Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Tuesday, April 08, 2014

Alisya Overdose Ubat Selsema...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alkisahnya malam tadi, lepas makan malam, saya bagi Alisya makan ubat selsema 5ml... Sebab Alisya start selsema petang Sabtu hari tu... Berjangkit dengan abangnya... Tak lama lepas saya bagi ubat selsema 5ml tu saya nampak encik hubby bagi ubat dekat Alisya...

Saya: Eh ubat apa abah bagi tu? (sedikit menjerit)

Encik hubby: Ubat selsema la... 

Saya: Aaa... mama baru je bagi ubat selsema kat Alisya sat ni!!! (tak guna dah cakap sebab ubat tu dah ditelan Alisya) Berapa ml tu?

Encik hubby: 3ml... 

Saya: Ya Allah... mama dah bagi 5ml tadi... 

Encik hubby: Lain kali cakap!

Dalam hati, "dah kenapa tak tanya?!" Padahal masa saya bagi Alisya makan ubat kat dapur, encik hubby pun ada... Mustahil dia tak nampak saya bagi Alisya makan ubat... Adeh!

Sudahnya sepanjang malam saya tak lena tidur... Kejap-kejap terjaga... Then tengok Alisya macam mana...  

Pagi ni pula, saya kejutkan Alisya untuk pergi sekolah... Tak bergerak langsung!! Saya panggil, saya angkat bawa masuk bilik air, tak de respon. Dia buka sikit matanya, tapi lepas tu tutup rapat balik...

Bila tengok jam dah pukul 8 pagi, saya terus mesej cikgu Alisya, bagitau Alisya tak datang sekolah lagi hari ni...  Gara-gara terlebih dos ubat selsema! (Semalam pun Alisya tak pergi sekolah sebab selsema teruk...)

Tau pukul berapa Alisya sedar? Jam 10 lebih... itu pun dia masih mamai dan cakap apa saya pun tak faham... Dalam pukul 11 lebih, baru la Alisya sedar sepenuhnya... Alahai... kesian betul Alisya...  

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


16 comments:

  1. Alahai, kesian Alisya….
    Ubat selsema mmg kuat, kalau kita org tua yg telan pun asyik nak membuta jer penangan ubat selsema ni…. mengantuk tahap gaban…
    Semoga Alisya cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks nur... betul tu... saya pun start selsema, berjangkit dr anak2... elok je makan ubat trs lelap... lebih2 pula budak kecik yang terlebih dos... huhuhu kesian dia...

      Delete
  2. Allah... berderau darah... semoga Alisya ok, tiada komplikasi, amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! aduhai... moga tak jadi lagi la macam ni...

      Delete
  3. mudah2an x de effect . semoga alisa cepat sembuh ...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, semoga alisya cepat sembuh ya. singgah menabung colgate sini~~~

    ReplyDelete
  5. Assalam,

    alahai kesian Alisha...setahu bunda selang 6 jam baru bolih diberi pulakkan?
    Salam ziarah dari bunda..

    ReplyDelete
  6. ala...kesiannya dia...semoga x ada side effect yg lain

    ReplyDelete
  7. alahai kesiannya alisha
    mujur tak ada apa-apa ye kak
    harap dia dah sembuh

    ReplyDelete
  8. get well soon sayang..


    lama tak jalan-jalan sini.

    ReplyDelete
  9. ya alah mujur x pape.. sikap perihatin ayah, tp silap tak tanya awk dulu dh bg belum.. sabar je lah..

    ReplyDelete
  10. ubat selsema n batuk juga mmg mabuk sikit kan..kesian alisya..semoga sejarah tak berulang.hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...