Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Wednesday, April 23, 2014

Dua Kali Neb Untuk Faris...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ini gambar dua minggu lepas (12 April) di Hospital Pantai Ayer Keroh... Faris kena ambil neb disebabkan mild sinus. Seingat saya... Pertama kali Faris ambil neb adalah pada usianya 6 @ 7 bulan... Siap warded lagi! (masa tu saya tak aktif menulis blog... so tak de gambar...)

Bila doktor kata Faris kena mild sinus disebabkan keturunan, saya musykil juga... sebab saya tak de sinus. Rupanya encik hubby ada la sikit sinus... Tapi doktor kata, semakin dia besar, sinus tu akan hilang sendiri... So, tak perlu risau katanya...

Neb pertama...

Kesian tengok Faris... Nampak lemah sangat... Anak-anak ni bila mereka tak sihat, kita akan rasa sunyi... Ye la kan... macam Faris ni jenis banyak benda nak diceritakan... Bila dia diam... Rasa memang sunyi betul!

Gambar atas tu, neb pertama jam 5.30 petang... Elok je lepas neb tu... Sibuk la dia tanya macam-macam... dah tak berhenti pula bercakap... 

Neb kedua...
Siap pakai baju Spiderman lagi :p

Masa dia tidur lepas Isyak tu nampak dia susah balik nak bernafas, dah jam 11 tu saya kata bawa je la Faris ke hospital buat neb lagi sekali... Alhamdulillah... lepas dapat neb kedua jam 11.30 malam, Faris nampak bernafas dengan lebih selesa...

Alhamdulillah sekarang ni nampak sihat je dia... Cuma ada la sekali sekali bersin-bersin sebelah pagi masa nak bersiap ke sekolah... Apapun,  moga Adam Faris diberikan kesihatan oleh Allah... Amin...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


5 comments:

  1. kalau Faris susah bernafas masa baring, tinggikan sikit bantal yer...

    anak2 yg pernah amik neb, mmg kena jaga betul2 mcm anak saya juga...

    ReplyDelete
  2. anak saya aisy kerap juga kena neb sebab kahak
    harap faris dh sihat

    ReplyDelete
  3. risau bila anak2 sakit cmni.en suami ada juga,harap2 takde yg turun ke anak

    ReplyDelete
  4. Mmg kalau blh xnak bg neb kat bdk2 ni.

    ReplyDelete
  5. anak N pun pernah amik neb juga dan siap kene tahan wad..huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...