allah sentiasa menunjukkan belas kasihanNya kepada Adam Faris... Jadilah anak yang soleh... Dan teruslah berbakti kepada mama dan abah serta adik serta jangan lupakan makcik/pakcik di sebelah mama dan abah... Mama sayang Adam Faris! 


Nota kaki: Anak-anak... adakalanya mereka boleh buat kita gelak besar, adakalanya mereka buat kita berfikir... dan adakalanya mereka boleh buat kita menangis... Alhamdulillah atas segala perasaan dan moment indah ini, ya Allah...

* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


21 comments:

  1. Saya yang baca ni pun tumpang terharu… tulus nyer hati Adam Faris.. tahu apa yg mama suka… apa yg mama minat…. how sweet he is :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan nur?! saya terkejut dan terharu bila dia cakap macam tu...

      Delete
  2. Ya Allah.... sebak nyer sy baca n3 ni... iskkk bole pulak bergenang air mata...
    semoga Adam Faris sentiasa sayang & hormatkan mama yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.... thanks lia... :D Moga anak-anak lia pun sayang dan hormatkan lia... Amin...

      Delete
  3. so sweetttt.. nak jadi gf abang boleh tak?? nnt boleh dpt hadiah hehe

    ReplyDelete
  4. baiknya faris! sejuk hati dpt anak mcm tu:)

    ReplyDelete
  5. naik bulu roma baca, sedih pun adee.. :')
    baiknya faris niee, syg dia kat mama dia yee..
    Semoga menjadi anak yg baik bila dah besar ye syggg..
    Bertuah akak dapat anak mcm fariss..
    tetiba teringin nk jumpa dia ^^

    ReplyDelete
  6. Ok...sgt touching bila baca. Nak booking buat menantu bipoleh tak...hehe...

    ReplyDelete
  7. alahai kak, say pula yang rasa touching baca cite akak ni
    sweetnya adam faris ni
    moga berterusan menjadi anak yang soleh dan menyenangkan hati mama dan papa

    ReplyDelete
  8. akak , entry ni buat saya nangis tau.terharu.anak sebesar faris dh pandai surprisekan mamanya.
    Ya Allah, smga anak ini membesar sbgai anak soleh.taat pada perintahMu dan dengar kata kedua ibu bapanya..aamiin

    ReplyDelete
  9. aaamin . insha Allah akan jadi anak yg berbakti pd ibu bapa nanti ...

    ReplyDelete
  10. sejuk hatikan, mesi x sangka faris nak but suprise.. yg penting dia tahu apa yg ibu dia suka..

    ReplyDelete
  11. oh.. bergenang airmata membacanya.. betapa dak Faris begitu menghargai ibunya.. tahniah buat ibunya kerana mempunyai anak yang baik dan pintar seperti Faris.. ;)

    ReplyDelete
  12. berkali-kali berhenti baca sebab nak tahan mata yang tgh bergenang.. terkeluar sikit-sikit.. terharu bila baca sob sob

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...