Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, April 16, 2014

Buku Untuk Alisya... (´ ▽`).。o♡

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Perkara yang membuatkan saya terharu sangat dengan anak-anak adalah bila mereka tahu erti menghargai dan menyayangi antara satu sama lain. Perkara sebegini telah beberapa kali berlaku... Cuma tak dinukilkan di sini sejak mood menulis saya ke laut! :(

Saya nak kongsikan satu moment yang pada saya sangat mengusik jiwa keibuan saya. Sebelum ini, boleh dikatakan setiap hari Faris akan bawa balik pembaris, pemadam, pensel atau apa saja yang menarik dibeli dari book shop sekolahnya. (Walaupun saya bekalkan makanan untuk ke sekolah, tapi encik hubby tetap akan bagi RM2.00, untuk standby mana la tau bekal hilang ke, pencil box tertinggal ke, apa ke...)

Setiap kali Faris beli barang dan tunjuk pada Alisya, membuatkan adiknya tu sedikit memberontak... Maklum la, anak-anak... Bila abang ada... Adik pun nak juga... Sejak itu saya selalu pesan pada Faris...

Saya: Kalau Faris nak beli apa-apa kat sekolah... Faris beli la untuk Alisya sekali... Kesian Alisya...

Faris: Mana cukup duit... Alisya beli la sendiri kat sekolah dia...

Saya: Sekolah Alisya mana ada kedai buku... Sebab sekolah Alisya, Tadika. Lain kali kalau tak cukup duit, tak payah beli ok? Tak payah beli untuk Faris... tak payah beli untuk Alisya...

Faris: Tapi Faris nak... Duit tu boleh beli untuk Faris sorang je... Alisya tak boleh...

Saya: Kalau nak beli satu untuk Faris je... Jangan tunjuk kat adik... Nanti kesian dia...

Beberapa kali perbualan seperti itu saya ulangkan pada Faris... Dengan harapan, dia akan faham konsep 'jaga hati'.

Isnin lepas, masa balik dari sekolah... Faris tak sabar-sabar nak bagi sesuatu yang dibelikan untuk Alisya...(masa ni encik hubby yang jemput Faris balik sekolah... saya di rumah dengan Alisya...)

Faris: Alisya, ni Faris beli buku princess untuk Alisya. Faris beli kat kedai buku. (dari luar rumah lagi dia dah jerit...)

Alisya: Buku princess?! Mana... mana?

Faris: Ha ah cantik... (sambil keluarkan buku yang dimaksudkan dari poket baju sekolahnya)

Saya: Ala, baiknya... Macam ni la bagus... (sambil saya puji-puji apa yang Faris buat hari tu...)

Alisya: Ala... Alisya nak buku Barbie... tak nak yang ni...

Saya: Eh... Princess Snow White lagi cantik dari Barbie... Kan abang dah belikan buku... Alisya kena cakap apa?

Alisya: Terima kasih abang...

Faris: Sama-sama...

Buku Untuk Alisya...
Buku Faris

Sambil masing-masing ambil pencil box dari dalam beg sekolah dan mula menconteng dalam buku tu... Alololo... sweet je tengok... Tak de lagi aksi merajuk, menangis dan memberontak dari Alisya... Sekurang-kurangnya berhasil juga nasihat yang kerap saya cakap pada Faris...


Nota kaki: Ada juga sekali dua tu... Faris belikan air tin Teh Bunga untuk Alisya... Dia kata, kesian Alisya... tak rasa pun air tin yang Faris minum selalu... Baiknya kamu sayang... (^_^)


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


12 comments:

  1. sweetnya, Alhamdulillah..memang kena ajar dari kecik sharing camni, kasih-sayang, supaya terus sebati hingga dewasa.

    ReplyDelete
  2. seronoknyer baca... semoga begitu kekal yer, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. pandai jugak abang die amek hati...

    huhu...

    ReplyDelete
  4. mcm ni lah abg, beli sesuatu ingat kat adik ... barulah adik x mengamuk nak jgk...

    ReplyDelete
  5. nanti bila ada adik Muhammad, abah kena double kn duit poket abg Faris.hoho

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar... terharu saya baca entry ni kak... bagusnya faris ni...

    ReplyDelete
  7. Akhirnya Adam Faris ingat juga pesan mama… tapi budak2 ni mcm tu la, kena ulang selalu.. Insya Allah, mereka akan ingat. :)
    Moga mereka berdua terus saling kasih mengasihi antara satu sama lain… sweet la anak2 NK ni :)

    ReplyDelete
  8. Terharu jugak kan bila anak2 tunjukkan kasih sayang....
    Bila banyak kali dengar berkesan jugak dihati.... alhamdulillah..

    ReplyDelete
  9. macam ni la contoh abg yg baik..sentiasa igt n syg adk..semoga besar nti faris terud dpt jadi pelindung adk..syg adik n sentiasa jaga hati adik

    ReplyDelete
  10. sweetnya! anak-anak saya pun saya ajar konsep
    yang hampir sama dengan akak
    apa yang penting kasih sayang sesama mereka =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...