Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Wednesday, April 16, 2014

Perkataan Faris Yang Mencuit Hati...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masa saya jemput Faris dari sekolah agama tadi, saya lalu kawasan tempat dia beli basikal dulu... (Faris ni dia memang selalunya ingat jalan ke sesuatu tempat... so, boleh diharap jugalah nak dibawa tunjukkan jalan... :D ) 

Faris: Mama jom pegi kedai basikal sekejap.  

Saya: Nak buat apa? 

Faris: Kita kena beli tayar belakang Alisya tu... kan dah pecah... Nanti Alisya kayuh-kayuh jatuh pulak camana?! (alahai prihatinnya kamu! :D) 

Saya: Ala tak payah... Tak lama lagi Alisya pandai kayuh dua tayar je, macam Adam Faris... Kan Alisya? 

Alisya: Ha ah... Nanti lama-lama Alisya pandai la... Tayar tu pecah sikit je... 

Faris: Kalau macam tu, Alisya kena breakfast dua tayar je la... 

Saya: Hah? Breakfast? Apa tu?! 

Faris: Ala mama ni... Breakfast la... Breakfast macam Faris... Dulukan Faris empat tayar... lepas Faris breakfast... Faris boleh pakai dua tayar je... 

Ah sudah... breakfast apa pula ni? Puas saya fikir... saya tanya lagi... 

Saya: Kena makan dulu baru boleh bawa basikal dua tayar? 

Faris: Bukan makan la mama... Alisya kena bawa basikal selalu... mama jaga... Alisya kayuh...

Saya: Kena berlatih?! (tanya saya minta kepastian...) 

Faris: Ha la... kena berlatih... macam Faris buat tu... petang-petang bawa basikal, mama dengan abah jaga... breakfastkan? 

Saya: Ohhhhhhh alahai... itu kita tak panggil breakfast la sayang... itu kita panggil practice... 

Faris: (sambil tersengih-sengih...) Faris cakap apa tadi? 

Saya: Breakfast...  

Faris: Hahaha breakfast tu apa?  

Saya: Breakfast tu makan pagi... 

Faris: Oh, Faris tersilap...! (sambil tergelak besar...!!) 


Nota kaki: Makin anak-anak menginjak usia, makin banyaklah kosa katanya... Bila banyak kosa katanya, mereka akan cuba aplikasikan perkataan yang baru dipelajari tu dalam perbualan seharian... Maka, kadang kala memang akan tersilap letak perkataan dalam sesuatu ayat... Itu perkara biasa.... So, ibu-ibu kena la betulkan... (^_^)

Saya memang suka bila berkomunikasi dengan anak-anak!! Kadang-kadang sampai sakit perut gelak...! 
 
* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


13 comments:

  1. Ada juga inisiatif Faris utk apply perkataan baru… good job Faris… Tertukar tu perkara biasa jer :)
    Anak saya pula, dia nampak semut atas meja… tapi dia jerit "SELIMUT"… hihihi, gelihati saya dibuatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha "selimut!" anak2 ni mmg menghiburkan... seronok melayan! (^_^)

      Delete
  2. ha ha ha, kelakar adam faris.
    mama, tolong sampaikan salam auntie buat adam faris yea.

    ReplyDelete
  3. hahahaha mcm mana lah agaknya breakfast tayar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkejut dibuatnya "breakfast tayar?" hahahah

      Delete
  4. HAHAHA.. Sama macam sepupu saya.. dia nak cakap curious.. tp jadi jealous.. lain btol jadi maksudnya..

    ReplyDelete
  5. practise jadi breakfast ye faris..yg penting kosa kata english dah improved.hehe

    ReplyDelete
  6. seronok melayan anak2 yg petah berckp..kdg2 gelak sbb dorg salah guna perkataan tuh

    ReplyDelete
  7. afif pun sama macam faris, boleh ingat jalan!
    hehe...bebudak kan kak. jauh benor bunyi dia
    tapi jadilah kan, at least dia mencuba

    ReplyDelete
  8. suka layan anak anak yg pandai mnyembang ni..mmg x terjawab kan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...